Ketahui Kehendak Wanita Bila Hendak Melakukan Seks


Assalamualaikum,

Berikut saya sertakan panduan untuk para lelaki mengetahui sama ada wanita atau pasangan mereka sudah bersedia untuk melakukan persetubuhan. Semoga tip yang saya berikan ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.

* Lelaki patut lebih ceria semasa melakukan seks.
* Makan malam bersama dan bersuap-suapan makan ke mulut pasangan sebelum melakukannya.
* Tidak suka lelaki menghimpit kerana sukar bernafas.
* Gembira jika inzal tapi tak perlu inzal untuk merasa puas, asalkan suami dapat beri kemesraan.
* Tidak suka lelaki yang pentingkan dir sendiri. Suka lelaki yang ambil berat tentang kehendak pasangan.
* Gembira jika lelaki dapat menenangkan hatinya sebelum melakukannya.
* Suka jika lelaki melayaninya seolah-olah mereka melakukannya buat pertama kali. Lelaki itu patut mengasihi serta lemah-lembut.
* Lebih suka disentuh dan dirangkul berbanding inzal bila melakukannya.
* Gembira jika boleh memberitahu lelaki apakah perasaannya bila melakukannya dan lelaki itu memahaminya.
* Suka hatinya bila lelaki berkata bahawa dirinya cantik menawan.
* Perlukan masa untuk menyegarkan badan serta berdandan sebelum melakukannya.
* Tidak suka melakukannya dalam keadaan yang tergopoh-gapah.
* Suka jika lelaki mengejutkannya dari tidur dengan cara mencium tubuhnya.
* Merasa gembira bila lelaki memuji bahagian demi bahagian dari tubuhnya.
* Gemar melakukan diwaktu pagi.
* Suka berendam dalam air sebelum melakukannya.
* Gemar jika lelaki bergilir-gilir melakukannya sekali untuk pasangannya, kemudian untuk dirinya pula.
* Gembira jika dipanggil dengan nama-nama manja sebelum melakukannya.
* Benci bila melakukannya setelah selesai saja makan malam.
* Tidak suka lelaki yang gelojoh di atas ranjang, sepatutnya bertenang dan jangan terkejar-kejar tidak tentu hala.
* Tidak akan merasa jemu mendengar lelaki memuji betapa jelitanya dia.
* Gembira jika lelaki menumpukan perhatian pada dirinya bila melakukannya, bukan pada benda lain.
* Tidak suka jika lelaki memakai minyak wangi yang tidak sedap baunya.
* Suka jika lelaki memberitahunya apakah yang telah dilakukannya dengan betul, bukan hanya kesalahannya. * Gemar jika lelaki yang membukakan pakaiannya.
* Suka berjanji dulu pada hari bila dan waktu bila mahu melakukannya, dan janji itu perlu ditunaikan.
* Gembira jika lelaki menunjukkan kasih sayang setelah melakukannya melebihi masa sebelumnya.
* Suka melakukannya dalam suasana udara yang hangat.
* Gemar hanya melakukan di atas ranjang.
* Tidak gemar bila lelaki menunjukkan kegagahan dan kekerasan semasa melakukannya.
* Gembira mendengar sesuatu yang menghairahkan dikatakan oleh lelaki sebelum melakukannya.
* Tidak suka jika lelaki membawa makanan ke ranjang.
* Tidak suka melakukannya jika malam sudah terlalu lewat.
* Tidak gemar bila lelaki melakukan cara yang sama saja setiap kali bersama.
* Gemar jika lelaki membelai-belai rambutnya sebelum melakukannya.
* Benci bila lelaki terus mencabut keluar zakarnya sebaik saja inzal.
* Gembira jika lelaki berkata dengannya pada masa itu dengan nada suara yang rendah dan dalam.
* Tidak suka pada lelaki yang memaksa.
* Suka jika lelaki meniup-niupkan nafas yang hangat ke telinganya.
* Suka lelaki yang berterus-terang apakah kelemahan lelaki itu dari sudut seks.
* Tidak suka lelaki yang serta-merta mahu memulakannya tanpa ringan-ringan.
* Gembira jika jari kakinya diurut terlebih dahulu.
* Tidak suka lelaki yang melakukannya sebelum lelaki itu mandi.
