BAHAYA lemak di perut

BUNCIT, boroi dan pBoldelbagai lagi gelaran yang diberikan kepada pemilik perut yang maju ke hadapan ataupun nama saintifiknya abdominal obesiti. Selain itu, perut buncit melampau sering menjadi bahan usikan tanpa mengetahui bahaya Boldyang terselindung di sebalik lapisan lemak yang ada. Lebih hebat lagi sindiran yang diterima dikatakan sebagai lambang kejayaan dan kemewahan tanpa ada usaha mahu mengatasinya!

Walau apa pun pandangan korang terhadapnya… ianya sebenarnya merupakan salah satu kesihatan serius yang harus di ambil perhatian! Selain itu, dalam jangka masa panjang pula… negara jugak bakal berhadapan dengan masyarakat yang kurang sihat dan banyak perbelanjaan kesihatan terpaksa diperuntukkan. Paling teruk ialah, lemak di perut boleh menyebabkan anda menemui AJAL lebih awal.

RISIKO YANG MENANTI SI BOROI!

Mengurangkan jangka hayat hidup

Awas! Semakin tinggi berat badan korang dan semakin tinggilah kandungan lemak di bahagian perut, semakin tinggi lagi risiko korang untuk mendapat penyakit seperti:

masalah kesuburan
sakit kepala melampau
kolesterol tinggi
hipertensiBold
serta pelbagai jenis kanser contohnya kanser usus

barah payudara dan barah rahim

Kajian yang dilakukan melibatkan 28,000 kes kanser rahim di Amerika Utara, Eropah, Australia dan Asia mendapati lebihan berat badan hingga 13kg dari paras normal di kalangan wanita meningkatkan risiko kanser rahim sehingga 60%. Selain itu, di kalangan penduduk Asia mendapati hubungan yang kuat antara pertambahan BMI dengan serangan kanser payu dara.

diabetes

mereka yang mengalami masalah perut buncit dan menghidap diabetes lebih berisiko tinggi mendapat strok berbanding individu diabetes yang kurus.

penyakit jantung

lingkaran pinggang berukuran besar merupakan petanda risiko tinggi serangan jantung.

sesak nafas

timbunan lemak yang berlebihan di bawah diafragma dan di dalam dinding dada akan menekan paru-paru. Ini menjadikan gangguan pernafasan dan sesak nafas walaupun mereka melakukan aktiviti ringan.

pergerakan yang terhad

disebabkan saiz yang besar dan perut yang besar… ianya menyusahkan anda untuk begerak dan melakukan aktiviti fizikal.

masalah emosi

Ianya juga merendahkan keyakinan diri seseorang itu juga.

Jadi jagalah perut masing-masing!

5 thoughts on “BAHAYA lemak di perut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s