Bapa acu pistol marah cikgu denda anak

KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di ibu negara berusia 31 tahun berdepan detik mencemaskan apabila kepalanya diacukan sepucuk pistol oleh seorang lelaki dipercayai bapa muridnya, kelmarin.

Difahamkan, bapa berusia lewat 30-an itu dikatakan berang apabila guru terbabit mengetuk kepala anak perempuannya berusia 11 tahun dengan pembaris selepas gagal menjawab soalan ketika sesi pembelajaran, Isnin lalu. Malah, lelaki sama dikatakan pernah menyerang seorang guru lain bersenjatakan pump gun tiga bulan lalu akibat tidak berpuas hati dengan tenaga pengajar itu sebelum kes itu diselesaikan pentadbiran sekolah berkenaan.

Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9.30 pagi semalam, suspek yang ‘naik hantu’ menceroboh sekolah berkenaan sebelum menyerang guru terbabit yang sedang bersarapan di kantin. Menurut sumber, sebaik menghampiri mangsa, suspek terus menghamburkan kata-kata kesat kepada guru berkenaan.

P.S. Susahnya nak jadi cikgu sekarang. Kalau garang sikit mak bapak datang ke sekolah dan ancam nak bunuh atau cederakan kita. Kalau kami guru berlembut pulak, budak-budak sekolah jadi naik kepala dan tak hormatkan kami lagi. Jadi renung-renungkanlah wahai ibubapa di luar sana…..

6 thoughts on “Bapa acu pistol marah cikgu denda anak

  1. bersederhanalah…

    itu paling mustahak….
    dan percayalah, setiap sesuatu yg dihadapi oleh Cikgu dan ibubapa itu, ada punca dan musababnya…

    sepekara lagi, boleh percaya ke dgn berita suratkhabar skrg ni? maza kekadang terasa hancingnya yg lebih!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s