Adakah Para Suami Takut Tidak Adil?

Assalammualaikum kawan-kawan,

Ramai yang tanya saya tentang isu keadilan dalam poligami ini, Sebenarnya keadilan yang sering diwawarkan ialah merupakan keadilan berbentuk material yang dituntut oleh kaum wanita, dan bukannya yang dituntut oleh hukum Allah dalam menjalankan poligami.

Jadi kerana itu ramai di antara kita ni takut untuk berpoligami kerana takut tidak mampu berlaku adil. Ok. Kita lihat ya keadilan yang sering kita dengar bila kita ingin berkahwin lagi maka kita seharusnya sediakan rumah atau disebut sebagai tempat tinggal isteri baru tersebut SAMA seperti isteri yang sedia ada iaitu isteri pertama.

Tanggungjawab sediakan tempat tinggal tu betul dalam syarat berpoligami, tetapi yang tidak betulnya ialah tempat tinggal tersebut perlu sama seperti isteri pertama. Jika kita belikan banglo RM200.000 untuk isteri pertama maka kita perlu juga sediakan banglo RM200,000 untuk isteri kedua. Jika kita belikan Banglo RM120,000 untuk isteri baru dah di kira tidak adil. Ini yang salahnya melainkan kita memang nak beri sebegitu, tetapi dalam hukum tidak sebegitu.

OK, lihat ya. Katakan pada isteri pertama kita ada 5 orang anak perempuan dan pada isteri ke 2 kita punya 3 orang anak lelaki. Setiap bulan kita berikan RM2000 pada isteri pertama, dan RM1500 pada isteri kedua, bila isteri kedua tahu yang dia hanya dapat RM1500 maka dia akan kata, “ini TIDAK ADIL” kenapa isteri pertama bagi RM2000?

Tetapi dalam islam ianya adil sekiranya keperluan dia cukup dengan apa yang kita beri. Sebabnya..? Pada isteri pertama ada 5 orang anak perempuan, dan isteri kedua ada 3 orang anak lelaki, maka kos tanggungan adalah lebih banyak pada 5 orang anak perempuan. Kerana itu wang di berikan lebih sedikit bagi mencukupi keperluan tersebut.

Kita lihat lagi contoh paling mudah di fahami, andaikata kita mahu belikan penutup kepala anak kita, yang perempuan perlu di belikan tudung dan lelaki perlu belikan kopiah. Harga 1 tudung biasanya dalam RM20 ke RM25 dan Harga kopiah pula cuma RM5 ke RM10. Jadi kalau anak lelaki kita berikan RM5 seorang untuk beli kopiah, takkan kita berikan RM5 juga untuk anak perempuan untuk beli tudung, dah tentu keperluan anak perempuan tidak terlaksana. Bila sudah tidak terlaksana maka kita akan berdosa.

Maka, Adil yang dituntut sebenarnya ialah mencukupkan keperluan makan, minum, pakaian dan tempat tinggal mereka sepertimana yang kita makan dan pakai. Hal ini perlu diperjelaskan pada isteri-isteri agar tiada selisihan faham. Andai kata kita punyai pendapatan RM5000 sebulan, si isteri pertama tidak punyai anak dan isteri kedua punyai 5 orang anak, maka cukuplah berikan isteri pertama RM500 buat belanja dan RM2000 pada isteri kedua untuk buat belanja. INI ADALAH CONTOH aja. Sekiranya kawan-kawan mampu memberikan lebih dan saksama pada isteri-isteri ianya lebih baik.

Apa yang ingin saya jelaskan disini sebenarnya Islam itu mudah dan poligami mampu dilakukan sekira ianya satu keperluan bagi diri kawan-kawan. Apa yang penting kita jangan diperdayakan sesuatu tuntutan yang sengaja di ada-adakan walhal tuntutan itu bukan tuntutan dari Allah S.W.T

Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s