Dilema duda tak selaris janda, terbiar tanpa dipedulikan

MARILAH kita berhenti bicara soal politik yang menyesakkan seketika dan melihat pada permasalahan kami, para duda yang terbiar tanpa dipedulikan ini.
Pelamin anganku musnah, kusangka panas hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari. Itulah kata-kata yang tepat untuk nasib kami yang semakin ramai ini. Kami juga pada mulanya berimpian agar mahligai yang dibina berkekalan, namun takdir tidak menyebelahi kami.
Punca perceraian kami juga adalah seperti kebanyakan janda tetapi tidak adalah antara kami yang berpisah kerana tak rela dimadukan. Seperti wanita yang menjadi mangsa lelaki, kami juga menjadi mangsa kedurjanaan wanita. Kejamnya wanita!
Jika wanita menzalimi wanita dengan merampas suami orang maka kami juga begitu, tidak sangka ada lelaki yang merampas isteri kami. Kejamnya lelaki ini!
Nasib kami juga adalah ibarat tebu, habis madu sepah dibuang. Wanita agak beruntung kerana sekiranya habis madu, mereka masih dapat bermadu.
Masalah kami ialah duda tidak selaris janda. Ini kerana tiadanya wanita bermata keranjang yang cuba menggoda kami. Namun janganlah mengambil kesempatan atas kelemahan kami.
Ingin rasanya menubuhkan Persatuan Jan Dud, ini mungkin menjadikan hidup lebih bermakna. Mungkin boleh diadakan aktiviti berdangdut dipetang minggu.
Kerap juga di muka pintu menunggu lamaran namun hampa. Di mana kan ku bawa hati yang lara ini.
DUDA BERGAYA
Kedah

One thought on “Dilema duda tak selaris janda, terbiar tanpa dipedulikan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s