* Tidak suka lelaki yang mencakar-cakar tubuhnya dengan rakus.
* Gemar jika lelaki berada di atas dan mengawal aktiviti.
* Tidak suka melakukannya bila anak-anak masih jaga atau ada di rumah.
* Suka dan akan melayani sepenuh hati lelaki yang kuat bekerja mencari nafkah utnuk keluarga.
* Gemar menunggu melakukannya dalam keadaan cahaya terang.
* Gembira melakukannya sambil muzik lembut berkumandang.
* Gemar jika lelaki melakukannya dengan lemah-lembut dan perlahan.
* Suka jika lelaki menghadiahkan padanya bunga.
* Gemar jika lelaki tunjukkan kasih sayang yang tinggi semasa melakukannya.
* Menganggap rahsia seks ialah kejujuran.
* Sama ada inzal atau tidak dan berapa kali inzal tidak penting.
* Adakalanya mahu memberi, adakalanya hanya mahu menerima.
* Gemar disentuh sebelum, ketika, setelah dan luar masa melakukan seks.
* Gembira jika lelaki menjilat sekitar payudara kemudian meniupnya dengan lembut.
* Suka jika lelaki itu merasa bangga ketika bersamanya.
* Perlukan perhatian dan masa.
* Suka jika ia dapat berterusan sepanjang malam.
* Gembira sekiranya lelaki menyatakan perasaan nikmatnya bila melakukannya.
* Suka jika zakar disorong lambat dan ditarik dengan cepat semasa dayungan.
* Gemar jika lelaki peka kepada kehendak dan perasaannya.
* Suka jika berpegangan dan berpimpin tangan.
* Suka sekiranya seks itu menjadi menifestasi cinta.
* Gembira diperlakukan dengan kasar.
* Tidak gemar jika seks di anggap oleh lelaki sebagai rutin kerana itu tidak menyeronokkan.
* Gemar meraba dan diraba hingga tidak tertahan lagi kegelian.
* Selepas melakukannya suka tidur di dalam rangkulan lelaki.
* Suka jika lelaki melakukan sesuatu yang memeranjatkan di ranjang.
* Gembira kerana lelaki melakukannya bersamanya setiap hari dengan kata dan layanan yang baik.
* Suka jika lelaki menggunakan tangannya untuk menjelajah ke seluruh tubuhnya dan betisnya dibelai.
* Tidak pernah masuk tidur dengan keadaan marah atau bosan, semua masalah diselesaikan dahulu.
* Gemar jari-jarinya disedut oleh lelaki.
* Seks patut mengembirakan bukan sesuatu yang menyedihkan hati.
* Mesti mahukan inzal bila melakukannya.
* Suka meletak bantal di bawah pinggul bila melakukannya dalam keadaan lelaki di atas dan dia baring terlentang.
* Gemarkan posisi-posisi baru.
* Suka jika payudara diramas dengan lemah-lembut seolah-olah menjaganya jangan pecah.
* Rasa istimewa bila lelaki memberikan perhatian yang tidak berbelah bagi.
* Tidak sudi kepada lelaki yang tidak mempunyai perasaan kepadanya.
* Semasa di ranjang mahu dianggap sebagai wanita sempurna segala segi.
* Lelaki yang lemah-lembut dan baik hati menjadi idaman.
* Melakukannya di tempat ganjil menjadi hobi.
* Sanggup menjadi hamba seks lelaki asalkan lelaki pun begitu.
* Lebih lama lelaki bersabar sebelum memulakannya, lebih cepat wanita inzal.
* Mahu tahu apa yang lelaki tertarik dengan dirinya.
* Suka lelaki yang bersopan.
* Lebih suka jika lelaki tunjukkan kasih sayang dengan cara bukan seksual.
* Suka jika dapat tentukan sendiri masa untuk melakukannya, tidak hanya lelaki sahaja.
* Saya tidak mahu seks, saya mahu memadu cinta.
* Gembira jika lelaki menyuruhnya memainkan peranan aktif sekali-sekala.
* Suka lelaki yang bersabar.
* Gemar bergurau senda selepas melakukannya dan anggap itulah paduan cinta yang sebenar.
* Suka cara yang berbeza-beza.
* Gemar jika dicium lembut sambil masuk ke kamar.
* Rasa selesa dan selamat melakukannya dengan lelaki yang setia.
* Benci bila lelaki menolak ajakannya.
* Gemar jika lelaki memegang tangannya sambil masuk ke kamar.

