Janda berhias sambut luahan hati duda bergaya

ASSALAMUALAIKUM. Saya baru terbaca di ruangan Forum Utusan Malaysia semalam (2 Ogos 2010). Saya amat berminat dengan cadangan atau pendapat oleh DUDA BERGAYA dari Kedah. Sebenarnya saya ini juga adalah di antara salah seorang yang berstatus janda.
Perkahwinan saya tidak lama. Kami hanya bertahan selama setahun sahaja. Masalahnya adalah kewujudan orang ketiga. Saya baru berumur 25 tahun dan berasal dari Pahang dan masih tidak mempunyai anak.
Tidak perlulah saya memanjangkan cerita, biarlah yang lain menjadi kenangan dalam hidup saya.
Saya sebenarnya sedang mencari teman hidup atau secara ringkasnya seorang yang bergelar suami. Saya memang teringin untuk diketemukan jodoh dengan orang yang boleh menerima saya seadanya.
Tidak kiralah dia seorang teruna atau duda sekalipun tetapi biarlah saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain, mudah untuk berkomunikasi, bertoleransi bersama. Saya tidak perlukan kekayaan dalam kewangan, tetapi saya memerlukan kekayaan dalam kebahagiaan. Itu yang saya perlukan untuk terus hidup.
Oleh itu, saya berharap sangat-sangat supaya saya bertemu dengan jodoh saya yang sebenarnya. Kalau sesiapa yang sudi untuk berkenalan dengan saya bolehlah menelefon saya.
JANDA BERHIAS
Pahang

One thought on “Janda berhias sambut luahan hati duda bergaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s