Jiran Durjana

Salam 1Malaysia kepada semua pembaca blogku yang setia. Sudah lama aku tidak mengemaskini blog ini kerana sibuk dengan urusan kerja dan keluarga. Pada kali ini aku ingin bercerita tentang seorang jiranku yang durjana. Begini kisahnya.
Pada suatu hari apabila aku balik ke rumah dari sekolah, aku dapati ada longgokan tanah di atas jalan menuju ke rumahku. Rupa-rupanya jiran aku yang kaya ini membeli selori tanah untuk dia berkebun di halaman rumahnya. Tetapi yang aku hairan sangat dengan mamat ini ialah mengapa dia perlu membeli tanah liat dan mencemarkan jalan yang sememangnya tidak sempurna itu? Dah la aku seorang saja yang menampal jalan itu dengan baru bila ia becak kerana hujan. Sekarang ini dia pulak nak menjahanamkan jalan ini! Memang dasar jiran durjana! Dah tahu tanah tu jatuh atas jalan masuk ke rumah aku pandai-pandailah kau kutip balik! Ni tidak! Kau rela mengotorkan jalan ke rumah aku asalkan jalan di depan rumah kau cantik!
Aku rasa jiran aku ni seperti seoarang perempuan Yahudi yang menghalang perjalanan Nabi Muhammad hendak ke masjid dengan meletakkan batang-batang berduri di laluan Baginda. Memang tak syak lagi! Cukuplah aku berleter. Nanti tak pasal-pasal aku pulak dapat dosa. Tetapi aku berdoa semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada jiran aku yang tak reti bahasa itu. Wassalam. Amin… 

Misteri Jalan Lama Karak


1. Cerita seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni. Nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih canti. Apa lagi, poli terebut terus melarikan diri la sampai genting sempah(petronas).

2. Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik. Sebab dah tak tahan menanggung seram!

3. Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket. Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?…jalan lama karak

4. Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden(Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..

5. Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagaiManager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa,Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

6. Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!

Awas tipu helah syarikat agensi pelancongan

BARU-BARU ini saya telah dihubungi melalui telefon oleh wakil syarikat agensi pelancongan yang mendakwa kononnya mereka mewakili syarikat Visa dan Mastercard.
Pemanggil berkata, tujuan panggilan adalah untuk mendapatkan pengesahan tentang butir-butir yang terdapat di dalam kad kredit saya, kononnya untuk tujuan mengelakkan kad kredit saya daripada dimanipulasi, disalah guna dan menjadi mangsa penipuan sindiket kad kredit pada masa hadapan.

Mereka meminta saya membacakan maklumat terperinci di dalam kad kredit seperti bila tarikh luput kad, nombor kad dan tiga nombor terakhir pada belakang kad. Oleh kerana berasa curiga, saya tidak memberikan maklumat yang diminta, sebaliknya mengasak beliau dengan pelbagai pertanyaan.

Saya bertanya mengapa syarikat Visa dan Mastercard menggunakan syarikat agensi pelancongan sebagai wakil mereka dan bukannya bank komersial. Akhirnya beliau mengaku sedang membuat promosi kad diskaun dan bercadang untuk mengecaj ke dalam akaun saya.

Saya mengatakan tidak berminat kerana telah terkena sebelum ini dan tiba-tiba panggilan diputuskan. Oleh kerana masih tidak berpuas hati, saya menghubungi pihak bank dan bertanyakan bagaimana maklumat pemegang kad ada pada pihak agensi pelancongan.

Pihak bank mengatakan maklumat tersebut senang diperoleh apabila kita membuat pembelian menggunakan kad kredit di mana-mana kedai atau pusat beli-belah. Cuma maklumat tiga nombor terakhir di belakang kad yang mereka tidak ada. Saya merasakan teknik penjualan secara penyamaran begini adalah suatu yang keterlaluan!

CONFISCATED ITEMS: What happens to all those seized items?


INTERNATIONAL
magazines like Playboy and Penthouse are confiscated when visitors bring them into the country. Such publications are considered “obscene” and “illegal”. To many adult readers, however, they are collector’s items.

