Sahabatku, Fikir Dulu Sebelum Cerai!

Assalammualaikum Sahabatku,

Kali ini saya nak kongsikan berkenaan isu penceraian pula, yela.. asyik cerita nak kawin je.. tapi hal cerai ni kalau kita tak study boleh jadi parah kita di buatnya. Jadi saya selitkan sedikit hal cerai ni agar kita tidak terlanjur bertindak menceraikan mana-mana isteri kita sebelum kita melengkapkan diri, tujuannya agar tindakan kita tu tak makan diri sendiri.

Ok. Dalam kes cerainya ada beberapa ‘DAM’ atau ‘SAMAN’ pada sayalah yang perlu kita jelaskan, jika berlakunya penceraian. Ianya mengakibatkan banyak wang dan harta yang akan di keluarkan untuk diberikan pada bekas isteri atas penceraian tersebut walaupun cerai tu atas permintaan isteri itu sendiri. Kalau kawan-kawan tahu bahawa seseorang wanita yang diceraikan oleh suaminya boleh membuat beberapa tuntutan atas bekas suaminya di Mahkamah Syariah. Antara tuntutan-tuntutan itu ialah :

Hak-Hak Isteri Selepas Bercerai :

i. Tuntuan Muta’ah
ii. Tuntutan Nafkah Eddah
iii. Tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan Anak)
iv. Tuntuan Nafkah Anak
v. Tuntutan Harta Sepencarian
vi. Tunggakan Hutang

Semua tuntutan tersebut menyebabkan kita kehabisan banyak wang dan masa bagi menyelesaikan masalah tersebut. Itu belum termasuk pemberian HARTA SEPENCARIAN! Ha.. ni lagi satu perkara yang amat rumit untuk diselesaikan sekiranya tiada kata sepakat dengan bekas isteri. Lepas tu ada satu bab lagi iaitu bab tuntutan Hutang Oleh Isteri. Sebabnya seseorang isteri boleh membuat tuntutan hutang ke atas bekas suaminya jika didapati bekas suaminya tidak membayar mas kahwin, tidak memberi saraan hidup ketika dalam tempoh perkahwinan, tunggakan nafkah anak, termasuk hutang kereta, rumah, loan bank dan sebagainya.

Jadi apakah persediaan yang perlu kita lakukan agar kita tidak mengalami kerugian yang besar selepas penceraian? Saya rasa baiklah kita buat surat sumpah dengan bini kita tu semasa akad nikah tempohari. Dalam surat sumpah itu kita katakan “U x leh tuntut apa2-apa jika u bercerai dengan i nanti.” Habis cerita! Pas minta tandatangan saksi dan peguam.

Kawan-kawan, Allah s.w.t telah menyatakan bahawa :

‘Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya’.
( Surah at-Talak : 6 )

Demikian Allah memberi panduan mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami. Ini bermakna tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama tetapi juga selepas bercerai dengan isteri.

Jadi bukan mudah untuk membuat keputusan bercerai, dan proses lepas bercerai juga amat memedihkan. jadi gunakanlah kebijaksaan dalam mengurus karenah isteri dalam berumahtangga. Sebaiknya kita jangan kurangkan isteri, tetapi tambahkan isteri betul tak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s