Wanita hentikan mogok seks selepas kerajaan janji bina jalan raya

BOGOTA: Golongan wanita di Barbacoas, Colombia, menamatkan mogok seks selama tiga bulan, 19 hari selepas desakan supaya jalan raya dibina di tempat mereka ditunaikan selepas pegawai berjanji untuk melabur dalam projek berkenaan.
“Malam itu kami taat kepada suami kami. Keinginan amat bagus dan kami manfaatkan kesempatan itu,” kata pemimpin mogok berkenaan, Luz Marina Castillo kepada akhbar Bogota, El Tiempo menerusi komen yang disiarkan semalam selepas mogok berkenaan dihentikan.
Menteri Pengangkutan, German Cardona berjanji sebanyak AS$21 juta akan dibelanjakan untuk membina jalan sejauh 27 kilometer daripada 57 kilometer keseluruhan dan kajian sedang dijalankan bagi menilai jumlah dan rekaan bagi fasa kedua laluan berkenaan.
Kira-kira 300 wanita menyertai mogok berkenaan sejak 22 Jun lalu, enggan melakukan hubungan seks dengan suami mereka sehingga kerajaan bersetuju untuk membina jalan di laluan kuda berusia 163 tahun di bandar Narino. – AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s