Hati terusik tonton iklan ayam goreng di televisyen

KEBELAKANGAN ini kerap tersiar di televisyen iklan KFC Family Feast yang berlatarkan lagu Balik Kampung yang diubah suai seni katanya.
Setiap kali menonton, hati saya terasa ralat dengan salah satu adegan apabila seorang lelaki membawa sekotak KFC di dalam bas. Lelaki terbabit kelihatan teruja dan tidak sabar-sabar untuk makan bersama keluarganya.

Duduk bersebelahan lelaki itu adalah seorang budak sekolah yang kelihatan sangat terliur mungkin dengan bau KFC yang lazat sambil menunjukkan tangannya mungkin mengharapkan lelaki itu akan menghulurkan seketul buatnya.

Namun, keinginan budak itu tidak diendahkan.

Turun dari bas, budak itu masih tidak berputus asa cuba mengejar lelaki terbabit, namun beliau terus berlalu begitu saja. Kehampaan jelas terbayang di wajah budak terbabit.

Hati saya tersentuh. Apalah salahnya orang berkemampuan menggembirakan hati kanak-kanak
dengan sekali-sekala belanja KFC untuk mereka?

Makan bersama keluarga memang sangat menyeronokkan, tetapi jangan sampai membelakangkan nilai-nilai kemanusiaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s