Kita tidak ditakdirkan bersama: Faktor-faktor perceraian

Mari kita lihat antara penyebab-penyebab yang membawa kepada permasalahan ini yang mungkin tak berlaku pada masa dulu..
Antara faktor-faktor berlakunya perceraian;
1. sikap tidak jujur suami atau isteri.
2. kurang pengetahuan agama suami atau isteri.
3. sikap tidak bertanggungjawab si suami terutamanya dalam menyediakan keperluan keluarga.
4. susah nak terima budaya negeri suami atau isteri. (contoh Kelantan dan Johor). maaf, kalau ini menyinggung mana-mana pihak, tapi ada beberapa teman yang berasal dari kelantan turut berpendapat bahawa kebanyakan keluarga di kelantan tidak setuju kalau anaknya (biasanya lelaki), berkahwin dengan perempuan dari negeri lain. kenapa? aku pun tak tahu.
4. masalah ahli keluarga si suami atau si isteri yang tidak menyukai anda. sebab tu orang cakap kita nak kahwin bukan dengan dia je tapi seluruh ahli keluarganya..
5. masalah dengan ibu atau bapa mertua. biasanya bapa mertua jarang buat hal. ketidasefahaman biasanya berlaku antara menantu perempuan dan ibu mertua. biasalah perempuan. cerewet.
6. minat yang tak sama dan tidak sehaluan pendapat diantara pasangan suami isteri. ini bukan faktor yang tinggi yang menyebabkan perceraian tapi mungkin boleh membawa kepada siri-siri pergaduhan.
7. pengaruh social networking juga tak boleh dipandang remeh tau. seperti contoh Facebook tu. boleh mengakibatkan kecurangan si suami atau si isteri.
8. perkahwinan jarak jauh (PJJ) yang juga boleh menyebabkan pasangan curang.
9. sikap suami atau isteri yang panas baran/cemburu buta/cerewet kelas atasan/tidak menjaga penampilan dan sebagainya.
10. tidak punyai zuriat dalam tempoh perkahwinan yang lama.
Bila berlakunya perceraian:
“musnahlah mahligai yang kita bina, harapan cinta dan janji hidup bersama, hancur segala impian cinta kita disaat kau sarungkan cincin ke jari manisku, kau cium dahiku dan aku tertunduk malu”
dan bagi yang dah punyai anak:
anak kecil itu tidak tahu apa-apa. dia hanya tahu panggil “mama!! papa!!”. dia mungkin tidak menangis kerana tidak mengerti apakah yang berlaku namun pastinya kehidupan dia nanti pasti ada kurangnya tidak seperti kanak-kanak yang lain. “kerana mama dan papa tidak lagi bersama aku rasa tersisih”. rintih jiwa anak kecil itu.
kepada kawan-kawan dan anda yang dah berumahtangga, mari kita sama-sama pertahankan istana cinta kita.. kita suburkan dengan kasih sayang. namun kepada yang tidak mampu mempertahankan juga rumahtangga anda, percayalah mungkin ada rahmat disebali semuanya. jodoh perpisahan di tentukan Allah S.W.T…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s