PERBUATAN YANG BOLEH JATUH ZIHAR

Kemusykilan Agama Bersama Siti Norbahyah Mahmood

SOALAN: ADAKAH zihar (suami) menyamakan isteri dengan ibunya (suami) akan jatuh jika suami menyatakan sesuatu perkara kepada isteri menyerupai ibunya dari segi perbuatan atau perangai bukannya dari segi bentuk fizikal (bentuk tubuh badan) seperti suami berkata: “Awak macam ibu saya suka marah-marah”. Adakah ayat seperti ini akan jatuh zihar?

Mas,
Melalui e-mel.

JAWAPAN: ZIHAR menurut istilah fiqh dalam hukum syarak iaitu menyerupakan suami akan isterinya dengan belakang ibunya atau lainnya daripada mahram-mahramnya, atau dengan anggota daripada beberapa anggotanya. Maka berkata suami kepada isterinya: “Engkau atas aku seperti punggung ibuku”.

Ulama bersepakat bahawa suami yang menzihar isterinya hukumnya adalah haram. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sesungguhnya mereka memperkatakan sesuatu perkara yang mungkar dan dusta” (Surah al-Mujaldalah:2). Ayat ini sebagai dalil bahawa menziharkan isteri itu adalah haram.

Sekiranya seorang suami berkata kepada isterinya “belakang engkau atau kepala engkau atau tangan engkau dan sebagainya serupa dengan belakang ibuku atau serupa dengan kepala ibuku atau serupa dengan tangan ibuku” maka ini dianggap zihar.

Ini kerana, suami menyerupakan isterinya dengan salah satu dari anggota-anggota yang zahir. Tetapi apabila seorang suami menyerupakan isterinya dengan ibunya bukan pada anggota zahir, bahkan yang diserupakannya itu ialah anggota batin seperti hati, jantung, maka tidaklah dinamakan zihar.

Begitu juga tidak dinamakan zihar jika suami itu menyerupakan isterinya dengan barang yang bukan menjadi sebahagian dari anggota. Seperti menyerupakan air liur atau air susu sterinya dengan air liur atau air susu ibunya.

Dan tidak juga dinamakan zihar jika suami menyerupakan tabiat isterinya, masakannya, suaranya dan lain-lainnya dengan tabiat ibunya, masakan ibunya, suara ibunya dan lain-lainnya. Kerana itu tidak termasuk dalam bahagian anggota. Oleh yang demikian, bagi pemasalahan puan hukum zihar tidak jatuh.

4 thoughts on “PERBUATAN YANG BOLEH JATUH ZIHAR

  1. terima kasih Daddy…hehhehe

    wah skrg sudah rajin juga keluarkan hal2 rumah tangga..
    kira selamat pengantin baru gak ler.. heheh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s