Tugas-tugas guru hari ini….

1. Menulis rancangan mengajar 
2. Menanda kedatangan murid/pelajar 
3. Menanda buku kerja murid. 
4. Membuat portfolio/ISO 
1 murid = 3 buah buku 
1 kelas = 45 orang murid 
Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku 
Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas; 
5 X 135 = 675 Buah buku. 
5. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat 
– Mesyuarat Guru 
– Mesyuarat Sukan 
– Mesyuarat Panitia 
– Mesyuarat PIBG 
– Mesyuarat Aliran 
– Mesyuarat Program 
– Mesyuarat Luaran 
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran 
7. Mengisi pelbagai jenis borang. 
8. Menghantar murid ke Klinik 
9. Mengisi maklumat murid di dalam fail peribadi 
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan 
11. Mengisi data murid SMM 
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar 
13. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga 
14. Mengecat sekolah 
15. Membersihkan bilik / stor 
16. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb) 
17. Menyiapkan program Head Counting 
18. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc) 
19. Menyiapkan fail gerko, persatuan, kelab dan sebagainya 
20. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan 
21. Melatih murid-murid dalam sukan dan permainan. 
22. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang. 
23. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya 
24. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) 
25. Berniaga (jualan hari kantin, etc) 
26. Menjaga kebajikan murid 
27. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb) 
28. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian 
29. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 
30. Mengendalikan perhimpunan murid. 
31. Mengisi segala jenis data seperti HRMIS, e-pangkat, e-harta, e-tukar, e-mis, e-hadir dan segala jenis ‘e’ lagi! 
* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s