Jiran Durjana

Salam 1Malaysia kepada semua pembaca blogku yang setia. Sudah lama aku tidak mengemaskini blog ini kerana sibuk dengan urusan kerja dan keluarga. Pada kali ini aku ingin bercerita tentang seorang jiranku yang durjana. Begini kisahnya.
Pada suatu hari apabila aku balik ke rumah dari sekolah, aku dapati ada longgokan tanah di atas jalan menuju ke rumahku. Rupa-rupanya jiran aku yang kaya ini membeli selori tanah untuk dia berkebun di halaman rumahnya. Tetapi yang aku hairan sangat dengan mamat ini ialah mengapa dia perlu membeli tanah liat dan mencemarkan jalan yang sememangnya tidak sempurna itu? Dah la aku seorang saja yang menampal jalan itu dengan baru bila ia becak kerana hujan. Sekarang ini dia pulak nak menjahanamkan jalan ini! Memang dasar jiran durjana! Dah tahu tanah tu jatuh atas jalan masuk ke rumah aku pandai-pandailah kau kutip balik! Ni tidak! Kau rela mengotorkan jalan ke rumah aku asalkan jalan di depan rumah kau cantik!
Aku rasa jiran aku ni seperti seoarang perempuan Yahudi yang menghalang perjalanan Nabi Muhammad hendak ke masjid dengan meletakkan batang-batang berduri di laluan Baginda. Memang tak syak lagi! Cukuplah aku berleter. Nanti tak pasal-pasal aku pulak dapat dosa. Tetapi aku berdoa semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada jiran aku yang tak reti bahasa itu. Wassalam. Amin… 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s