12 Cara Membahagiakan Suami Dalam Hubungan Intim

Anda memang sudah “pakar” dalam hal bercinta. Namun apakah anda sudah 100% pasti apa yang anda lakukan itu cukup memuaskan hati suami anda? Anda perlu ingat ketika “bersama”, suami isteri haruslah mampu memberikan kepuasa kepada pasangannya. Jika anda merasakan bahawa anda masih belum mampu “memuaskan”suami sepenuhnya, 12 tips yang dipaparkan ini mungkin mampu membantu anda. 

1) Berani berinisiatif.Selalunya terjadi ketika hendak mengadakan hubungan seksual inisiatif selalunya datang daripada pihak suami. Sedangkan isteri hanya menunggu. Ini kerana kebanyakan isteri berasa malu (tapi mahu) untuk mengambil inisiatif walaupun mereka teringin untuk melakukannya. Sepatutnya dalam kehidupan seks suami isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus berani mengambil inisiatif kerana cara begini akan membuat suami gembira. Dan secara psikologi dapat mempengaruhi suami untuk ‘bersama’. 
2) Menghias Diri.Apabila ingin ‘bersama’, isteri sepatutnya menghias diri. Jangan sesekali tampil ala kadar saja. Penampilan yang menarik akan menambah semangat suami untuk ‘bersama’. Oleh itu, sebelum ‘bersama’, mandilah terlebih dahulu, pakailah pakaian yang bersih dan menarik lagi seksi. Juga sembur sedikit bau-bauan agar anda berbau harum. 
3) Rapikan Kamar Tidur.Sebelum ‘bersama’, rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur anda dari kain dan pakaian yang tidak berguna. Jika cadar dan sarung bantal kotor, gantikan dengan yang baru dan bersih. Jangan lupa untuk menyembur sedikit wangian agar ruang tidur terasa nyaman dan wangi. Tempat tidur yang rapi dan wangi secara psikologi akan dapat menambah semangat suami untuk ‘bersama’ dengan anda. 
4) Bersifat Aktif.Cumbuan adalah antara aktiviti permulaan untuk ‘bersama’. Ia tidak boleh dipandang remeh kerana ianya sama penting dengan hubungan intim itu sendiri. Samada suami atau isteri, kedua-duanya dituntut untuk aktif. Sayangnya, dalam perkara ini yang aktif selalunya suami. Isteri sering bersifat pasif dan menyerah. Agar suami cukup ghairah, isteri perlu bersikap aktif melakukan rangsangan di tempat-tempat sensitif. 
5) Penuhi Kehendaknya.Ketika ‘bersama’ isteri sering menolak untuk melayani permintaan suami. Ini sering menimbulkan rasa jengkel dan marah si suami. Sebenarnya tiada alasan mengapa isteri perlu menolak keinginan suami, kecuali dia ingin anda melakukan diluar tabii. Apabila apa yang diinginkan suami itu dipenuhi isteri, maka suami akan berasa gembira dan puas malah perasaan sayang akan semakin kuat. 
6) Tidak Statik.Sering terjadi, isteri hanya mahu melayan suami dalam satu gaya sahaja. Hal ini boleh menyebabkan suami merasa bosan. Untuk menghindari kebosanan suami, layanilah suami dengan berbagai gaya. 
7) Bersikap Sopan.Ketika ‘bersama’, isteri jangan sesekali bersikap kasar. Sentiasalah mengamalkan sikap yang sopan. Sikap sedemikian secara psikologi mempengaruhi semangat suami untuk ‘bersama’. 
8) Tidak Mengungkit Kelemahannya.Jangan sesekali mengungkit kelemahan suami, misalnya mengungkit tentang ukuran penisnya yang agak kecil atau pendek. Ungkitan seperti ini boleh menurunkan ghairah suami. 
9) Tidak Mengeluh. Jangan terlalu banyak mengeluh kerana itu hanya akan menyebabkan semangat suami untuk ‘bersama’ menurun. 
10) Jangan Banyak Berbual.Anda mungkin seorang yang suka berbual. tetapi perkara ini jangan diamalkan ketika anda dan suami anda sedang ‘bersama’. Sebab hal ini akan menyebabkan kurangnya tumpuan suami dalam menikmati hubungan ‘bersama’ anda. 
11) Bersifat Terbuka. Bersifat terbuka dan jujur adalah satu kemestian dalam bercinta, katalah isteri tidak suka apa yang dilakukan oleh suami, jangan sesekali berdiam diri sahaja. Sebaiknya berterus terang dan memberitahu apa yang seharusnya dilakukan oleh suami. Sikap yang begini akan menambahkan semangat suami ketika ‘bersama’. 
12) Beri Pujian.Setelah selesai ‘bersama’, jangan lupa untuk memberikan pujian atas kehebatan suami. Dengan pujian suami akan berasa bangga. Tetapi kalau suami kurang hebat jangan dicela. Dengan cara yang baik beritahu tentang kekurangannya dan kalau boleh beri cadangan untuk mengatasinya. Semua ini akan membuat suami tampil lebih baik lagi di masa akan datang. 
Selamat mencuba! 

