Adab Meminjam

Adab meminjam,, pulangkan semula barang yg dipinjam dgn keadaan yang sama atau lebih baik daripada asalnya.. ^^,

Kalau dulu pernah ‘pinjam’ hati seseorang & sekarang rasa dah tak berbaloi disimpan,, pulangkanlah juga dgn cara yg baik.

Kalau dah bercouple, bertunang hatta berkahwin pun & tpaksa putuskan,, sebagaimana awal2 dulu dpt dgn cara baik, tamatkan juga dgn cara terbaik.

Kalau awal2 bcintan cintun dulu “bersayang2”,, jgn la bila dah putus jadi “berbangang2”..

Kalau dulu mulut xlekang kata “I ♥ u baby” janganla bila putus jadi “pegi mati la babi”..

Adab meminjam,, bila pulangkan barang, ucaplah “terima kasih”. Doakan dgn pkataan yg baik2,, bukan dgn sumpah seranah..

Usah dikeji sang pemberi tu,, sbb barang yg diberi tu pun bukan dia yg punya, bukan juga Ahmad Albab yg punya.. Mcm lagu Rabbani: “Mana milik kita..Tidak ada milik kita..Semua yang ada..Allah yang punya” 🙂

(sekadar renungan bersama)

Advertisements

Orang berjaya vs Orang gagal…..

Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi

Seorang yang berjaya sentiasa berkata “biar saya buat kerja ini untuk awak”
Seorang yang gagal sentiasa berkata “ini bukan kerja aku”

Seorang yang berjaya berkata “perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan”
Seorang yang gagal berkata “perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah”

Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan

Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata “aku dah silap”
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata “ini bukan silap aku”

Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji

Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha

Seorang yang berjaya berkata “Aku mesti lakukan sesuatu”
Seorang yang gagal berkata “Sesuatu mesti dilakukan”

Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang

Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya

Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan

Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi


A question to modern life…


So strange ….
RM50.00 looks so big amount when you give to a poor ……………
But looks small when you give it as a tip in HOTEL

Praying to god for 3 min looks hard…………….
But 3 hrs of movie is okay for us

After whole days of hard work , we have no problem of going to the gym………..
But to do house work and help mom/wife; we feel tired

We wait for 1 full year for Valentines day, and we know it……….
But when the Mother’s day comes; We never know……………

One couldn’t give a piece of bread to the child in the picture above …………
But this painting where he looks sad was sold for RM10,000.00

To share this article we will think……………..but to circulate hot photos we never think…..

VERY STRANGE…………!!! But it’s True……..!!!

Siti Fatimah Mukhtar: Di UK dan terus cemerlang

Salam,
Hangat diperkatakan seluruh negara, mahasiswa cemerlang Malaysia ke United Kingdom membuka aurat, hilang jati diri dan sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua teladani.
Ambillah yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif.
Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.
Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.
Siti Fatimah bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau. Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan 1 2A.
Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat
Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.
Fatimah (dua dari kiri) menyemak bacaan Quran rakan beliau.
Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK.
Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu’ al-Quran

Sekarang sudah jelas bahawa beliau terus mengamalkan cara hidup Islam biar di mana sekali pun bumi dipijak. Tahniah!

Jom belajar dialek Kelantan!


lorak klate

1. Agah = sombong
2. Aloh la = mengeluh
3. Bekok = bergurau
4. Bekwoh = kenduri,biasanya kenduri kawin
5. Bera = lari bertempiaran
6. Beso = biasa
7. Blana = banyak-kuantiti yg banyak
8. Blana-kokna = terlalu banyak
9. Blarok = berarak semasa majlis kawin
10. Bleber = berleter
11. Blengah = rasa tidak selesa-melekit
12. Blikat = bahagian belakang badan
13. Bojen = fesyen atau style rambut
14. Borak = semakin parah-sakit
15. Brehi = menyukai atau minat
16. Brembah = bergaduh- utk haiwan
17. Brona = membuat perangai-menangis
18. Brunga = berlari
19. Cakduh = mereka yg kurang kemas
20. Cakpuh-cakpuh = perbuatan melompat2
21. Cedung = bersawah
22. Cekak = larat
23. Cetong = gayung
24. Cok = cangkul
25. Cokek = mencucuk jari ke pinggan org lain
26. Cokoh = duduk
27. Colek = pencicah
28. Come-lote = terlalu cantik
29. Culah = liar,tidak jinak(haiwan)
30. Derak = keluar bersiar-siar
31. Dumoh = rumah
32. Ejas = memikat
33. Gege = bising
34. Glecoh = tergelincir
35. Glegaa = lantai
36. Gorek = pengasah pensel
37. Grentok = jambatan
38. Gubak = kedudukan yg terakhir
39. Hambak = mengejar
40. Hudoh-banga = sangat hodoh
41. Igak = tangkap
42. Itee-lege = terlalu hitam
43. Jelo = terlebih
44. Jenero = tertido
45. Jerik = menangis
46. Jet = perbuatan menendang
47. Jolo = betul
48. Jula = dahan pokok
49. Kalar = pensel warna
50. Kale = pensel
51. Kekoh = gigit
52. Kelik = balik
53. Kemah-kemim = ikatan yg terlalu ketat
54. Kerah-kejun = kaku
55. Khenak = membuat jahat
56. Kicik = membuang air besar tidak sengaja(sedikit)
57. Kore = sejenis alat utk memarut kelapa
58. Kube-lembe = berselerak
59. Kuca-bara = berselerak
60. Kura = menconteng
61. Lak’eh = tidak bermaya
62. Lorak = melakukan kerja kelam kabut(nak cepat)
63. Manis-letin = amat manis
64. Masem-purik = amat masam
65. Masin-perak = amat masin
66. Meroh-mere = merah padam
67. Meroh-nyalo = merah yg sgt terang
68. Meta = sekejap
69. Mokte = rambutan
70. Mongek = pembonceng motosikal
71. Mulo = masa lampau
72. Nacar = terlajak
73. Ngelik = mengelak dari sesuatu
74. Ngenkok = menyenkeh
75. Ngolek = gelecek bola
76. Nyetok = kejang
77. Pahit-lepe = terlalu pahit
78. Panah-cen-cen = amat panas(cuaca)
79. Parok = parah
80. Pekong = membaling sesuatu
81. Perik = serik
82. Pitih = duit
83. Prange = tempat letak ikan utk dibakar
84. Puteh-lepuk = amat putih
85. Ralik = berkhayal atau mengelamun
86. Rekngan-napun =ringan sangat
87. Repih = mematahkan
88. Royak = beritahu
89. Samah = 50 sen
90. Sengoti = betul-betul(tidak tipu)
91. Sokmo = selalu
92. Suloh = dahi yg luas
93. Sumbak = tertekan
94. Tawa-leba = tawar
95. Tebolah = cuai
96. Tiok = menangis
97. Tok rok = tidak larat
98. Trembe = benda yg tergantung tp tidak kemas spt baju
99. Tubik = keluar
100. Turik = sakit telinga akibat bunyi bising
101. kecek = cakap
102. oyap =bagi tahuka anda ingin tahu seba sedikit bahaso kelate ini die..
103.herekk=main masa ur lwatkannya..

