Tujuh tips menjaga hubungan perkahwinan jarak jauh

Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi bersama anda salah satu dilema yang mungkin anda atau pernah anda dengar rakan-rakan anda lalui. Ianya berkaitan dengan hubungan perkahwinan jarak jauh.

Kalau percintaan jarak jauh tu memang biasa la kan kita dengar. Tetapi, tahukah anda, hubungan perkahwinan jarak jauh pun ada jua berlaku. Perkara ini boleh terjadi sama ada suami atau isteri yang bekerja di berlainan negeri. Atau pun ada juga sesetengah kes di mana isteri bekerja di Malaysia tetapi suami sedang masih meneruskan pelajaran di luar negara. Atau pun yang sebaliknya.

Walaupun benua yang memisahkan mereka, tetapi perasaan cinta dan kekuatan jodoh tidak mampu memisahkan hati mereka. Chewah! Macam berpuisi la pulak kan?

OK, berikut saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda amalkan jika anda berada dalam situasi seperti ini. Memang ada sesetengah pasangan yang walaupun telah berkahwin, mereka terpaksa juga tinggal berjauhan oleh kerana tuntutan kerjaya.

Berikut adalah tips-tips demi menjaga hubungan jarak jauh anda:-

1. Kerapkan berhubungan. Yang terbaik ialah hari-hari! Ya, setiap hari anda WAJIB hubungi pasangan anda. Jika anda berdua tinggal di Malaysia, jangan kedekut sangat melaburkan kredit telefon bimbit anda tu untuk telefon si dia. Tiap kali sebelum tidur, telefon dia dan ucapkan ‘good night’ pun sudah memadai. Anda boleh bergilir-gilir setiap malam untuk siapa yang akan hubungi siapa dulu.

2. Gunakan Facebook, YM Messenger atau GTalk sebaik mungkin. Anda boleh ‘berchatting’ dengan pasangan anda di siang hari sambil anda bekerja di pejabat. Selain ianya percuma, anda boleh kekalkan keintiman anda dan pasangan.

3. Hujung minggu, pulang ke rumah yang anda tinggal bersama. Paling minimum, jika anda rasakan ia membebankan dan ingin menjimatkan lagi kos, anda boleh pulang bertemu dua minggu sekali.

4. Sentiasa berlaku jujur dengan pasangan anda. Jangan sesekali berlaku curang. Ingat! Allah sentiasa melihat segala perbuatan anda. Jika anda buat perkara yang ‘bukan-bukan’, pastinya pasangan anda akan tahu juga akhirnya.

5. Kerapkanlah anda berdua saling ber-SMS. Tak perlulah sampai setiap jam anda menghantar SMS kepada dia. Mungkin anda boleh SMS setiap kali bangun tidur, waktu petang sekali dan waktu malam sekali.

6. Anda boleh sekali-sekala lakukan video chat atau video conferencing. Apa yang perlu anda ada hanyalah sebuah webcam yang murah dan banyak boleh dibeli di kedai-kedai computer dan perisian Skype. Yang bestnya Skype ni, anda boleh juga membuat panggilan telefon secara percuma dan perisian ini pun adalah percuma juga.

7. Dan tips yang terakhir ialah sentiasa percaya kepada pasangan anda. Percayakan perkahwinan yang anda bini tersebut. Banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t supaya terus menguatkan lagi perasaan percaya terhadap pasangan anda. Jika anda mempercayai pasangan anda, nescaya pasangan anda akan turut mempercayai anda.

Itulah beberapa tips yang boleh anda amalkan bagi menjaga hubungan perkahwinan jarak jauh.

Sebenarnya dengan adanya pelbagai teknologi masa kini seperti Facebook, email, chatting dan sebagainya anda mampu mengekalkan hubungan perkahwinan anda berdua walaupun terpaksa berjauhan. Tetapi adalah sangat dinasihati agar anda mencuba cari jalan bagaimana anda boleh tinggal sebumbung. Wallahualam…

One thought on “Tujuh tips menjaga hubungan perkahwinan jarak jauh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s