Apakah Hukum Menjilat Kemaluan Isteri?

Para ulama’ masih berbeza pendapat mengenai hukum mencium,menghisap, dan menjilat kemaluan isteri ataupun lebih dikenali pada hari ini dengan oral seks. Hal ini berikutan dengan tidak terdapatnya dalil yang jelas yang melarang perbuatan tersebut.

Walau bagaimanapun, sekiranya hanya sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami ataupun isteri tanpa melakukan “oral seks”, para ulama’ menyatakan bahawa ia adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti yang boleh menaikkan syahwat antara suami dan isteri, malah ia adalah diharuskan.
Sebagai kesimpulannya, dalam isu oral seks ini para ulama terbahagi kepada dua kumpulan : 
1.Yang mengharuskan : 
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap cecair tersebut adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual. 
Menurutnya lagi, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah perzinaan yang sudah terang amat dilarang di dalam Islam. 
2.Yang mengharamkan: 
Kebanyakan daripada ulama Saudi mengharamkan perbuatan tersebut. Antaranya Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al‘Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi berpendapat: “Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan sebagainya. Jika air-air tersebut memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang mana ia adalah najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan datangnya penyakit kepada dirinya”.

Pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi mengatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak bilangannya jika dibandingkan dengan yang terdapat di kemaluan, justeru itu beliau menyatakan tindakan melakukan oral seks dibimbangi boleh membawa penyakit kepada kemaluan pasangan akibat daripada terdapat banyaknya kewujudan bakteria dan kuman di dalam bahagian mulut pasangan.

Seorang ilmuan Islam, Syeikh Nasiruddin Albani berpendapat bahawa perbuatan tersebut adalah perbuatan sebahagian daripada binatang, seperti anjing. Dan kita di dalam Islam mempunyai dasar umum seperti yang terdapat di dalam banyak hadits yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW melarang umatnya untuk tasyabbuh atau menyerupai perbuatan yang dilakukan oleh haiwan-haiwan.

Perempuan yang sengaja cari pasal

 

