Bekas model Playboy hidup disara kerajaan

TRACY HARRISON

WILLENHALL, Britain – Seorang bekas model majalah bogel Playboy yang pernah hidup mewah di Beverly Hills, Amerika Syarikat (AS) kini terpaksa tinggal di sebuah rumah kerajaan dan menerima elaun pengangguran £50 (RM241.28) seminggu untuk menyara kehidupannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Model seksi berkenaan, Tracy Harrison pernah menerima bayaran £40,000 (RM193,027) untuk satu sesi foto dan hidup dalam kemewahan sejak dia berhijrah ke Los Angeles ketika berusia 21 tahun.

Harrison, 46, pernah tinggal di sebuah kapal layar mewah di Monaco selama 15 tahun bersama teman lelakinya selepas dia meninggalkan California, AS.

Namun, wanita itu kini menganggur dan tinggal di rumah kerajaan tempat dia dibesarkan di sini.

Wanita itu memberitahu, dia telah menjual semua barang kemasnya untuk menyara kehidupannya sejak pulang ke Britain beberapa tahun lalu.

Menurutnya, dia gagal memperoleh pekerjaan sejak empat tahun lalu.

“Sebaik sahaja pihak majikan mengetahui tentang kisah silam saya, mereka tidak mahu mengupah saya,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s