Even young readers can now access online sites to view these and other magazines without committing a crime. In this seamless world, they don’t need the paper version.

To all appearances, we are practising double standards in upholding “morals” and no one is saying anything. Also, nobody has raised the question of where the confiscated magazines are kept.

There is no public record or press report that they have been destroyed in the name of decency. So, where are they?

The suspicion is that once the magazines are confiscated at entry points, they are read by enforcement officers, taken home or shared among themselves. The rationale is that it is neither “indecent” or “illegal” for these officers to retain them. Is this right?

I am also concerned about where drugs that are seized end up. Imagine the huge loss of drugs when they are not accounted for.

In more sophisticated countries, drugs have been stolen and resold to syndicates. What precautions or security measures are taken in Malaysia to ensure that all drugs seized are destroyed after court cases?

We are talking about millions of ringgit worth of drugs and I cannot help wondering whether enforcement units are keeping tabs on the drugs and counting every ounce of them before destruction.

Perhaps the government auditors should look into this issue.

Nenek 69 tahun dinoda ketika kutip durian

BENTONG: Usianya sudah 69 tahun dan layak di gelar nenek, tetapi faktor itu tidak menghalang seorang lelaki berusia 30-an merogolnya ketika mangsa terbongkok-bongkok mengutip durian di kebunnya di Chamang di sini, jam 8 pagi kelmarin.

Rayuan dan air mata nenek itu langsung tidak dipedulikan lelaki durjana berkenaan sebaliknya mangsa yang tidak berupaya melawan itu tetap dirogol selepas tangannya diikat dengan kain oleh perogol terbabit.

Perogol berkenaan dipercayai memerhatikan warga emas itu mengutip durian di kebunnya dan dengan sekali sergah, wanita tua itu terperanjat dan rebah ke bumi.

Kesempatan itu digunakan perogol terbabit untuk mengikat tangan mangsa dan selepas memuaskan nafsunya, dia meninggalkan wanita berkenaan di kebun.

Mangsa yang berjaya melepaskan ikatan pada tangannya, pulang dan mengadu dirinya dirogol seorang lelaki kepada ahli keluarganya yang lain sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), jam 10 pagi kelmarin.

Jangan beri ruang Malaysia jadi syurga si penipu

APABILA membuka sahaja setiap helaian surat khabar atau mendengar berita-berita daripada media eletronik, cerita yang tidak pernah tertinggal ialah cerita rakyat Malaysia kena tipu oleh rakyat asing.

Berita yang dipaparkan pada muka hadapan Mingguan Malaysia 18 Disember lalu menyatakan bagaimana seorang warga Afrika hidup mewah menjadi jutawan hasil daripada kegiatan menipu yang dilakukan terhadap ‘dermawan Malaysia’ yang ‘suka menderma tidak bertempat.’

Apabila kaki-kaki penipu ini balik ke negara asal mereka dan menguar-uarkan kehebatan mereka menipu dan jadi kaya kerana menipu, menjadikan sahabat-sahabat handai mereka berduyun-duyun datang ke Malaysia untuk menjalankan kegiatan utama mereka iaitu ‘menipu.’

Sudah tertanam dalam kotak fikiran mereka bahawa Malaysia adalah ‘negara syurga’ bagi mereka yang menjadikan aktiviti menipu sebagai profesion utama mereka.

Bila fikir-fikirkan balik, sedih juga rasa hati dengan keadaan ini dengan memikirkan mengapa begitu mudah rakyat kita ditipu khususnya wanita.

Malah berita warga emas wanita kena tipu berjuta ringgit dan puluhan wanita ditipu secara maya dengan memasukkan duit belasan dan ribuan ringgit ke akaun warga asing yang menyamar, dalam hati sering tertanya-tanya ‘mengapakah semudah itu wanita Malaysia kena tipu.’

Tidak pernahkah terfikir oleh mereka akan risiko yang mereka hadapi kerana sikap ‘cepat terpesona dan terpana’ dengan warga asing tersebut hingga akhirnya mereka merana dan menderita tergadai body dan harta serta harga diri!

