Kunjungan kawan baik dari Kota Singa

Pada 5 Syawal yang lalu kawan baikku iaitu Razaq Lyndon Desker dari Singapura telah datang berkunjung ke rumahku. Kali terakhir beliau datang ke rumahku ialah pada tahun 2008. Selepas
itu dia diserang penyakit pada bahagian kaki menyebabkan dia tidak dapat berjalan jauh. Namun demi kawan-kawannya yang berada di Kelantan dia sanggup menggagahi dirinya untuk datang melawat kami.

Dia sampai di Stesen Keretapi Tanah Merah pada tengahari Khamis, 23 Ogos 2012. Sebaik saja dia tiba aku membawanya datang ke rumah. Selepas solat Zuhur, aku membawanya ke rumah rakan sejawat iaitu Kak Ros yang mengadakan rumah terbuka pada hari berkenaan. Selepas solat Asar aku membawanya pergi ke rumah arwah pakcikku kerana ada majlis menyambut menantu bongsu. Oleh kerana jalan raya yang sesak maka kami pergi dengan menaiki motor sahaja. Pada malamnya kami tidak ke mana-mana.

Pada hari Jumaat aku membawa Razaq ke Pasar Tani Tanah Merah. Di sini dia membeli beberapa jenis kuih tradisional Kelantan seperti akok dan lompat tikam. Kemudian kami pulang ke rumah untuk berehat. Selepas solat Jumaat aku membawa Razaq makan tengahari di medan selera. Kali ini aku memperkenalkan masakan kampung kepadanya iaitu ikan bakar tawar, ulam-ulaman dan budu. Mengikut katanya, dia belum pernah memakan budu dan merasakan budu ini sedap dan unik! Pada malam hari aku membawa dia dan anak-anak untuk makan malam di sebuah gerai di Taman Barakah. Belum banyak gerai makan yang dibuka jadi kami terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pesanan kami. Kami pulang dalam hujan lebat.

Pada hari Sabtu tidak banyak aktiviti yang dilakukan. Selepas sarapan kami cuma lepak di rumah sahaja. Untuk makan tengahari kami menjamu selera di Restoran Makanan Segera Ndee. Menu kami ialah chicken chop. Semuanya Razaq yang belanja. Aku terharu dan terhutang budi kerana dia sudi menanggung makan-minum aku dan anak-anak sepanjang dia berada di rumahku. Selepas makan tengahari, aku menghantar Razaq ke rumah kawannya di Machang kerana dia ingin bertemu rakan-rakan di daerah itu pula.

Sesungguhnya kunjungan Razaq ke rumahku pada Syawal ini amat memberikan makna kepadaku kerana ia dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim kami sebagai saudara sesama Islam. Amin….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s