Adda Butterfly bercerai selepas 17 hari berkahwin


6 Jun – Vokalis kumpulan Butterfly, Adda yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan, dikatakan sudah bercerai dengan suami selepas 17 hari bergelar isteri.


Dipetik daripada Media Hiburan, Adda telah mengesahkan perkara tersebut ketika dia ditemui pada majlis tayangan istimewa filem “Mael Lambong” baru-baru ini.

“Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja.”

“Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang,” katanya.

Tambahnya lagi, keadaan bertambah keruh apabila isteri suaminya itu mengetahui perkahwinan mereka, dan sejak hari itu perkahwinannya menjadi porak peranda dan Adda mengambil keputusan untuk keluar dari rumah akibat tekanan.

Sebelum ini, Adda atau nama sebenarnya Nur Syuhada sah bergelar isteri pada 30 Mac lalu memberitahu sejak suaminya keluar dari rumah, mereka pernah berjumpa untuk menyelesaikan masalah yang berlaku, namun menemui jalan buntu. Akhirnya, penyanyi berusia 24 tahun ini diceraikan melalui telefon.

Sementara itu, Adda memberitahu bahawa dia tetap bahagia dengan kehidupannya sekarang ini walaupun kini bergelar janda diusia muda.

Dalam perkembangan lain, Adda kini dalam proses mempromosikan album terbaru kumpulan Butterfly yang berjudul “Lelaki Pilihan”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s