Hari ini dalam sejarah: 14 tahun yang lampau…

Sebaik sahaja aku menamatkan pengajian B.Ed.TESL di Universiti Malaya, aku telah diarahkan bertugas ke negeri Sabah pada bulan Mei 1997. Pada mulanya aku tidak mahu ke sana kerana faktor jarak. Tetapi memandangkan aku terikat dengan biasiswa Kementerian Pendidikan maka kugagahi diri ini untuk ke sana. Itu pun setelah banyak kali aku merayu kepada pihak atasan agar dapat ditukarkan ke Semenanjung. Namun segala rayuanku ditolak ke tepi. Mereka telah memberikan aku sekeping tiket MAS dari Subang ke Kota Kinabalu. Jadi, pada 17 September 1997 aku pun berlepas ke sana secara berseorangan. Perjalanan 2 ½ jam itu ku rasakan sekejap. Kebetulan aku ternampak penyanyi kelahiran Sabah, Nadia yang turut menaiki pesawat yang sama.
Kapal terbang MAS selamat mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu hampir waktu tengahari. Setibanya di balai ketibaan aku terlihat seorang lelaki memegang kertas manila tertera namaku dan sekolah yang bakal aku bertugas. Maka terus aku pergi mendapatkannya. Rupa-rupanya lelaki itu adalah kerani sekolah SMK Majakir, Papar. Lantas ku bertanya kepadanya, Rosleh tentang lokasi sekolahitu. Katanya jauh sekali, kena melintas 3 batang sungai. Dia pun menyuruh aku tidur dulu. Tapi aku tak dapat tidur kerana begitu teruja dengan pemandangan di tempat baru ini.
Selang 35 minit kemudian aku sampai di sekolah baruku. Memandangkan waktu sekolah sesi pagi sudah tamat maka aku terus pergi ke pejabat dahulu untuk melapor diri kepada Pengetua. Setelah selesai bertemu beliau, aku dibawa ke rumah sewa di Taman Sinaran yang terletak di belakang Hospital Daerah Papar. Oleh kerana aku belum mempunyai teman serumah, maka aku kena tinggal berseorangan dulu. Aku diperkenalkan dengan Cikgu Halim yang juga berasal dari Kelantan dan dia pun turut menyewa di taman perumahan yang sama. Jadi untuk beberapa hari yang pertama di sini, Cikgu Halim bersetuju untuk menemaniku ke sekolah dan pekan sekiranya aku perlu membeli apa-apa keperluan. Kebetulan motosikal yang ku guna di Kuala Lumpur belum ku poskan ke sini. Jadi sehingga akhir sesi persekolahan tahun 1997 aku telah menumpang kereta Cikgu Halim untuk ke sekolah.

2 thoughts on “Hari ini dalam sejarah: 14 tahun yang lampau…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s