Noda asmara pelajar ponteng

KULIM: Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk berasmara dengan teman lelakinya di rumah keluarganya di Taman Angsana di sini, kelmarin.
Difahamkan, pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini, mengajak teman lelakinya berusia 21 tahun ke rumah ketika ibu bapanya bekerja.
Bagaimanapun, keseronokan pasangan itu terbantut apabila kedua-duanya dicekup dalam keadaan bogel di atas katil dalam bilik pelajar itu oleh sekumpulan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) kira-kira jam 12 tengah hari.
Penolong Pegawai Agama PADK, Azmi Abdul Rejab, berkata pihaknya bertindak atas aduan bapa saudara pelajar terbabit selepas mendapat maklumat daripada jiran mengenai kegiatan maksiat di situ.
“Kami bersama bapa saudara pelajar itu ke rumah berkenaan sebelum mendapati pintu tutup dan jeriji dikunci.
“Bapa saudaranya mempunyai kunci pintu jeriji itu dan sebaik memasuki rumah kami terkejut mendapati remaja berkenaan berbogel bersama teman lelakinya di atas katil,” katanya.
Sementara itu, dalam serbuan berasingan di Taman Serai Setia, Padang Serai, dua remaja berusia 15 dan 16 tahun dicekup ketika berdua-duaan di rumah remaja lelaki berusia 16 tahun itu.
Azmi berkata, dalam serbuan kira-kira jam 4 petang itu, kedua-duanya ditahan ketika duduk di sofa rumah berkenaan.
“Soal siasat mendapati remaja perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah di Butterworth, Pulau Pinang itu tidak pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan sebaliknya mengikut teman lelaki pulang ke rumahnya di Padang Serai.
“Remaja lelaki itu mengambil kesempatan mengajak teman wanitanya ke rumah ketika kakaknya keluar bekerja,” katanya.

12 thoughts on “Noda asmara pelajar ponteng

  1. agaknya, pasal ni jugalah senator sharizat amat concern..

    lalu ada kendengaran desakan daripada pertubuhan NGO terutama yg berlandasan kewanitaan agar Pendidikan Sex segera diajar di bangku sekolah..hmmm?!

  2. poning kepalo den nie haaa…
    daddy…
    riz rindu betul bila tgk gambar rumah daddy tuh
    tergambar di depan mata riz nostalgia semasa riz bertandang ke rumah daddy dengan anak2 daddy
    memang memori yang cukup manis…………….

  3. maza, pendidikan seks telah diterapkan di dlm subjek2 lain spt PJK, Sains, Pendidikan Islam, Biologi dsb. X perlu ada subjek khusus utk seks. jadual waktu dah padat. Budak2 ni mudah terpengaruh dgn media spt hp, internet dsb. Sebab tu lah mereka curious n terus nak praktik. Wallahualam.

  4. kecil tapak tangan, Stadium Mohammed IV daddy tadahkan. Datang le bila Riz free. Jgn lupa bawa hadiah yg best2 tau?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s