Pelbagai telahan, tekaan dan terjahan yang dibuat oleh pelbagai peringkat masyarakat mengenai mengapa wanita Malaysia mudah terperangkap dan diperangkap oleh warga asing dari Afrika, Indonesia, Bangladesh dan pelbagai negara lain.

Mengapa dan di mana silapnya? Saya sendiri juga tidak dapat membuat jangkaan dan tekaan yang tepat kerana hanya mereka yang telah melaluinya sahaja yang tahu melalui susah senangnya proses, kejadian dan kesudahan dengan lebih jelas.

Walau bagaimanapun untuk peringatan kepada anak-anak perempuan dan juga seluruh wanita Malaysia yang terkenal dengan personaliti yang cantik, cerdik, ceria dan cergas ini agar memegang nasihat dan panduan ini supaya tidak kena tipu atau menjadi mangsa pemerdagangan diri dan emosi oleh warga asing.

1. Jangan mengikut kata hati, nanti mati, selayaknya difikirkan dengan cukup mendalam oleh wanita Malaysia. Janganlah terlalu merasa ‘syok sendiri’ dengan godaan, manjaan dan belaian warga asing ini seperti warga Afrika yang dikatakan hebat dalam melayan kekasih.

Ingatlah! Warga asing yang hebat melayan teman wanitanya dengan layanan first class ini adalah ‘penipu world class’, akhirnya maruah dan harta tergadai dan hidup hancur berderai!

2. Ukur baju dibadan sendiri, juga sesuai untuk renungan wanita Malaysia, kita mempunyai adat resam, sosio budaya dan agama yang perlu dijunjung dan dipelihara. Jadi janganlah menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara dengan bersekongkol, bersubahat dan bersahabat dengan warga asing kaki penipu ini.

Berwaspadalah dan carilah pasangan, sahabat, teman lelaki dari anak bangsa sendiri dengan restu dan reda ibu bapa.

3. Jangan sekali bermain api, kelak membakar diri, boleh menjadi ingatan dan teladan pada wanita Malaysia mengenai keganasan warga Afrika yang membunuh dan menyiksa anak teman wanita mereka, merompak, memukul dan merogol serta menipu yang banyak tersiar di akhbar dan pengakuan mangsa-mangsa.

Jangan main tutup mata dan berfikir ‘itu nasib mereka, mungkin nasib aku lebih baik kalau bersama warga Afrika ini’ dan dengan kata-kata inilah yang menjadikan mereka hidup sengsara dan terbakar dalam api neraka dunia.

Jadi, dengarlah nasihat dan jauhilah warga asing yang hanya menjadikan wanita Malaysia ini untuk hidup ‘menumpang dan menjadi dedalu kepada habitatnya.’

Kembalilah ke jalan hidup yang mempunyai landasan yang benar dan kukuh agar warga asing khususnya Afrika ini tidak lagi menipu anak bangsa kita. Jangan jadikan Malaysia negara ‘syurga bagi penipu’ dan ‘neraka bagi rakyat kita yang ditipu’! Rakyat Malaysia perlu hidup dengan aman sejahtera dan bermaruah demi agama, bangsa dan negara tercinta.

Tangani segera Awang Hitam

MUTAKHIR ini perlakuan jenayah dalam kalangan pekerja asing, terutamanya dari negara Afrika yang lebih dikenali sebagai ‘Awang Hitam’ dilihat semakin merisaukan khalayak dan penduduk tempatan. Bermula dengan pelbagai salah laku jenayah seperti rompak, ragut dan rogol sehinggalah pergaduhan sesama mereka sama ada antara dua kumpulan dari negara yang sama ataupun dari negara lain.

Hampir setiap hari berita mengenai salah laku jenayah kumpulan Awang Hitam ini didedahkan dalam media massa yang cukup menakutkan kita. Antara dua kejadian terkini yang mengejutkan kita ialah pertama kejadian seorang pengedar dadah warga Nigeria yang terpaksa ditembak mati oleh polis setelah mengamuk dalam wad di Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini. Dia bertindak agresif setelah beberapa ketulan dadah yang ditelan dipercayai pecah dalam perutnya.

