Hari Raya Aidil Fitri 2012

Pada hari raya tahun ini aku cuma beraya dengan anak-anak aje. Beberapa hari sebelum 1 Syawal aku sudah pulang ke rumah kakak keduaku di kampung. Pada malam raya, kakak sulungku pulang dari Dungun, Terengganu. Pada pagi hari raya aku pergi solat sunat raya di surau Kampung Gaung dengan abang iparku. Selesai solat aku pulang ke rumah utk menikmati juadah raya dan bergambar dengan anak-anakku.

Kemudian aku dan anak-anak membuat lawatan ke rumah kaum keluarga. Rumah pertama yang kami jelajahi ialah rumah ibu tiriku. Di sini kami makan mihun goreng. Selepas itu kami pergi ke rumah ibu saudaraku. Dia menghidangkan mihun sup pula. Kemudian aku pergi ke rumah abangku. Di sini tidak ada juadah berat cuma air oren dan biskut raya sahaja yang ada. Selepas itu aku ke rumah bapa saudaraku. Malangnya,dia dan keluarga tidak ada di rumah. Jadi kami balik ke rumah dan singgah di rumah jiranku yang bernama Mak Adik. Di sini kami makan tapai pulut. Setelah itu kami pulang ke rumah kakakku untuk berehat kerana hari sudah panas.

Pada lewat petang aku pergi menziarahi pusara ibuku yang telah meninggal dunia sepuluh tahun yang lalu. Setelah membaca surah Yassin dan doa, aku dan anak-anak pergi ke bandar Machang. Di sini, anak-anakku ingin bermain di taman permainan. Jadi aku terpaksa melayan kerenah mereka. Tak apa, asalkan mereka bahagia. Setelah letih bermain, aku membawa anak-anak ke kedai 7-11 untuk membeli Slurpee. Setelah selesai minum, kami pun bertolak pulang.

Demikianlah aktiviti aku dan anak-anak pada hari raya yang pertama. Raya tahun ini terasa kurang meriah kerana aku melalui peristiwa yang hampir menjahanamkan hidupku. Tetapi syukur kepada Allah kerana Dia memberikan ku kekuatan untuk bangkit kembali untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan ini. Alhamdulillah. Aku percaya Allah tidak akan memberikan cabaran kepada hambaNya sekiranya hambaNya itu tidak mampu menanggungnya. Wallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s