Manohara nafi sudah berkahwin

Baru sahaja menafikan dirinya tidak mempunyai teman lelaki, kini model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot didakwa sudah berkahwin dengan seorang gabenor Sulawesi Tenggara, Nur Alam secara rahsia.

Berita tersebut hangat diperkatakan selepas gambar mesra Manohara memakai blaus putih jarang yang menutupi badannya dan gabenor di atas sebuah bot tersebar luas di internet.

Walaubagaimanapun pengurus kepada model berusia 18 tahun itu, Tintin tampil menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa walaupun rapat.

“Ya, Manohara sering dijemput untuk menghadiri pelbagai acara. Namun bukan dia sahaja yang
sering diundang. Ada juga artis-artis lain. Sudah namanya promosi. Mereka memang rapat, tetapi ia tidak bermakna mereka mempunyai sebarang hubungan istimewa,” ujar Tintin ketika dihubungi Kapan Lagi.

Tintin turut menafikan khabar angin yang mendakwa bekas isteri kepada Tengku Muhammad Fakhry ini sudah berkahwin dengan Nur Alam.

“Tidak benar sama sekali! Ia hanya gosip. Kita tidak boleh lakukan apa-apa dan hanya mampu menafikannya jika gosip tersebut tidak benar,” jelasnya lagi.

Sebelum ini model kelahiran Jakarta mengakui dirinya masih belum mempunyai teman istimewa selepas bercerai dengan bekas suaminya yang merupakan daripada kerabat diraja negeri Kelantan.

2 thoughts on “Manohara nafi sudah berkahwin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s