Makanan Sunnah Nabi…selamat beramal…

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, dan membersihkan perut.

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut dan membuang kahak. Baik diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata dan membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata dan sebagai perancang keluarga .

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan dan merawat radang perut.

10. Buah Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular ketika ini di restoran-restoran itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk kerana ia memudahkan mendapat sakit pada hati.

Rahsia di sebalik jenis perut lelaki

Nak tahu rahsia di sebalik jenis perut lelaki? Jom kita kaji jenis dan perwatakannya.

Bulat

Perut bulat dan agak buncit sedikit. Orang begini dikatakan berjaya dan kaya. Makan minum dan pakaiannya sempurna. Seorang yang pemurah dan murah rezeki.

Buncit

Perut yang buncit diumpamakan seperti beg yang penuh berisi duit. Orang ini memang banyak duit tetapi kuat membazir, pemalas dan kuat makan.

Tinggi tajam

Bahagian atas perut tinggi dan tajam, buncitnya menghala ke atas. Orang begini kurang rehat. Sangat kuat bekerja tetapi duit yang dikumpulnya sedikit. Individu ini sanggup melakukan pelbagai kerja untuk mencari sesuap nasi.

Rata

Perutnya sangat rata dan leper. Pemiliknya seorang yang bijak, pencinta seni dan berjiwa besar. Jumlah simpanan wangnya sederhana. Meskipun ramai yang suka atau inginkan perut yang leper dan rata, ia sebenarnya tidak baik untuk kesihatan dan keseimbangan badan. Hal ini disebabkan oleh kehilangan zat-zat penting untuk tubuh badan dan minda yang sihat dan cergas.

Petua Untuk Hilangkan Mengantuk Di Pejabat

1. Bau-bauan – Anda tidak perlu minum kopi. Bau aroma akan membantu anda untuk berasa segar. Aroma minyak boleh membantu – eucalyptus atau mint. Setiap aroma yang kuat sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk beberapa waktu membuat anda tetap terjaga.

2. Urut – Ada beberapa teknik untuk sistem tubuh anda kembali segar. Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala. Dalam masa beberapa sahaja, anda akan berasa segar dan aktif semula.

3. Cahaya – Ketika keadaan gelap di sekeliling anda, satu isyarat akan membawa ke otak anda bahawa tidur adalah pilihan yang baik. Pastikan ada cukup cahaya di bilik atau pejabat anda. Pergi ke tempat terang atau banyak cahaya matahari untuk beberapa minit. Jika pejabat anda tidak ada jendela, pastikan cahaya di sekeliling cukup terang. .

4. Jangan duduk terlalu lama di kerusi anda. – Mengubah kerusi atau banyak berjalan akan mengaktifkan anda semula.

5. Makanan – Jangan biarkan diri anda lapar. Jangan makan terlalu banyak. Makanan ringan lebih baik. Jika perut anda sudah penuh, dan kepala anda berkabut dari tidur tidak cukup, ini suatu alasan untuk rasa hendak tidur.

6. Muzik – Muzik boleh membuat anda tetap terjaga. Mainkan muzik yang mempunyai rentak “up-beat”, supaya anda lebih segar dan bermotivasi positif.

7. Berjalan-jalan – Jika anda tidak boleh pergi ke luar, anda boleh berjalan-jalan di kawasan pejabat anda sambil berinteraksi dengan rakan-rakan sepejabat.

8. Air – Minum air suam selalu untuk menyegarkan minda dan tubuh anda.

9. Bersihkan meja – Jika anda masih tidak dapat menumpukan perhatian pada pekerjaan anda, buat sesuatu kerja yang bermanfaat seperti membersihkan meja. Dengan cara ini anda tidak akan hanya duduk diam sahaja. Meja yang bersih dan teratur mencerminkan imej positif. Anda sendiri akan berasa puas dan selesa. yang dapat menggembirakan.

