Baik Ceraikan Sahaja!

Hari ini kita sambung berkenaan isu jahilnya isteri yang lebih ikutkan kata emosinya dan menolak perintah Allah mentah-mentah. Di dalam rumah tangga yang dibina, kita akan dapat lihat kelakuan isteri-isteri kita, ada yang lembut, soleh dan ada yang kurang ajar, biadab dan langsung tidak menghormati kita sebagai suaminya. Ini semua kerana kejahilan dia tentang hukum Allah. Mungkin dulu dia tidak diajar dengan ilmu agama oleh orang tuanya, atau tak ke sekolah atau mereka ni memang tak endahkan hukum Allah.
Menurut syariat, seorang isteri wajib menghormati suaminya tidak kira dalam keadaan macam mana pun selagi ianya tidak melanggar hukum Allah, dan wajib taat serta patuh dengan perintah suami. Jika kita lihat dari Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda. “Jika aku hendak menyuruh seseorang sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”Hadis Riwayat, Ibnu Hibban, Al-Baihaqi dan al-Wahidi.Justify Full

Bayangkan jika seorang isteri diperintahkan agar menyujud suaminya? Mungkin isteri akan terasa diperlakukan seperti seorang hamba. Tetapi perintah Allah tidak sekejam itu. Hadis di atas menyatakan bahawa betapa tingginya darjat suami agar dihormati oleh isteri. Kerana itulah pepatah orang Melayu dahulu berkata, syurga isteri di tapak kaki suami. Pepatah ini bukan munyuruh isteri menyembah suami bagaikan dewa seperti orang Hindu, tetapi menunjukkan betapa tingginya suami yang perlu disanjung walaupun dia gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Jika suami gagal melaksanakan tanggugjawabnya sebagai suami, maka tugas isteri ialah membantu suami, bukannya dengan perlakuan kurang ajar, menempik suami sesuka hati, mencaci maki suami dan menghalau suami. Jika kelakuan seperti ini ada pada isteri maka ceraikan sahaja dia. Apa guna kita simpan isteri seperti ini. Biadap! Tidak guna dibiarkan, nanti keturunan kita akan ada insan sepertinya.

Memang Allah tidak sukakan penceraian, tetapi ianya dibolehkan sekiranya itu jalan yang terbaik, apatah lagi jika si isteri enggan berubah walaupun pelbagai cara nasihat dan peluang di berikan kepadanya. Kita hidup ini untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan dari Allah S.W.T. Jika isteri perangai macam syaitan maka dosa isteri kita yang kena tanggung, bukan ibu bapanya.

Dan jika hubungan seperti itu berterusan maka isteri juga hidupnya penuh dengan dosa yang amat besar. Sanggupkah anda menjadi dayus? Atau rela diherdik, dicaci dan dimaki? Mungkin juga kerana takut bini?

Baiklah mari kita renungkan satu lagi hadis ni, Rasulullah S.A.W bersabda, “Mana-mana perempuan yang memohon cerai daripada suaminya tanpa sebab yang munasabah maka haram ke atasnya bau syurga” Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad.

Jadi jika si isteri memohon cerai daripada suaminya tanpa adanya sebab-sebab yang yang munasabah maka haram baginya bau syurga termasuk memohon cerai kerana suami ingin berpoligami! Sekiranya anda layak berpoligami dan ingin berpoligami, lalu si isteri menghalang sekeras-kerasnya maka dosalah perbuatan isteri apatah lagi meminta cerai dari anda! Maka haram baginya menghirup bau syurga.

Akhir kata, saya ingin menegaskan pada hari ini, janganlah kita letakkan semua beban, tekanan dan juga kesalahan pada isteri, kerana walaupun isteri wajib menghormati kita sebagai suami, maka kita juga wajib menuntut ilmu jika ingin berumah tangga apatah lagi ingin berpoligami.

Ini kerana saya juga sering lihat ramai lelaki di luar sana yang jahil tentang agama, hukum-hakam agama, tidak solat, puasa dan sebagainya. Kerana kejahilan itulah ramai wanita yang teraniaya, dizalimi dan hidup menderita sepanjang hayatnya dengan sikap suami yang ikutkan kata hati tanpa dibimbing dengan ilmu. Apatah lagi yang hanya ikutkan kata nafsu semata-mata, isterinya diperlakukan seperti binatang hanya untuk memuaskan nafsu serakahnya. Nauzubillah… amat zalim sekali manusia ini.

Entri saya kali ini agak keras/kasar sedikit bahasanya, maaf jika anda terasa hati atau tidak seberapa suka.

Sekian saja untuk hari ini, kita jumpa lagi di dalam entri yang seterusnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s