Dalam blog ini tidak berapa lama dulu, saya pernah menegaskan bagaimana perempuan sememangnya mudah lentuk dengan lelaki.
Bila kena puji sikit mulalah perasan dan paling teruk bila sudah dilamun cinta mereka anggap kekasih mereka satu-satunya lelaki di muka bumi Allah ini.
Sebelum berkahwin mereka tidak kisah apa pun perangai kekasih, semuanya diterima seadanya, atas alasan “setiap manusia pasti ada kelebihan dan kelemahannya.” – Amboi! Sedapnya hujah!
Hakikatnya, mereka tak mahu kaji betul-betul apakah perangai kekasih mereka itu sesuai atau tidak dengan mereka. Oleh kerana dilamun cinta maka mereka mahu memastikan si kekasih menjadi teman seumur hidup.
Kalau tergerak di hati emak bapak bahawa si lelaki tidak sesuai untuk anaknya, si perempuan tidak akan peduli, silap-silap mereka tuduh emak bapak tak faham perasaan mereka.
Tetapi apabila sudah berkahwin barulah mereka tahu macam mana perangai suami masing-masing. Saya tak kata semua lelaki macam tu, Cuma saya bosan apabila mendengar keluhan demi keluhan oleh sesetengah isteri mengenai suami masing-masing.
Saya bangkit persoalan ini kerana ada wanita emosional apabila mengulas tulisan saya beberapa bulan lalu mengenai patutkah suami serah semua gaji kepada isteri. Ada antara mereka kata, memang patut pun suami berbuat demikian apatah lagi suami yang lupa tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak.
Saya setuju tindakan itu kalau betul suami berperangai sedemikian, tetapi soalnya yang si isteri tak mahu teliti betul-betul perangai si suami sebelum berkahwin itu apa hal? Bila dah berkahwin baru nak menyesal. Sepatutnya si isteri reda sahajalah sebab mereka yang cari fasal mahu kahwin sangat dengan lelaki berkenaan.
Apa yang paling saya menyampah ada sesetengah wanita sebelum berkahwin kata, lelaki yang dipilih menjadi suaminya amat memahami dirinya dan mencintai dia sepenuh hati, sesetengahnya pula mendakwa mendapat hidayah dari Allah SWT tetapi apabila berlaku pergaduhan yang berakhir dengan perceraian, barulah nak kata ini takdir.
Saya nak nasihatkan kaum wanita jangan mudah salahkan takdir. Memang Allah menentukan segala-galanya tetapi Allah juga tidak akan mengubah nasib kita, kalau kita tidak mengubahnya sendiri. Tetapi masalahnya kebanyakan perempuan degil!
Cakaplah apa pun fasal mereka, bila sudah kemaruk cinta mulalah mata dibutakan untuk menilai antara kebaikan dan keburukan. Saya bukannya tak simpati dengan sesetengah perempuan yang terpaksa menjadi janda tetapi kenapa sebelum kahwin tak fikir semasak-masaknya?
Kalau perempuan nak kata lelaki pandai berlakon, saya rasa perempuan lebih bijak bersandiwara. Oleh itu tidak perlulah nak menyesal apabila berlaku sesuatu dalam perkahwinan. Tidak payahlah nak tuding jari nak salahkan lelaki sahaja, perempuan pun patut dipersalahkan.
Ada sesetengah perempuan bila ibu bapa nak nasihatkan jangan berkawan atau berkahwin dengan lelaki tertentu, mereka akan ‘mengamuk.’ Ada antaranya sanggup lari dari rumah kononnya demi cinta sejati tetapi kesudahannya apabila ditimpa masalah emak bapak juga jadi tempat untuk mengadu.
Saya nak beritahu, dalam rumah tangga memang banyak dugaannya kerana selepas berkahwinlah kita akan tahu perangai sebenar pasangan masing-masing.
Rumah tangga ibarat bahtera yang perlu dilayari dengan hati-hati di lautan. Tidak boleh main redah begitu sahaja. Sebab itulah orang kata, memilih nakhoda (suami) itu penting.
Nakhodalah yang akan bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak kapal (isteri dan anak-anak). Kalau dah tahu bakal nakhoda perangai macam pelesit, yang perempuan pilih dia juga, apa fasal?
Jadi saya hendak tegaskan di sini, apa pun keadaan, si isteri tidak berhak mengambil kesemua gaji suami. Hak suami adalah hak suami. Si isteri hanya berhak meminta bahagian untuk dia dan anak-anak sahaja. Kalau tidak mahu terjebak dengan mana-mana lelaki yang tidak bertanggungjawab apabila menjadi suami, maka jangan mudah terpengaruh dengan mabuk asmara.
Orang tua-tua selalu berpesan, jangan biarkan kemanisan rumah tangga hanya tiga bulan. Kenapa tiga bulan? Kerana dalam tempoh itulah, si suami dan si isteri boleh mengenal perangai sebenar pasangan masing-masing.
Namun ini bukanlah bermakna ambil cara mudah dengan bergaduh atau bermasam muka. Carilah pendekatan terbaik untuk menyelesaikan masalah.
Kita yang rela dia menjadi suami, maka kenalah terima apa pun perangainya, kecualilah kalau jahat sangat sampai hantu raya tengok pun lari!
Bagi saya, dalam soal ini saya tetap anggap kebanyakan perempuan bersalah kerana mereka bukan sahaja tidak pandai jaga diri malah sering kali terbukti suka ikut rasa hati, akhirnya gigit jari hingga kecewa sampai ke mati.
Sekian dan terima kasih kerana sudi membaca entri yang panjang ini.      
 

