Fiil isteri zaman sekarang

BUKAN niat saya menghina mahupun mencaci wanita khususnya para isteri, tetapi sekadar mahu mengingatkan tentang kewajipan mereka terhadap suami. Ini kerana rata-rata isteri zaman ini lalai tentang tanggungjawab mereka.
Zaman ini sukar mencari perempuan yang benar-benar layak dijadikan isteri. Sekiranya kita bertanya kepada ustaz, isteri macam mana yang baik, pasti ustaz akan jawab: Dia mestilah wanita yang pandai hiburkan suaminya, taat, sentiasa senyum dan tidak pernah berkira dengan suami.
Dalam memilih calon isteri, ramai lelaki mengelak anak perempuan bongsu. Perempuan kategori ini anak manja, tidak pandai berdikari dan lebih penting, ibubapanya pasti meletakkan hantaran tinggi sebab nak buat majlis kahwin dan sanding terbesar.
Namun, tidak bermakna anak sulung baik. Biasanya mereka juga jadi kemanjaan ibu bapa juga datuk dan nenek. Kalau berkahwin pun mereka lupa tugas hakiki bukan lagi pada ibu bapa sebaliknya suami. Nasihat saya kalau sudah berkahwin, sebaik-baiknya jangan tinggal bersama mertua. Banyak buruknya.
Ada juga kata carilah calon isteri dari kampung, konon lebih suci, hakikatnya ia tidak relevan lagi.
Zaman ini bukan zaman mak bapa kita dulu. Zaman ini serba canggih. Mereka mudah berhubung walaupun ada di rumah. Meraka juga sudah pandai melepak di pusat beli-belah. Bukan macam zaman dulu, anak dara umumnya di dapur.
Sebab itulah, trend lelaki kita zaman ini lebih suka berkahwin dengan warga asing kerana mereka dapat memenuhi ‘selera’ selain hantaran rendah, kesuciannya tidak diragui dan darjah ketaatannya tinggi.
Tidak seperti anak dara kita ramai yang sudah kena ‘test-drive’, akhirnya siapa rugi? Kalau boleh pulangkan kalau rosak tak apalah, tapi masalahnya ‘tiada jaminan wang dikembalikan!!
Zaman ini hantaran mengikut taraf pendidikan. Lulusan PMR RM3,000, SPM RM8,000, STPM/Diploma RM12,000, ijazah RM20,000 dan Ph.D RM30,000. Bagi yang mampu, hantaran bukanlah isu, lagipun banyak bank boleh buat pinjaman. Soalnya, berbaloikah pelaburan yang dibuat itu? Dapatkah si isteri beri khidmat setimpal dengan nilai hantaran itu?
Ada ibu bapa minta hantaran beribu ringgit, tapi makan minum suami terabai. Saya nak nasihatkan wanita kalau terasa susah sangat nak jaga makan minum suami, baik jangan kahwin, duduk saja bawah ketiak mak bapa. Zaman ini nak cari isteri yang hormatkan suami memang sukar. Lagi payah apabila mak bapa merestui perbuatan anaknya.
Dalam sebuah hadis nabi bersabda: “Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain, nescaya aku perintahkan isteri sujud kepada suaminya” (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Hibban).
Kebanyakan suami kini sensitif dengan kerenah isteri sebab ada yang ”terlebih pandai” mendakwa ”walaupun isteri hak suami, tapi haram suami mengadakan hubungan kelamin jika tidak mendapat keredaan isteri kerana golongan hawa dilahirkan bukan sekadar menjadi tempat untuk suami memuaskan nafsu sahaja”.
Sebenarnya, tiada haram kepada suami menunaikan hajat ke atas isterinya. Malah menjadi kewajipan si isteri menunaikan ‘permintaan’ suami. Perkara ini wajib dilaksanakan selagi tidak terikat dengan puasa Ramadan, ihram haji, datang haid atau nifas atau suami itu meminta meliwatnya atau dia sakit yang tidak mampu berjimak.
Lebih memeningkan kepala suami, perangai isteri ketika di pejabat bukan main riang gembira, bertepuk tampar dengan lelaki lain tapi bila balik ke rumah, langsung tidak mahu melayan suami. Malah berbedak berhias pun dia malas hinggakan bau badan masam dan hapak, langsung hilang selera.
Kita sering mendengar ayat ”perempuan insan yang lemah”. Bagi saya, ayat itu sudah tidak sesuai lagi, kerana ramai isteri kini suka melawan suami. Apa suami cakap, semuanya dia lawan balik. Mereka langsung tidak kisah bahawa mentaati suami itu wajib.
Wahai isteri, sedarlah bahawa dalam neraka nanti hukuman isteri yang melawan suami, dia sendiri yang akan menggunting lidahnya.
Perempuan zaman ini sangat hebat dalam menipu. Kalau ada kes Mahkamah Syariah, di depan hakim, pandai pula mereka menangis melalak. Hakikatnya, diri sendiri yang tidak tahu menjaga hati suami.
Sesetengah wanita menangis melalak di depan hakim, seolah-olah suaminya langsung tidak menunaikan tanggungjawab. Nasihat saya, sebelum salahkan suami, tanya diri anda sendiri dahulu, adakah anda benar-benar menunaikan tanggungjawab anda? Terus terang saya katakan, seorang lelaki itu, kalaulah dia benar-benar berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh isterinya, mustahil si suami akan mencari yang lain.
Nasihat saya kepada lelaki di luar sana, zaman ini kalau hendak berkahwin memang senang, tetapi bukan mudah mencari perempuan yang sanggup hidup susah senang bersama kita. Apa lagi hendak membantu suami.
Lebih aneh zaman ini, ramai isteri yang taat pada perintah Allah, rajin solat, puasa, dengar ceramah agama, mengaji dan sebagainya. Malangnya, makan minum suami sering mereka abaikan sebab sibuk mencari pahala untuk diri sendiri.
Sepatutnya, ibadat itu hendaklah disertakan dengan ketaatan kepada suami. Akhirnya, si isteri akan dapat masuk syurga melalui mana-mana pintu yang dia suka. Bab menjaga makan minum suami, amat besar pahalanya kepada seorang wanita yang bergelar isteri.
Akhir kalam, suka saya mengingatkan tentang nusyuz. Nusyuz ertinya isteri enggan mentaati perintah atau permintaan suami sebagai contoh; 1. Apabila dia menjauhkan dirinya daripada suami. 2. Meninggalkan rumah tanpa kerelaan atau izin suami. 3. Enggan berpindah ke rumah yang disediakan suaminya, tanpa sebab yang sah mengikut hukum syarak.
Sekian. Terima kasih. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s