Drebar teksi urus kerja rumah

KUALA LUMPUR: Memberi kemudahan kepada orang ramai yang kesuntukan masa, Syarikat Airport Limo Malaysia (ALM) Concierge Sdn Bhd kini bukan hanya menyediakan perkhidmatan pemandu teksi, malah berfungsi lebih kepada pemandu peribadi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Asyaharim Abdul Latif, berkata setiap pemandu ALM Concierge diberikan latihan khusus bertujuan memberikan perkhidmatan yang pelbagai termasuk membantu menguruskan kerja rumah seperti membeli barangan keperluan dapur dan urusan hospital.

“Menawarkan harga berpatutan dengan penjimatan sehingga 40 peratus berbanding perkhidmatan pemandu peribadi sedia ada, orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan seolah-olah mempunyai pembantu peribadi sendiri.

“Setakat ini kami mempunyai 40 pemandu yang diberi latihan khusus dan berkhidmat sepenuhnya kepada ALM Concierge, manakala 1,200 lagi berkhidmat secara sambilan,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

SEDIA BERKHIDMAT…Mohd Asyaharim (tiga dari kiri) bersama kakitangan ALM Concierge.

Menurutnya, ALM Concierge membelanjakan RM1 juta setiap tahun bagi membolehkan kakitangannya menghadiri kursus termasuk latihan pertahanan diri yang diadakan bersama Ikatan Sukarelawan Rakyat Malaysia (Rela) bagi menghadapi kejadian jenayah khususnya untuk menjaga keselamatan pelanggan sepanjang menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Selain menyediakan perkhidmatan pemandu, kakitangan syarikat ini juga berfungsi sebagai perunding pengembaraan, ketua pembantu rumah, menjalankan pemeriksaan kenderaan dan perkhidmatan katering.

Selain Lembah Klang, syarikat itu turut menyediakan perkhidmatan perjalanan sekitar Semenanjung. Pelanggan juga bebas memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri atau milik ALM Concierge.

Malah, syarikat ini juga akan membuat tempahan ke atas kenderaan lain mengikut kehendak dan keperluan pelanggan.

Orang ramai boleh menghubungi talian 1300888989 atau melayari laman web http://www.almgroup.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s