10 Perkara Jangan Beritahu Kepada Wanita

1. Dia tidak disukai keluarga anda. Anda hanya memarakkan api yang sedang menyala. Sebaiknya anda diamkan sahaja perkara itu daripada diketahui pasangan. Sementara menunggu masalah reda, anda boleh memujuk keluarga untuk menerimanya dengan memberitahu perkara baik tentang wanita pilihan anda itu. 

2. “Saya rasa hubungan kita tidak terjamin lagi.” Wanita tertarik dengan lelaki yang penuh karisma dan keyakinan. Andai anda sendiri berasa kurang yakin malah sesekali berasa cemburu dengan status kerjayanya dan gajinya yang tinggi, pasti mereka mulai menghindari anda. Jika ada perasaan sebegitu sebaiknya anda kawal hati dengan sebaiknya. Tidak salah andai gaji mereka lebih besar daripada anda. 
3. “Saya suka dengan (nama wanita lain).” Jangan beritahu mereka tentang isi hati anda ini lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki yang mudah tertarik dengan mana-mana wanita cantik. 
4. Simpan rahsia kelemahan anda. Jika anda jenis lelaki yang takutkan labah-labah mahupun cicak, simpan rahsia itu sebaiknya. Biarkan mereka tahu rahsia anda secara natural iaitu sepanjang berhubungan dengan anda. 
5. Bandingkan dirinya dengan teman wanita terdahulu. Wanita tidak suka dibandin-bandingkan dengan perempuan lain terutama hal yang buruk-buruk. Jika anda berbuat begini anda sebenarnya menempah satu hubungan yang singkat. 
6. Jangan jadi ‘anak emak.’ Beberapa kali dalam sehari anda menghubungi ibu anda? Jika jawapannya kerap kali, sebaiknya anda kurangkan sedikit. Wanita tidak suka merasakan seperti sedang berebut anda daripada ibu anda. Jadi simpan rahsia diri sekemas-kemasnya. 
 7. Anda punyai hobi yang pelik. Anda mungkin pengumpul barangan ‘Transformer’ atau jam antik tegar dan menjadi teruja apabila melihat telur-telur cicak. Tetapi anda perlu sedar, apakah mereka dapat menerima hobi pelik anda itu? Jangan pula berlagak baik dengan memberitahu perkara sebenar kepada mereka. Peluang untuk anda ditinggalkan adalah lebih tinggi sebenarnya. 
8. “Saya tidak berkenan awak berkawan dengan..(kawan perempuannya).” Jangan sesekali merendah-rendahkan atau memperlekehkan teman-temannya. Sebaiknya beritahu perkara yang baik-baik sahaja tentang mereka. Anda baru sahaja bersama dengannnya sedangkan teman-teman mereka telah mengenali teman wanita anda sejak sekian lama. Siapakah yang lebih mengenali teman-teman kekasih anda itu? Pastinya anda tidak dalam senarai di atas. 
9. Anda telah melakukan sesuatu yang memalukan sebelum ini. Anda fikir inilah masa yang sesuai untuk membuktikan kejujuran dengan mendedahkan perkara sebenar. Sebenarnya pasangan anda tetap tidak dapat menerima bahawa diri mereka pernah diduakan. Wanita walaupun menyatakan mereka tidak berasa apa-apa sebenarnya mereka tebal dengan sifat dendam dan akan terus mengingati perkara itu sampai bila-bila. Berhati-hati apabila mahu melepaskan beban yang anda tanggung sekarang ini. 
10. Anda tertarik dengan teman baiknya yang sangat seksi. Jika anda fikir teman baiknya itu kelihatan seksi, jangan beritahu perkara sebenar walau dengan nada bergurau sekalipun. Tidak mungkin pasangan anda berasakan itu satu gurauan, malah mereka akan berasa marah dan terluka. Dan dalam jangkamasa panjang kepercayaan mereka terhadap anda sedikit terhakis. Jangan sesekali fikir mereka kuat menghadapi kenyataan anda. Hakikatnya mana-mana perempuan tidak sekuat itu. Jadi jangan ambil risiko.

Madah Perkahwinan

Sempena cuti sekolah yang akan berlangsung tak berapa lama lagi, aku menerima sekeping kad dari rakan sejawat yang pernah mengajar satu sekolah dengan ku dulu. Aku tertarik untuk berkongsi madah perkahwinan yang tercetak di belakang kad jemputan itu. Sila baca baik-baik bait-bait madah di bawah. Penuh dengan pengertian.

Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
Andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof
jika kasih tak setulus Zulaikha.
Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W.
Bimbinglah dirinya, dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan.
Carilah kebaikan pada dirinya, dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya.
Tetaplah berdoa pada Allah agar dia akan terus menjadi milikmu……

Tak dapat tidur

Sukar untuk aku melelapkan mata pada malam yang panas ini. Kesunyian melanda hidupku sekarang ini. Jika ada yang datang bertamu pun, ia cuma buat seketika. Jika ada yang sudi bertakhta di hati ini dan menerima aku seadanya, akan ku jaga dia dengan sepenuh jiwa ragaku. Tetapi sukar untukku mencari yang jujur sekarang ini. Hanya kepada Allah jua ku berdoa agar diketemukan dengan insan yang memahami diriku dan menyintaiku ke akhir hayat kami. InsyaAllah.

posted from Bloggeroid

? BIAR DIA TAHU, SAYA TAK KISAH ?

