10 PERKARA DITAKUTI SUAMI!!

Berikut adalah 10 perkara yang kononnya ditakuti oleh suami dari pandangan seorang kawan baikku semasa di UM dulu. Nama dia Tasha Naim. Sama-samalah kita merenungnya…

1 – KERJAYA SI ISTERI LEBIH HEBAT

Suami akan mula merasa rendah diri dan tidak berharga sekiranya pendapatan yang diperoleh kurang daripada isterinya. Biasalar kan, pencarian nafkah ni kan tanggungjawab sepenuhnya oleh suami termasuk anak – anak. Biarpun suami memmpunyai pekerjaan yang agak baik tapi kalo wang yang dibawa kerumah kurang drpd apa yang dibawa oleh isterinya, berkemungkinan lar suami akan mula merasa rendah diri.

2- KEHILANGAN KEYAKINAN DIRI

Lelaki ni kan pada dasarnya takut sekali jika berasa tidak mampu atau tidak dapat menguasai sesuatu keadaan. contohnya lar kan, suami tidak lagi mampu mencukupkan keperluan ekonomi keluarga. Ini adalah perkara yang menakutkan bagi lelaki kerana dirinya sudah tidak mampu lagi menyediakan apa yang sepatutnya dan dituntut oleh keluarga. Ketidakmampuan ini disamakan dengan kelemahan dan lelaki cukup takut dicap lemah..

3- HILANG PEKERJAAN

Lelaki selalunya mengalami kesukaran memisahkan dirinya dari karier ataupun pekerjaannya. Kehilangan pekerjaan bagi lelaki adalah seperti kehilangan diri. Lelaki ni bukan hanya berasa tidak lagi bekerja malah dia juga merasakan kehilangan harga dirinya… Bila berlaku situasi cenggini menyebabkan si suami / lelaki ini tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan dirinya. Pekerjaan itu penting bagi mereka sebab itulah ada antara mereka yang workholic.. kuor pagi balik malam semata – mata nak siapkan kerja yang belum siap..

4- DIKATAKAN TIDAK BAGUS

Memang satu pukulan yang cukup kuat bagi suami / lelaki jika si isteri mengatakan bahawa hasil pekerjaannya kurang memuaskan atau tidak bagus. Kritikan dari seorang isteri akan membuatkan mereka susah hati dan berasa gagal menjadi seorang suami. Sampai satu tahap, suami berasa tidak lagi dicintai oleh isteri dan tidak diterima oleh anak – anaknya. Kritikan isteri pada hasil kerja suami memberikan impak yang besar buat diri mereka.

5- NAFSU SEKS MENURUN

Hampir sume lelaki akan berasa takut bila mengalami situasi ghairah seksual menurun. Mereka bimbang tidak mampu lagi memberi nafkah batin kepada isterinya. Jika mende tu terjadi, maka lelaki akan menganggap duniannya sudah kiamat… Lelaki ni merasakan tanpa ada ghairah seks kehidupan berumahtangga seakan tiada maknanya. Hidupnya pasti akan terasa kosong dan takut ditinggalkan oleh pasangannya.

6 – MENEMANI ISTERI BERSALIN

Korang tgk jer secara luarannya suami ni nampak macam berani kan..nampak kuat..gagah dan perkasa tapi bila masuk part nak mendampingi isteri time bersalin, mereka akan merasakan ketakutan untuk melihat proses melahirkan bayi itu. Mereka takut nak tgk darah yang banyak dan proses kelahiran tersebut walaupun anak mereka sendiri. Justeru itu macam2 alasan yang diberikan untuk mengelak daripada menemani isteri tatkala bersalin.

7- MEMINTA MAAF TERLEBIH DAHULU

Sejak kecil lelaki ni diberi peranan sebagai peranan pelindung, pemimpin, dan pemegang tanggungjawab. Dalam peranan – peranan tersebut seseorang lelaki harus mempertahankan kewibawaannya.. Akibat terlalu menjaga peranan tersebut lar kan.. timbul satu masalah dalam menyatakan dirinya salah. Mereka takut nak mengakui kesalahan sebab bimbang dianggap takut kepada isteri..dats why lar lelaki ni kalo salah xreti nak mintak maaf kan..ego melebey ke hape…adat lar tuh..kena faham yer..

8- PERIKSA KESUBURAN

Baik bujang ataupun dah berkahwin mereka ni mmg takut untuk memeriksa tahap kesuburan mereka. Lagi2 bila diorang ni dah kawin.. lagi lar mereka takut untuk memeriksa kesuburan mereka. Lelaki ni kan selalu anggap mereka ni perkasa dan subur tapi jika isteri x juga hamil2 selepas bertahun – tahun berkahwin, maka ramai lah lelaki akan mengatakan pasangannya yang tidak subur. sedangkan bagi memeriksa kesuburan ni, dua2 pihak kena bertolak ansur untuk mengetahui di mana masalah itu berpunca…

9- MENCERITAKAN MASA LAMPAU

Terutama sekali kalo nak suh cerita yang berkaitan dengan percintaan dulu2 mereka yang tidak kesampaian. Mereka tidak akan mahu menceritakan kesalahan yang pernah mereka lakukan, seberapa kerap dia menyakiti hati pasangannya dan sebagainya. Seperti wanita, lelaki juga mempunyai perasaan trauma terhadap kegagalan sesebuah perhubungan

10 – PENOLAKAN

Kebanyakan lelaki merasa wanita terlalu bersikap tipikal kepada diri mereka. Akibatnya mereka takut untuk bersikap terlalu terbuka kerana bimbang pasangan akan mentertawakannya. Sekiranya menaruh minat terhadap seseorang wanita sekalipun mereka akan berfikir banyak kali untuk meluahkan isi hatinya. Itu pun setelah mengambil kira respons2 dari wanita itu sendiri..
So..macamane?? adakah semua yang disenaraikan di atas ini betul? Tapi yang pasti tiada manusia yang SEMPURNA..tiap2 orang akan ada KELEMAHAN dan KEBAIKAN masing2… Jadikan panduan dalam hidup ye…

2 thoughts on “10 PERKARA DITAKUTI SUAMI!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s