Tanda wanita kuat seks dari lelaki

Fakta 1: Wanita yang ketandusan perhatian akan menarik perhatian lelaki yang ada bagi memuaskan keinginannya. Biasanya perempuan tak cukup dengan seorang. Apatah lagi orang itu tak berikan perhatian sepenuhnya. 

Fakta 2: Wanita biasanya akan mencari orang lain kerana tak mampu bersendirian. Mereka memang tak suka bersendirian. 
Fakta 3: Wanita boleh melakukan seks di mana-mana sahaja kerana dia sangat menginginkannya. Bila nafsunya bergelora terus ia lakukannya. 
Fakta 4: Apabila tertekan, sakit, penat dan segala masalah timbul semua akan diubati dengan cara seks. 
Fakta 5: Wanita terlalu sering dan terlalu cepat inginkan seks. Dengan hanya berpeluk dan berciuman mampu menarik mereka ke perhubungan seks. 
Fakta 6: Sewaktu berhubungan, wanita gagal mencapai kepuasan dan dia akan menyalahkan pasangannya. Pasangan dikatakan mempunyai masalah ketika itu.

10 Perkara Jangan Beritahu Kepada Wanita

1. Dia tidak disukai keluarga anda. Anda hanya memarakkan api yang sedang menyala. Sebaiknya anda diamkan sahaja perkara itu daripada diketahui pasangan. Sementara menunggu masalah reda, anda boleh memujuk keluarga untuk menerimanya dengan memberitahu perkara baik tentang wanita pilihan anda itu. 

2. “Saya rasa hubungan kita tidak terjamin lagi.” Wanita tertarik dengan lelaki yang penuh karisma dan keyakinan. Andai anda sendiri berasa kurang yakin malah sesekali berasa cemburu dengan status kerjayanya dan gajinya yang tinggi, pasti mereka mulai menghindari anda. Jika ada perasaan sebegitu sebaiknya anda kawal hati dengan sebaiknya. Tidak salah andai gaji mereka lebih besar daripada anda. 
3. “Saya suka dengan (nama wanita lain).” Jangan beritahu mereka tentang isi hati anda ini lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki yang mudah tertarik dengan mana-mana wanita cantik. 
4. Simpan rahsia kelemahan anda. Jika anda jenis lelaki yang takutkan labah-labah mahupun cicak, simpan rahsia itu sebaiknya. Biarkan mereka tahu rahsia anda secara natural iaitu sepanjang berhubungan dengan anda. 
5. Bandingkan dirinya dengan teman wanita terdahulu. Wanita tidak suka dibandin-bandingkan dengan perempuan lain terutama hal yang buruk-buruk. Jika anda berbuat begini anda sebenarnya menempah satu hubungan yang singkat. 
6. Jangan jadi ‘anak emak.’ Beberapa kali dalam sehari anda menghubungi ibu anda? Jika jawapannya kerap kali, sebaiknya anda kurangkan sedikit. Wanita tidak suka merasakan seperti sedang berebut anda daripada ibu anda. Jadi simpan rahsia diri sekemas-kemasnya. 
 7. Anda punyai hobi yang pelik. Anda mungkin pengumpul barangan ‘Transformer’ atau jam antik tegar dan menjadi teruja apabila melihat telur-telur cicak. Tetapi anda perlu sedar, apakah mereka dapat menerima hobi pelik anda itu? Jangan pula berlagak baik dengan memberitahu perkara sebenar kepada mereka. Peluang untuk anda ditinggalkan adalah lebih tinggi sebenarnya. 
8. “Saya tidak berkenan awak berkawan dengan..(kawan perempuannya).” Jangan sesekali merendah-rendahkan atau memperlekehkan teman-temannya. Sebaiknya beritahu perkara yang baik-baik sahaja tentang mereka. Anda baru sahaja bersama dengannnya sedangkan teman-teman mereka telah mengenali teman wanita anda sejak sekian lama. Siapakah yang lebih mengenali teman-teman kekasih anda itu? Pastinya anda tidak dalam senarai di atas. 
9. Anda telah melakukan sesuatu yang memalukan sebelum ini. Anda fikir inilah masa yang sesuai untuk membuktikan kejujuran dengan mendedahkan perkara sebenar. Sebenarnya pasangan anda tetap tidak dapat menerima bahawa diri mereka pernah diduakan. Wanita walaupun menyatakan mereka tidak berasa apa-apa sebenarnya mereka tebal dengan sifat dendam dan akan terus mengingati perkara itu sampai bila-bila. Berhati-hati apabila mahu melepaskan beban yang anda tanggung sekarang ini. 
10. Anda tertarik dengan teman baiknya yang sangat seksi. Jika anda fikir teman baiknya itu kelihatan seksi, jangan beritahu perkara sebenar walau dengan nada bergurau sekalipun. Tidak mungkin pasangan anda berasakan itu satu gurauan, malah mereka akan berasa marah dan terluka. Dan dalam jangkamasa panjang kepercayaan mereka terhadap anda sedikit terhakis. Jangan sesekali fikir mereka kuat menghadapi kenyataan anda. Hakikatnya mana-mana perempuan tidak sekuat itu. Jadi jangan ambil risiko.

