JOM TEROKAI G-SPOT LELAKI

Mungkin ada di antara lelaki mahupun wanita di luar sana yang tidak tahu akan kepentingan G-Spot dalam hubungan seks. Tapi maaf, tahukah anda apakah itu G-Spot? Jika anda seorang yang pakar tentang itu, maka tidaklah mendatangkan hal, tetapi jika masih belum pasti atau 50-50, mari kita halusinya di sini. Titik Grafenburg atau G-Spot adalah bahagian badan manusia yang jika disentuh, akan menaikkan ghairah dan seterusnya menjadi pemicu untuk mencapai orgasme dalam hubungan asmara.

Dengan mengetahui di mana kawasan sensitif itu, akan menjadikan hubungan asmara anda lebih menarik dan mengghairahkan. Selama ini kita hanya berbicara tentang G-Spot untuk wanita sahaja. Hey, lelaki, ini giliran anda. Golongan lelaki juga ada ‘suis’ hebat ini. Jika isteri anda belum tahu, nah, cetak artikel ini sekarang juga. Kepada wanita di luar sana, inilah masa untuk anda meneroka kawasan sensitif nikmat itu. Kepada lelaki, bersedialah untuk menikmati kehangatan sensual yang lebih membahagiakan.

G1 – Frenulum

Ya, kepada kaum hawa di luar sana, bahagian ini merupakan antara G-Spot lelaki. Ianya terletak di bahagian bawah penis. Bahagian ini, jika disentuh dengan baik, akan menghasilkan sensasi yang luar biasa kepada lelaki kesayangan anda. Tidak kira masa dan tempat, jika anda menyentuhnya akan membuatkan pasangan terangsang. Wow!

G2 – Perineum

Kawasan ini terletak di antara testikel dan penis. Sebelum memulakan langkah asmara, titik ini perlu dirangsang dahulu. Ianya akan memberikan anda sensasi ekstra yang kuat dengan ghairahnya. Titik ini adalah hotspot rahsia lelaki. Untuk wanita, lakukan sentuhan-sentuhan lembut dan manja pada bahagian ini. Cubalah, anda akan tahu refleksi pasangan anda nanti.

G3 – Prostat

Lakukan rangsangan pada prostatnya juga merupakan salah satu G-Spot lelaki. Ini akan membuatkan lelaki merasa sensasi yang luar biasa. Untuk melalukan rangsangan ini, cara terbaik juga adalah dengan sentuhan lembut dengan anggota badan selalin jari dan tangan. Pasti akan menambah perisa nikmat anda berdua. Fokuskan pada prostat miliknya. Ini akan membuatkan lelaki anda terangsang yang tidak terhingga. Perbaiki dari masa ke semasa dengan semua titik di atas ketika menghangatkan G-Spot miliknya.

G4 – Telinga

Telinga juga mampu merangsang lelaki. Ianya agak mudah dilakukan. Hanya dengan sentuhan dan hembusan lembut di luar cuping telinga pasangan, sudah cukup merangsangnya. Lakukan secara perlahan-lahan dan tenang. Pasti sang arjuna menggeletar tidak keruan! Tak tahan beb…

G5 – Leher

Juga sebagai pusat untuk menaikkan sensual lelaki. Kucupan di sekeliling leher juga akan meningkatkan keghairahan lelaki. Selain kucupan, sentuhan menggunakan jari-jemari anda yang lembut itu juga akan merangsang pasangan. Lakukan berulang-ulang dengan mengelilingi kawasan itu. Ianya salah satu suis yang boleh menaikkan ‘mood’ untuk lelaki terus bereksplorasi. Cubalah dan anda akan tahu hasilnya nanti.

G6 – Betis

Cuba nda lakukan sentuhan manja hujung kaki anda di betisnya. Juga diselang-selikan dengan sentuhan dari jemari anda. Betis lelaki juga antara kawasan G-Spot yang jarang diketahui ramai wanita. Tidak percaya? Cubalah teknik ini. Anda pasti akan terkejut dengan hasilnya nanti.

G7 – Puting

Bahagian ini tidak kurang hebatnya. Dengan sentuhan dan usapan, anda juga akan membuatkan sang pria mudah berasa ghairah. Sentuhlah dengan jari dan bibir. Kedua-duanya pasti memberikan kesan luar biasa. Lebih elok jika sentuhan ini dijadikan pembuka bicara anda kepada pasangan anda untuk meneroka lebih jauh lagi pada waktu itu. Jika suami ghairah, anda mungkin lebih dari itu!

Kesimpulan

G-Spot lelaki juga ada persamaan dengan wanita. Namun setiap individu mempunyai G-Spot yang berbeza-beza. Menjadi cabaran anda di luar sana untuk mengenalpasti yang mana satu terdapat pada pasangan anda. Namun pencarian itu perlulah berterusan dan jika anda telah mengetahuinya, mengekalkannya juga antara yang perlu dilakukan. Kepada lelaki-lelaki di luar sana, rahsia G-Spot anda telah diketahui. Bersedialah untuk berkongsinya dengan si dia agar anda berdua mendapat kepuasan maksima. Tapi ingat….pastikan hubungan anda halal, okay? Selamat bereksplorasi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s