Guru disiplin terima 7 jahitan, cedera hidung sebab tegur pelajar bising

GAMBAR HIASAN SEMATA-MATA

KULIM – Geram dengan teguran guru disiplin, sekumpulan 30 pelajar sebuah sekolah menengah di sini licik mengatur strategi ‘serangan balas’ menyebabkan guru terbabit cedera di hidung dan menerima tujuh jahitan di dahi terkena meja yang dibaling salah seorang kumpulan pelajar terbabit.
Kejadian jam 1.00 tengah hari kelmarin berlaku selepas guru yang enggan namanya disiarkan mendakwa sedang mengelolakan mesyuarat Persatuan dan Kelab di dewan sekolah diganggu sekumpulan pelajar yang membuat bising.
Terganggu dengan tindakan itu, guru terbabit memberi teguran namun tidak diendahkan sebaliknya kumpulan pelajar terbabit mencabar guru terbabit mengambil tindakan.
“Dalam kejadian itu saya anggarkan 20 hingga 30 pelajar terlibat. Saya mengejar kumpulan pelajar tersebut bertujuan untuk tidak terus mengganggu mesyuarat yang sedang saya jalankan.
“Tanpa disedari tindakan pelajar terlibat merupakan satu rancangan yang telah dirancang. Apabila sampai di tangga, salah seorang pelajar telah bersedia menunggu di belakang dinding membaling meja ke arah saya. Saya tidak dapat mengelak dan mengenai dahi dan muka saya,” katanya, kepada Sinar Harian semalam.
Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kulim, sebelum dibenarkan pulang pada hari sama.
“Saya mengesyaki seorang pelajar tingkatan tiga membaling meja ke arah saya dan kejadian yang berlaku kepada saya bukan kali pertama, saya difahamkan ada kes guru diludah pelajar dan menjadi mangsa maki hamun, selain kenderaan guru turut dirosakkan termasuk seperti tayar dipancitkan dan badan kereta dicalar dengan kata-kata kesat.
“Saya sudah membuat laporan polis dan tindakan itu adalah untuk melindungi guru lain juga,” katanya
Guru terbabit yang kecewa dengan kejadian tersebut mahu pelajar terbabit dikenakan tindakan tegas termasuk buang sekolah bagi menjaga keselamatan guru yang mengajar di sekolah ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata dan jika sabit kesalahan boleh di penjara tidak kurang dari tujuh tahun.
Sementara itu, Pegawai Pelajaran Daerah Kulim, Abu Bakar Md Ali, enggan memberi sebarang kenyataan ketika ditanya mengenai kejadian itu.

20 thoughts on “Guru disiplin terima 7 jahitan, cedera hidung sebab tegur pelajar bising

  1. akak biru…saya rasa ni berpunca dari makanan yg masuk ke dlm mulut anak2 kita. kalau rezeki halal, Insya Allah anak2 akan berbudi pekerti. biasanya yg jahant ni dtg dari keluarga yg bermasalah.

  2. sekolah mana tu ek…ganasnya student…oppss..bkn ganas..”jahat'…kalau takat pancitkan tayar keta,calar keta,depa dah tak buat dah…tu dulu2…sekarang…guru sendiri yg kena…tak kira laki ka pompuan…
    huhhh..mcm mana la nak berkat,ilmu yg diajar jika begitu perangai budak2 la ni…

  3. Salam,

    Bagaimana keadaan ini boleh berlaku dimasa sekarang? Zaman dulu2 kita tak pernah dengar cerita2 seperti ini. Dimana silapnya? Sama2lah kita fikir2kan…

  4. zaman saya sekolah dulu, amat takut dgn guru disiplin..skrg pulak guru displin kena belasah dgn pelajar..apa dah jadi dh budak2 zaman skrg..

  5. Dunia pendidikan di Malaysia
    semakin haru biru………
    Konsep Tarbiyyah Ittaqillah perlu di garap dan di serap seawal perkembangan kanak – kanak ketika infant dan toddler supaya mereka memahami dan menuntuti bahawa hidupnya bukan lah mainan semata mata……..

  6. DZ,
    Itulah antara cabaran-cabaran dan pengorbanan yang perlu dihadapi oleh guru…Semoga semua guru sentiasa bijaksana bertindak menghadapi setiap cabaran…InsyaAllah, setiap niat yang ikhlas akan mendapat ganjaran

  7. salam daddy cool, lalala..
    gambo hiasan tu yg tak menahan, muahahah..

    inilah hakikat budak zaman sekarang
    terlebih bijak, tak tahu nak letak bijak ditempat mana
    mmg hari2 dapat tengok lagak budak2 zaman ni memualkan
    tak boleh ditegur langsung, kita yg akan jadi mangsa
    entahlah…mana silapnya?
    mungkin makanan yg sebabkan hati hitam
    makanan yg meragukan
    samada isi kandungan makanan tu halal ke haram atau duit yg mak ayah beli makanan tu pun tak tahu punca halal haram..

    wallhaualam..
    ops.. membebel lak koi, hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s