7 KETAKUTAN LELAKI DALAM URUSAN SEKS

Dalam perihal seks, kaum lelaki sebolehnya mahu diri mereka dilihat oleh pasangan sebagai lelaki yang gagah, sentiasa bernafsu dan mampu memberi kepuasan kepada isterinya. Mereka juga mahu digambarkan berkeyakinan dalam urusan seks.
Namun tahukah anda di sebalik imej gagah perkasa dan macho itu hakikatnya golongan ini tidak sentiasa tampil yakin saat berhubungan intim dengan pasangannya. Mereka tetap dibelenggu oleh beberapa ketakutan. Malah ada ketakutan ini menghantui diri kaum lelaki hingga menjejaskan prestasi seks mereka sendiri. Apakah ketakutan yang dialami oleh lelaki ini? Kali ini menyenaraikannya 7 ketakutan lelaki dalam urusan seks.
1. Saiz penis kecil
Ukuran alat sulit ini menjadi tanda kejantanan bagi seorang lelaki. Lagi besar ukurannya maka lagi hebat seseorang lelaki itu. Sekiranya seseorang lelaki itu merasakan ukuran penisnya lebih kecil dari yang sepatutnya, secara automatik ia akan menjadi ketakut an bagi seseorang lelaki. Malah boleh menghilangkan keyakinan diri.
2. Tidak mampu memuaskan pasangan
Walaupun sudah berusaha memberi kepuasan tapi ada kalanya pasangan tetap tidak mampu meraih kenikmatan seks. Perkara ini ternyata akan membuatkan seorang lelaki berasa kecewa. Malah sampai satu tahap dia berasa gagal untuk membahagiakan pasangan mereka. Walhal wanita selalunya tidak menjadikan orgasma sebagai satu ukuran kepuasan atau kebahagiaan
3. Ejakulasi awal
Lelaki akan berasa kurang perkasa jika lebih dulu mencapai kepuasan daripada pasangannya. Biasanya ini terjadi pada lelaki yang baru mendirikan rumah tangga dan belum mahir lagi tentang hubungan seks. Mereka akan sukar mengawal emosi serta hasratnya, maka hasilnya adalah ejakulasi awal.

4. Kehilangan hasrat seksual
Sememangnya sesuatu yang normal jika sesekali tidak berasa bernafsu untuk seks. Walau sudah digoda oleh pasangan namun hasrat itu tidak jua timbul. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh stres atau keletihan. Namun biar sesekali kehilangan nafsu seks, lelaki akan cukup risau kerana bimbang hasrat itu akan pergi buat selama-lamanya.

5. Pasangan tidak lagi dianggap menarik
Perkara ini bukan saja ditakuti oleh lelaki tapi juga wanita. Jika anda sudah berasa sedemikian maka ada baiknya meminta nasihat daripada pakar tentang hal ini. Mungkin kerana sudah tiada rasa cinta atau sayang atau mungkin sudah terpikat dengan insan lain. Ini sememangnya satu isu besar.
6. Takut isteri hamil atau terjangkit penyakit seksual
Tidak semua lelaki bersedia untuk bergelar bapa walau sudah lama berkahwin. Lelaki sebegini akan jadi cukup berhati-hati dalam urusan seks kerana bimbang pasangannya akan hamil. Sikap hati-hati ini kadang kala akan menyebabkan hasrat seks itu sekali gus menurun. Begitu juga kebimbangan pasangan terjangkit penyakit seksual apatah lagi jika lelaki itu sendiri memang mengalaminya.
7. Takut kecewa
Kebiasaan lelaki menonton filem lucah memberi kesan buruk kepada kehidupan seksual mereka. Kerap kali mereka membayangkan pasangan akan memberi layanan seks yang sama panas seperti apa yang ditonton dalam fi lem. Namun kenyataannya wanita tidak mampu bersikap ekstrem dalam perhubungan seks. Keadaan ini akan menimbulkan kekecewaan.

2 thoughts on “7 KETAKUTAN LELAKI DALAM URUSAN SEKS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s