Kejadian kedua pula berlaku di Mantin selang beberapa hari selepas kejadian di HKL. Akibat berang melihat rakan senegara mereka ditahan, lebih 200 Awang Hitam mengepung dan membantah tindakan anggota penguat kuasa dalam satu operasi di penempatan ‘Mini Afrika’ di sebuah pangsapuri berhampiran sebuah kolej swasta di Mantin.

Dua kejadian ini adalah rentetan daripada beberapa kes yang melibatkan Awang Hitam di negara kita. Senarainya terus panjang jika kita meneliti satu persatu kejadian yang berlaku sebelum ini.

Kejadian seperti ini jelas mengganggu-gugat keamanan dan ketenteraman negara kita secara menyeluruh. Lambakan Awang Hitam baik yang datang secara sah mahupun yang tinggal secara haram dilihat antara punca utama kepada kejadian sebegini.

Apabila bilangan mereka semakin ramai, mereka dilihat lebih yakin dan menjadi kuat, seterusnya berani berbuat apa sahaja di negara orang tanpa rasa takut mahupun segan. Buktinya ialah kejadian di Mantin tersebut di mana mereka seolah-olah mencabar pihak berkuasa dan juga undang-undang negara kita.

Justeru persoalannya ialah di mana silapnya? Apakah punca kejadian sebegini yang dilihat seolah-olah semakin menjadi-jadi dan sukar untuk dikawal?

Punca utama ialah ia berlaku kerana bilangan mereka terlalu ramai. Apabila mereka bersatu sebagai satu kumpulan yang besar kita menghadapi masalah untuk mengawal mereka. Yang penting di sini ialah keperluan untuk mengawal dan memantau kemasukan Awang Hitam secara beramai-ramai ke negara kita.

Awang Hitam yang berada di negara kita terdiri daripada tiga kelompok utama iaitu kategori yang masuk sebagai pelajar atau yang masuk menggunakan pas pelajar; kedua yang masuk menggunakan pas pekerja dan yang ketiga adalah yang masuk sebagai pelancong.

Baik yang sah mahupun yang haram, kemasukan mereka perlu disekat dan dihadkan. Setiap perkara ada hadnya. Begitu juga dalam hal kemasukan pekerja asing, terutama Awang Hitam ini ke negara kita yang jelas lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Hal ini penting kerana kemasukan mereka bukan sahaja menggugat peluang pekerjaan rakyat tempatan tetapi apa yang lebih bahaya ialah kejadian jenayah yang semakin meningkat.

Justeru kita berharap sangat agar pihak berkuasa yang terlibat seperti Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi lain di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berkaitan akan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya supaya kejadian seperti ini dapat dibendung sama sekali.

Antara cadangan yang kita boleh kemukakan ialah memperketatkan lagi peluang kemasukan Awang Hitam supaya dapat mengurangkan bilangan mereka dengan mengkaji dan melihat semula keperluan mereka dalam bidang yang diperlukan. Ringkasnya, kelulusan kemasukan Awang Hitam perlu diperketatkan.

Kemasukan mereka sebagai pelajar juga perlu dipantau secara lebih terperinci. Kita tidak mahu mereka mengambil kesempatan di atas keterbukaan dan amalan polisi kita yang mahu menarik lebih ramai pelajar antarabangsa agar dapat mengantarabangsakan sektor pengajian tinggi negara. Kita perlu pastikan individu yang berminat untuk menyambung pengajian di negara kita adalah mereka yang benar-benar berkualiti dan hanya berminat kepada ilmu yang ditawarkan di negara kita.

Bagi mengekang perlakuan jenayah dalam kalangan Awang Hitam yang sedia ada dalam negara kita, diharapkan pihak berkuasa dapat melipatgandakan usaha pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa agar golongan ini akan lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan menghormati undang-undang negara kita. Kita tidak boleh membenarkan mereka membawa masuk dan mengamalkan budaya samseng dari negara masing-masing.

Semoga insiden dan jenayah seperti ini dapat dibendung dan dibanteras dengan segera secara berhemah dan berterusan dengan lebih efektif agar kita dapat terus menikmati kehidupan yang tenteram, selamat, aman dan damai.