Biar dia SALAH SANGKA… Biar dia SALAH ANGGAP… Biar dia SALAH MENDUGA… Biar dia TAHU YANG BURUK… Sebelum MENGHARAP yang baik-baik…

Kalau dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA KEKURANGAN yang ada, dari hanya mengharap yang baik dan sempurna…

Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan, bila dia TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN ? Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini…

Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi EXPECTATION dia yang tinggi melangit itu… Biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU, namun saya masih punya MASA HADAPAN…

Biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak…

So, tak kisahlah… Ada jodoh ada lah kan ? I trust HIM more… (^_^) Saya lebih prefered dilihat sebagai diri saya yang tak sempurna… Biarlah mereka tahu saya tidak tahu itu, tidak tahu ini, dari mereka melihat kesempurnaan saya yang konon maha baik. I’m glad to be me even it’s hard to be me (^_^)

Tujuh tips menjaga hubungan perkahwinan jarak jauh

Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi bersama anda salah satu dilema yang mungkin anda atau pernah anda dengar rakan-rakan anda lalui. Ianya berkaitan dengan hubungan perkahwinan jarak jauh.

Kalau percintaan jarak jauh tu memang biasa la kan kita dengar. Tetapi, tahukah anda, hubungan perkahwinan jarak jauh pun ada jua berlaku. Perkara ini boleh terjadi sama ada suami atau isteri yang bekerja di berlainan negeri. Atau pun ada juga sesetengah kes di mana isteri bekerja di Malaysia tetapi suami sedang masih meneruskan pelajaran di luar negara. Atau pun yang sebaliknya.

Walaupun benua yang memisahkan mereka, tetapi perasaan cinta dan kekuatan jodoh tidak mampu memisahkan hati mereka. Chewah! Macam berpuisi la pulak kan?

OK, berikut saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda amalkan jika anda berada dalam situasi seperti ini. Memang ada sesetengah pasangan yang walaupun telah berkahwin, mereka terpaksa juga tinggal berjauhan oleh kerana tuntutan kerjaya.

Berikut adalah tips-tips demi menjaga hubungan jarak jauh anda:-

1. Kerapkan berhubungan. Yang terbaik ialah hari-hari! Ya, setiap hari anda WAJIB hubungi pasangan anda. Jika anda berdua tinggal di Malaysia, jangan kedekut sangat melaburkan kredit telefon bimbit anda tu untuk telefon si dia. Tiap kali sebelum tidur, telefon dia dan ucapkan ‘good night’ pun sudah memadai. Anda boleh bergilir-gilir setiap malam untuk siapa yang akan hubungi siapa dulu.

2. Gunakan Facebook, YM Messenger atau GTalk sebaik mungkin. Anda boleh ‘berchatting’ dengan pasangan anda di siang hari sambil anda bekerja di pejabat. Selain ianya percuma, anda boleh kekalkan keintiman anda dan pasangan.

3. Hujung minggu, pulang ke rumah yang anda tinggal bersama. Paling minimum, jika anda rasakan ia membebankan dan ingin menjimatkan lagi kos, anda boleh pulang bertemu dua minggu sekali.

4. Sentiasa berlaku jujur dengan pasangan anda. Jangan sesekali berlaku curang. Ingat! Allah sentiasa melihat segala perbuatan anda. Jika anda buat perkara yang ‘bukan-bukan’, pastinya pasangan anda akan tahu juga akhirnya.

5. Kerapkanlah anda berdua saling ber-SMS. Tak perlulah sampai setiap jam anda menghantar SMS kepada dia. Mungkin anda boleh SMS setiap kali bangun tidur, waktu petang sekali dan waktu malam sekali.

6. Anda boleh sekali-sekala lakukan video chat atau video conferencing. Apa yang perlu anda ada hanyalah sebuah webcam yang murah dan banyak boleh dibeli di kedai-kedai computer dan perisian Skype. Yang bestnya Skype ni, anda boleh juga membuat panggilan telefon secara percuma dan perisian ini pun adalah percuma juga.

7. Dan tips yang terakhir ialah sentiasa percaya kepada pasangan anda. Percayakan perkahwinan yang anda bini tersebut. Banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t supaya terus menguatkan lagi perasaan percaya terhadap pasangan anda. Jika anda mempercayai pasangan anda, nescaya pasangan anda akan turut mempercayai anda.

Itulah beberapa tips yang boleh anda amalkan bagi menjaga hubungan perkahwinan jarak jauh.

