Harga Di Pasar Ramadan: Jika Ya Pun, Biarlah Berpatutan

Pasar Ramadan yang kini mula rancak menjual pelbagai jenis hidangan dan lauk pauk untuk masyarakat Muslim berbuka puasa sekali lagi menjadi perhatian dan tumpuan orang ramai.

Apa yang uniknya tentang kehadiran Pasar Ramadan ini ialah, ia telah menjadi satu identiti negara kita Malaysia. Ini kerana ia bukan sahaja dikunjungi oleh masyarakat Islam semata-mata tetapi juga turut dikongsi bersama oleh para penganut agama lain.

Dalam ertikata yang lain, kewujudan Pasar Ramadan ini telah diterima dan mendapat tempat di hati seluruh warga Malaysia tanpa mengira kaum dan agama apatah lagi ia hanya muncul sebulan dalam setahun.

Yang lebih unik dan menariknya ialah, hidangan yang ditawarkan di Pasar-pasar Ramadan ini tidak dijual pada waktu dan musim-musim yang lain. Ini menjadi Pasar Ramadan satu tarikan luar biasa yang tidak terdapat pada mana-mana Pasar Malam, Pasar Tani, Pasar Minggu atau apa jua pasar yang terdapat di negara kita.

Tetapi ada sesuatu yang pada pandangan saya tidak begitu mengembirakan apabila saya dapati kebanyakan gerai di Pasar Ramadan meletakkan harga yang sangat tinggi ke atas kuih muih dan juadah-juadah lain.

Di Pasar Ramadan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur misalnya, sebiji karipaf dijual dengan harga 50 sen dan begitu juga dengan secucuk sate yang sangat kecil isi dagingnya juga dijual pada harga 50 sen.

Lain-lain kuih muih juga dijual pada harga yang sangat mahal seolah-olah para peniaga ingin mengambil kesempatan ke atas orang ramai pula di sepanjang bulan Ramadan ini. Malah bubur lambuk dijual pada harga RM4.50 semangkuk.

Dalam konteks ini, saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada penjual popia terkenal di Seksyen 14 Petaling Jaya yang masih mengekalkan harga popianya pada paras RM1 sebiji di sebalik populariti yang dikecapinya sejak sekian lama.

Bagi Mohd Kasim Ismail, hati pelanggan yang lebih diutamakannya berbanding populariti popianya itu. Jika Mohd Kasim ikutkan hati, dia boleh sahaja meletakkan harga popianya RM1.50 sebiji kerana dia tahu orang akan tetap datang mencari dan membeli popianya kerana sedapnya bukan kepalang tetapi bukan itu yang menjadi keutamaannya.

Yang menjadi keutamaannya ialah para pelanggan dan kesetiaan mereka ke atas popia yang dihasilkannya.

Dan saya cuma boleh berharap para peniaga lain juga bersikap demikian.

11 thoughts on “Harga Di Pasar Ramadan: Jika Ya Pun, Biarlah Berpatutan

  1. makcik lom pegi melawat lagi pasar ramadhan sekitar melaka ni..mungkin hari ni kalau tertekan brek kat parking pasar ramadhan,singgah la makcik..kalau tak de la..masak sendiri lebih baik..hati pun tak sakit kalau terkena beli barang mahal tp balik tak sedap n basi..

  2. @sue-ab pakcik rindu saat2 ketika menolong arwah ibu memasak di dapur pd ptg Ramadan semasa di usia remaja dulu…dari situlah pakcik belajar memasak serba sedikit. nothing beats my mum's cooking!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s