10. Tidur – Sewaktu rehat, tidur di meja anda. Tidur atau melelapkan mata selama 20 minit sudah mencukupi untuk menyegarkan anda semula.

Cara untuk menambahkan berat badan

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dalam kehidupan masa kini.ada sesetengah orang yang risau apabila dirinya terlalu kurus. Sebab bila terlalu kurus ia senang mendapat penyakit. Bukan orang yang terlalu berisi senang dapat penyakit, orang yang terlalu kurus pun mudah. Ia berlaku mungkin kerana genetik pada diri yang memang akan kurus. Mungkin juga kerana masalah terhadap penyerapan dan pencernaan makanan atau disebabkan jumlah pengambilan kalori serta zat dalam diet pemakanan yang tidak lengkap.

Jadi bagi yang kurus dan semakin risau kerana berat badan tidak seimbang dengan ketinggian, mungkin boleh cuba amalkan cara tertentu. Antara perkara yang anda boleh buat untuk berusaha menambah berat badan:

1. Penting untuk mengambil banyak makanan yang tinggi kalori, protein dan garam galian.

– Caranya:

– Gantikan nasi dengan roti. Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi dan sejam kemudiannya roti.

2. Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari.

– Caranya:

– Pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan. Digalakkan mengambil snek seperti sandwich, kekacang, biskut, minuman bersusu, jus, keju, buah-buahan kering dan kentang lenyek.

3. Makan secara kerap. Jika tidak mempunyai selera makan, boleh makan lima atau enam hidangan kecil sehari.

– Caranya:

– Ambil hidangan yang sihat. Amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat, tetapi melambatkan proses metabolisme tubuh.

4. Pada waktu pagi, ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protein tinggi.

– Caranya:

– Minum satu gelas susu pada setiap hari,roti atau telur separuh masak. Hindari makanan yang mengandungi banyak lemak.

5. Melakukan senaman secara teratur.

– Caranya:

-Lakukan senaman-senaman bina badan, angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap tiga atau empat kali seminggu. Pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan.

6. Selepas selesai senaman, boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi.

– Caranya:

– Ambil makanan yang mempunyai sumber protein dan karbohidrat. Ini untuk menggantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.

7.Mengamalkan pemakanan mengikut panduan piramid pemakanan Malaysia.

– Caranya:

– Lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula, minyak dan lemak dalam makanan.

8. Sokongan makanan tambahan.

– Caranya:


– Contohnya vitamin B yang membantu mencerna nutrisi yang diambil
.

# Jadi kepada yang terlalu kurus boleh cuba amalkan. Mana tahu menjadi ke……. Selamat mencuba!

Sumber dari http://www.dara.com

Akhir kata: Jom kita tambah berat badan lagi! …:senyum:….(^,^)

10 Tummy Flattening Tips

Here’s a quick quide you can follow to help flatten your stomach. Print this list out and post it somewhere in your house where you’ll see it.

1. Walk/jog for 30 minutes at least 3 times per week to boost your metabolism in order to burn that fat.

2. Limit your sugar intake. Sugar adds empty calories and promotes weight gain. Learn how to minimize sugar in your diet.

3. Purchase a Pilates DVD and do the exercises at least 2-3 times per week. Pilates works on toning your entire body with concentration on your powerhouse (middle section) and will improve your flexibility.

4. Add fiber to your diet and cut down your intake of the bad carbs. Foods such as white bread, pastas, potatoes, and white rice should be limited. Eat brown rice and whole wheat bread instead. To get that needed fiber increase your intake of fresh fruits and vegetables (especially the leafy green ones).

5. Drink skim milk instead of whole milk. Keep your dairy intake at a minimum because these products often cause bloating and gas.

6. Perform proper crunches at least 3 times a week to train your abs. Avoid sit-ups because they really do very little to firm your stomach. Sit-ups work your hip flexors more than anything else.

7. Drink plenty of water. You should be drinking 6 to 8 glasses per day. Not only will it help fill you up so you eat less, but it aids in digestion.

