Segak pada usia 40-an

Gambar hiasan
Soalan: Saya seorang lelaki berusia 45 tahun bekerja sebagai pegawai perhubungan awam. Sejak berusia 40-an, saya dapati berat badan saya tidak seperti dahulu, perut semakin buncit dan kulit wajah sedikit kedut.
Adakah faktor pemakanan dan gaya hidup saya menjadi faktor utama? Saya seorang yang gemar makanan bergoreng dan merokok. Harap doktor dapat membantu saya.
Lan, Selangor.
Saudara Lan,
Memang itu adalah fenomena yang biasa bagi kebanyakan lelaki apabila menjangkau umur 40-an. Menjadi kurang tenaga, berat badan meningkat dan perut buncit. Inilah peringkat di mana seseorang lelaki berdepan dengan banyak cabaran. Ini termasuk kerja yang banyak, keluarga mula membesar, mungkin melibatkan tanggungan kewangan dan bermacam-macam lagi. Pada usia ini juga hormon testosteron yang berkurangan turut memberi kesan. Desakan kehidupan dan kesibukan masa menyebabkan tiada masa untuk menjaga pemakanan yang baik dan seterusnya memburukkan lagi keadaan. Begitu juga dengan faktor stres..
Tetapi kita juga tahu ramai di kalangan lelaki 40-an yang begitu segak, bertenaga dan menjalani kehidupan harian bersama keluarga dengan penuh keyakinan dan keriangan.
Mengapa ini berlaku? Yang pasti cara hidup yang hebat memainkan faktor membezakan antara kumpulan tersebut. Satu kumpulan yang benar-benar aktif dan menjaga kehidupan harian termasuklah beriadah dan satu kumpulan lain yang merasakan tidak penting untuk mengambil berat kesihatan dan cara hidup mereka. Itulah sebabnya sekarang kita dapati penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi, jantung berlaku pada usia yang jauh lebih muda. Saya tidak dapat membantu Lan daripada jauh. Yang dapat bantu Lan ialah Lan sendiri yang dapat menilai tahap kesihatan, tahap stres dan tahap kehidupan lain yang sedang Lan hadapi sekarang.
Cuba baiki dan pulih setiap satu dari masa ke semasa. Contohnya pada peringkat awal ini, elak atau kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Hentikan merokok. Semak berat badan dan tahap kesihatan Lan yang lain. Seterusnya rancang bagaimana untuk mendapatkan kesihatan maksimum dalam satu jangkamasa yang Lan fikirkan realistik. Ingatlah satu langkah positif hari ini akan memberi kesan positif dikemudian hari. Walaupun kita tahu faktor genetik turut memainkan peranan dalam tahap kesihatan, tetapi insya-Allah banyak cara yang kita boleh amalkan untuk mengelakkan penyakit fizikal, mental dan sosial dan seterusnya hidup dengan cemerlang pada setiap masa. Selamat berjaya!

2 thoughts on “Segak pada usia 40-an

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s