MELAYU…………….

Melayu itu orang yang bijaksana
NakaLnya bersuLam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
BiLa mengampu bijak beraLas tangan
MeLayu itu berani jika bersaLah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
SeLalu pecah di muLut
Biar mati anak
Jangan mati adat
DaLam sejarahnya
MeLayu itu pengembara Lautan
MeLorongkan jaLur sejarah zaman
Begitu Luas daerah sempadan
Sayangnya kini segaLa kehiLangan
MeLayu itu kaya faLsafahnya
Kias kata bidaL pusaka
AkaL budi bersuLamkan daya
Gedung akaL Laut bicara
MaLangnya MeLayu itu kuat bersorak
TerLalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung teLah tergadai
Sawah sejaLur tinggaL sejengkaL
Tanah sebidang mudah terjuaL
Meski teLah memiLiki teLaga
Tangan masih memegang taLi
Sedang ‘orang’ mencapai timba
BerbuahLah pisang tiga kaLi
MeLayu itu masih bermimpi
WaLaupun teLah mengenaL Universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
BerkeLahi cara MeLayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan meLonjak
Watak Melayu menoLak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak teLinga
Musuh dicari ke Lubang cacing
Tak dapat tanduk teLinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenaL lawan.
Berdamai cara MeLayu indah sekaLi
SilatuLrrahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan diuLur sentiasa bersambut
Luka pun tidak Lagi berparut
Baiknya hati MeLayu itu tak terbandingkan
SeLagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan :
” Dagang Lalu nasi ditanakkan,
Suami puLang Lapar tak makan
Kera dihutan disusu-susukan
Anak dipangkuan mati kebuLuran.”
Bagaimanakah MeLayu abad dua puLuh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut meLanggar pantang
Jika pantang menghaLang kemajuan,
Jangan segan menentang Larangan
Jika yakin kepada kebenaran.
Jangan maLu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadiLan
JadiLah bangsa yang bijaksana
Memegang taLi memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi Tuan di negara Merdeka

SWEET WORDS

1. Love starts with a smile, grows with a kiss, and ends with a tear.
2. Don’t cry over anyone who won’t cry over you.
3. If love isn’t a game, why are there so many players?
4. Good friends are hard to find, harder to leave, and impossible to forget.
5. You can only go as far as you push.
6. Actions speak louder than words.
7. The hardest thing to do is watch the one you love, love somebody else.
8. Don’t let the past hold you back, you’re missing the good stuff.
9. Life’s short. If you don’t look around once in a while you might miss it.
10. A best friend is like a four leaf clover, hard to find and lucky to have.
11. Some people make the world special just by being in it.
12. Best friends are the siblings God forgot to give us.
13. When it hurts to look back, and you’re scared to look ahead, you can look beside you and your best friend will be there.
4. True friendship never ends.
15. Friends are forever.
16. Good friends are like stars….You don’t always see them, but you know they are always there.
17. Don’t frown. You never know who is falling in love with your smile.
18. What do you do when the only person who can make you stop crying is the person who made you cry?
19. Nobody is perfect until you fall in love with them.
20. Everything is okay in the end. If it’s not okay, then it’s not the end.
21. Most people walk in and out of your life. But friends leave footprints in your heart.
REMEMBER, EVERY MINUTE SPENT ANGRY IS SIXTY SECONDS OF WASTED HAPPINESS!