8. Stop eating within 3 hours of bedtime. If you have to munch on something, eat a small portion of vegetables or fruit. Not eating late can make a huge difference.

9. Eat smaller meals more often instead of 2-3 big meals per day to keep from having that bloated look and feeling. Eating more meals actually kicks up your metabolism.

10. Take a break from healthy eating once in a while and treat yourself to your favorite dessert. If you completely deprive yourself of the foods you love you’ll run the risk of going back to your bad eating habits. Moderation is the key.

Just remember that slow and steady wins the race when it comes to slimming your waistline and flattening your stomach. There’s no such thing as losing your stomach fast. You have to work at it daily and remain consistent with your diet and exercise.

If you remember nothing else, remember this: A flat stomach comes with TOTAL BODY FITNESS – not just from spot toning your stomach with crunches.

If you found this article helpful, please share it. Thank you!

Lelaki tinggi kurang risiko jantung. Boleh caya ke?

Sukar untuk aku mempercayai kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Harvard yang mendakwa lelaki yang mempunyai ketinggian lebih 1.8 meter adalah 24 peratus kurang berisiko menghidapi masalah jantung berbanding lelaki pendek. Hasil kajian ini ada disiarkan di America Journal of Cardiology. Sebelum ini lelaki tinggi dikatakan lebih mudah mencari jodoh dan lebih berjaya.

Kajian itu dilakukan terhadap 22,000 doktor lelaki dalam lingkungan usia pertengahan 50-an dan kesihatan responden dipantau dalam tempoh 22 tahun.

Responden terlibat diminta mengisi borang soal selidik mengenai ketinggian, berat badan dan kesihatan am serta perlu mengemaskini maklumat itu setiap tahun.

Kajian tersebut mendapati, seramai 1,444 atau tujuh peratus daripada responden menghidapi masalah jantung.

Bagaimanapun, lelaki yang mempunyai ketinggian 1.8 meter atau lebih, didapati 24 peratus kurang cederung menghidapi masalah jantung berbanding lelaki yang mempunyai ketinggian 1.72 meter atau kurang daripadanya.

Keputusan itu diperoleh selepas mengambil kira beberapa kriteria lain seperti umur, berat badan dan tekanan darah tinggi.

Kumpulan penyelidik itu berpendapat, antara punca risiko sakit jantung di kalangan lelaki pendek disebabkan oleh penyakit zaman kanak-kanak yang membantutkan pertumbuhan mereka.

Oleh itu, ia boleh membawa kepada pengumpulan plak di arteri dan menyebabkan tekanan darah tinggi ketika dewasa.

Penyelidik itu turut berpendapat bahawa biologi lelaki yang lebih tinggi juga menyebabkan mereka kurang menghidapi masalah jantung.

Akhir kata aku kena jaga kesihatan dengan lebih baik lagi kerana ketinggianku cuma 160cm dengan berat 77kg. Kalau dikira BMI sudah cecah 30 dan ini telah meletakkan aku di dalam kategori obesiti. Aduh! Sengsaranya.

Awek mudim mengkhatankan budak..pasti tak sakit!

Sekumpulan pelajar perubatan di Indonesia mengkhatankan beberapa orang budak lelaki sebagai latihan klinikal di satu perkampungan di sana. Soalannya di sini, sanggupkah anda membiarkan anak lelaki anda dikahatankan oleh gadis-gadis manis ini? Bimbang juga kalau-kalau tersalah potong dan sebagainya. Takut pulak kena bentan dan sebagainya. tetapi saya rasa pelajar-pelajar ini telah diberikan tunjuk-ajar yang sewajarnya oleh doktor-doktor mereka. Wallahualam. 

Dengan gembiranya pelajar ini menyunatkan budak lelaki berkenaan.

Kelihatan macam pro. Cantik pulak doktor pelatih ini. macam pelakon sinetron gitu!

Kerja hampir selesai. Puas rasa di hati. Yahoo!