Kesempitan hidup, berbuka puasa di gereja?

SAYA terpanggil untuk mengulas berhubung isu serbuan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja baru-baru ini. Sangat mengejutkan terutama sekali bagi penduduk majoriti negara ini ia berlaku tatkala umat Islam sedang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan.

Keadaan ini benar-benar membimbangkan kerana serbuan baru-baru ini bukanlah kali pertama dilakukan malah pernah kejadian yang serupa berlaku seawal tahun 2005 lagi.

Pada mulanya ketika pertama kali melihat situasi ini saya amat terkejut kerana tindakan Jais amat memalukan kerana menyerbu majlis keagamaan tanpa amaran, namun setelah diamati serbuan JAIS itu ada asasnya kerana terdapat laporan dan dikhabarkan terdapat orang Melayu dan beragama islam yang menghadiri majlis tersebut tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Dr. Hasan Mohd. Ali bertegas mempertahankan tindakan Jais kerana terdapat bukti majlis itu mempunyai unsur-unsur pendakwaan terhadap orang Islam, walaupun tindakannya mendapat tentangan daripada teman seperjuangannya.

Bagi saya dalam situasi ini, JAIS dan Dr. Hasan tidak wajar dikritik kerana tindakan mereka berdasarkan laporan dan bukti. Benar, kita perlu hormat menghormati walaupun berlainan agama tetapi di dalam situasi ini ia melibatkan maruah agama Islam.

Ada pihak mengatakan serbuan JAIS itu bertentangan dengan ajaran Islam tetapi apa yang membuatkan saya berasa sangsi ialah semasa pemeriksaan sedang dijalankan oleh pihak Jais, terdapat sebilangan orang Islam yang menghadiri majlis tersebut cuba melarikan diri melalui pintu belakang gereja tersebut. Dan lebih memeranjatkan orang yang menganjurkan majlis di gereja tersebut adalah orang yang beragama Islam!

Saya difahamkan mereka yang ditahan hanyalah sebilangan kecil yang dapat dikesan malah kegiatan ini dipercayai telah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.

Kepada orang Islam yang ditahan, saya tidak menyalahkan anda 100 peratus kerana dikhabarkan mereka berkelakuan demikian kerana kesempitan hidup. Berdasarkan apa yang saya baca di akhbar-akhbar tempatan, gereja menyasarkan golongan yang mengalami kesempitan hidup dan juga golongan mualaf.

Pengakuan seorang ibu tunggal yang mengalami kesempitan wang dan terpaksa menyara anak-anaknya benar-benar menguatkan kebenaran situasi ini. Dia memberitahu pihak gereja berusaha mempengaruhinya untuk menerima bantuan kewangan termasuk menanggung pendidikan anak-anaknya namun dia telah menolak kerana terdapat jiran yang telah memandang serong kepadanya.

Tambahan lagi, terdapat seorang yang mengaku terlibat terpaksa menerima bantuan daripada pihak gereja kerana permohonannya untuk mendapatkan bantuan telah ditolak oleh Baitulmal atas alasan yang tidak munasabah.

Keadaan ini benar-benar menyedihkan kerana Baitulmal sepatutnya memainkan peranan mereka untuk membantu umat Islam yang mengalami kesempitan hidup kerana jika tidak akidah mereka akan mudah dipesongkan oleh pihak lain.

Kepada mereka yang ditahan dan juga yang sedang mengikuti pergerakan ‘bawah tanah’ ini saya ada soalan untuk anda, sanggupkah anda menggadaikan agama Islam demi wang ringgit?

Bertaubatlah dan ingatlah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang bersusah payah menegakkan agama Islam sehingga baginda mempertaruhkan nyawa demi agama yang suci ini. Bertaubatlah. Allah Maha Pengampun.

5 thoughts on “Kesempitan hidup, berbuka puasa di gereja?

  1. kah kah kah kesian org melayu mmg sial sungguh… mana pegi songlap wang zakat ber juta2 hingga tak sampai pada golongan yg memerlukan. kah kah kah. percayalah rata2 melayu islam kerana adat semata-mata mereka bukan betul2 islam. salah siapa jadi macam ni??? salah melayusial laaa sbb melayusial yg rule islam kat malaysial nih.

    meLAYU!
    pagi LAYU
    tengah-hari LAYU
    petang LAYU
    malam LAYU

    itulah proses melayu bangsa tak guna betul!!! mari kita belajar sains…. “bunga itu melayu kerana tak cukup cahaya dan oxygen utk photosynthesis” yeah science darjah enam aaahhhhhahahaha

  2. dear afeezz

    kalau stakat nak komen camtu je baik tak payah komen leeee komen kamu tuh plain cheesy ko tau tak??? ko tau tak apa maksud aku? ya cheesy itulah perangai rata2 melayusial penuh dgn kata2 skadar gula-gulaan lepas batuk ditangga je! menyemak je comment kau tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s