Sebenarnya dengan adanya pelbagai teknologi masa kini seperti Facebook, email, chatting dan sebagainya anda mampu mengekalkan hubungan perkahwinan anda berdua walaupun terpaksa berjauhan. Tetapi adalah sangat dinasihati agar anda mencuba cari jalan bagaimana anda boleh tinggal sebumbung. Wallahualam…

RUMAH SEMI-D (SEMPENA HARI IBU)


Baru seminggu pindah rumah baru
Hati emak seronok Tuhan je yang tahu
Mana nak sangka belajar takat menengah satu
Dapat pulak beli rumah besar macam tu

Lantai marmar berkilau-kilauan
Dari dapur memancar-mancar sampailah ke depan
Perabot baru abah dah belikan
Perabut lama bagi kat kawan-kawan

Atap genting kelabu pekat
Silingnya pulak kuning pucat
Dinding baru cat berkilat
Warna pilihan beige nak dekat coklat

Habis semua sudut emak hias
Dari pagi ke petang asyik mengemas
Yang kanan ke kiri, yang bawah ke atas
Semuanya emak pastikan cantik walaupun ringkas

Emak tersenyum sampai ke petang
Tengok rumah cantik penat pun hilang
Tapi adik pulak pantang ada peluang
Dapat je pensil mulalah nak membilang…!

Adik pulak baru pandai mengeja
Di mana ada tempat lapang di situ jadi mangsa
Kadang-kadang adik tulis entah apa-apa
Sampai kakak sakit perut tahan ketawa…!!

Emak selalu marah kat adik
Sebab pensil kakak panjang dah jadi pendek
Tapi adik pulak akalnya cerdik
Bila emak kejar terus lari masuk bilik…!

Selalu jugak emak pesan kat kakak
Jangan biarkan adik conteng rumah baru emak
“Kalau adik conteng rumah baru emak…,
Emak pukul adik sekali dengan kakak…!!”

Suatu hari emak balik dari pasar
Kakak menjerit sampai tekak nak terkeluar
“Emaakkk… adik conteng bilik luar…!”
“Habis tu kenapa engkau biar…??!”

Kakak tengok emak betul-betul marah
Emak capai rotan yang tersangkut kat bilik abah
Barang-barang yang dibeli emak biarkan bersepah
Emak cari adik yang belum tahu erti susah

Emak cari adik dengan rotan kat tangan
“Kalau aku dapat teruk aku kerjakan…!!”
Kakak tengok timbul rasa kasihan
“Emak, kalau jumpa adik janganlah diapa-apakan…”

“Ahhh… engkau apa tahu…?!!
Celik-celik mata mintak duit nak beli buku
Engkau tahu tak betapa susahnya aku dulu…
Jangankan rumah banglo, rumah kos rendah pun belum tentu…!”

“Emak… kesiankanlah kat adik
Dari tadi menangis tunggu emak balik
Janganlah dipukul, janganlah dijentik
Kalau dinding kotor nanti kami bersihkan balik…”

Emak tak hirau rayuan kakak
Dengan hati yang marah teddy bear atas lantai emak sepak
Cadar dan langsir semuanya emak selak
Rupa-rupanya adik sembunyi dalam kotak…!

“Oooo… kat sini rupanya engkau sembunyi ya…?
Orang jerit panggil kau buat-buat pekak je…
Mana satu tangan yang suka buat kerja sia-sia…?
Meh sini aku pukul, biar dia rasa…!!”

Emak pulas telinga kakak dan adik tarik masuk bilik
Emak suruh kakak tunjuk mana satu dinding yang dah jadi tak cantik
Kakak rasa menyesal sebab tadi dialah yang ajar adik
Kakak dapat rasakan lepas ni teruklah diorang kena titik…!!

Sampai dalam bilik kakak tunjuk dinding yang adik conteng
Emak terdiam sampai kakak dan adik naik pening
Tadi emak marah sangat sampai suara macam kucing
Kali ni mata emak berlinang tengok tulisan adik kat dinding…!

Emak peluk adik dan kakak dengan perasaan yang sebak
Sebab marah adik dan kakak tanpa periksa, tanpa semak
Kat dinding adik tulis “SELAMAT HARI IBU, KAMI SAYANG EMAK,
Daripada anak-anak emak, ADIK DAN KAKAK…!!!”

Airmata emak tak tertahankan lagi
Berjurai bergenang membasahi pipi
Barulah kini emak sedari
Betapa berharganya kasih-sayang anak daripada RUMAH SEMI-D…

SELAMAT HARI IBU

By: RKA 2002

Suami boroi tanda bahagia?

SAYA ada membaca satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu suami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawa suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga. Saya berkahwin 3 tahun lalu, dan mempunyai seorang cahaya mata. Di awal perkahwinan suami saya berbadan kurus dengan berat lebih kurang 59 kilogram dan berperut leper. Namun setelah 3 tahun berkahwin beratnya mencecah 72 kilogram dan perutnya sudah mula membuncit seperti wanita mengandung 3-4 bulan. Namun dia masih sihat dan tidak dirundung penyakit. Jika benar artikel berkenaan, benarkah perut suami saya yang buncit itu tanda dia amat bahagia hidup berumah tangga dengan saya?

ISTERI BAHAGIA,
Hulu Langat.

JAWAPAN

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain boroi. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin bulat atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi. Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air zat isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini.. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab. Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.