Hukum Hisap Zakar Suami

Saya pernah bertanyakan seorang ustaz adakah islam membenarkan urusan menjilat kemaluan isteri dan isteri mengulum/menghisap kemaluan lelaki, jawapan yang diterima dari ustaz dan bahan bacaan adalah dia boleh dibahagikan kpd dua : 
Pertama : Harus, sebab ulasan yang diberikan ialah ia merapatkan lagi hubungan suami isteri. 
Kedua : Haram, sekiranya pancutan air mani suami ditelan oleh isteri. 
Teknik suami menjilat kemaluan isteri dan isteri mengulum/menghisap kemaluan lelaki dikenali sebagai oral seks. Sekiranya anda tidak pernah mengetahui teknik ini, anda mungkin akan menganggapnya sebagai jijik. Anda merasa jijik kerana merasakan kemaluan pasangan anda tidak bersih. Tetapi sebenarnya, perkara jijik tidak timbul sekiranya pasangan tahu mengamalkan kebersihan kemaluan masing-masing. Perkara paling utama dalam oral seks, ialah kebersihan dan kepercayaan suami isteri. Janganlah sesekali menganggap kemaluan diri atau pasangan anda adalah satu objek yang jijik. Kemaluan anda dan pasangan adalah bersifat suci, bersih, indah dan membawa kenikmatan sebagaimana bahagian tubuh luaran anda yang lain. Sekiranya anda meyakini kemaluan pasangan anda bersih, maka pasti anda akan seronok melakukannya bersama-sama. 
LANGKAH-LANGKAH MEMBIASAKAN DIRI MENGULUM ZAKAR SUAMI 
1. Lakukannya demi kepuasan suami anda dengan harapan bahawa suami anda akan lebih menyayangi dan mencintai diri anda. 
2. Sekiranya suami anda sanggup mencium dan menjilat kemaluan anda sebagai tanda kasih sayangnya yang tidak terbatas, mengapa tidak anda melakukannya pada suami? Anda dapat membalas kasih sayangnya dengan melakukan rangsangan mulut terhadap kemaluannya. 
3. Yakinlah bahawa zakar suami anda sentiasa suci dan bersih. Eloklah sekiranya anda berdua sentiasa mandi bersama. Ketika mandi, cucilah zakar suami dengan menggunakan sabun dan pembasmi kuman. Pujuklah suami supaya mengamalkan pembersihan zakarnya pada setiap hari. Anda juga perlu lakukan perkara yang sama untuk menjaga kebersihan dan kecantikan faraj anda. 
4. Sapukanlah makanan yang manis seperti madu, aiskrim atau susu pekat/krimer pada sekeliling zakarnya supaya anda merasa lebih senang mengulumnya. Ia dapat menyeronokkan suasana perhubungan. 
5. Biasakanlah memegang dan membelai zakar suami ketika anda berdua menonton TV atau meluangkan masa lapang bersama dan tanpa dilihat oleh orang lain. 
Sekian. Terima kasih dan selamat mencuba kepada suami pasangan suami-isteri yang membaca entri ini.