Perut idaman kaum bapa

Sudah menjadi lumrah, kebanyakan kita, kaum lelaki akan mendapati perut kita bertambah buncit selepas mendirikan rumah tangga. Antara faktor fenomena ini ialah isteri-isteri kita pandai memasak makanan yang lazat. Kesannya, perut kita semakin maju ke depan seiring dengan pertambahan usia. Pertanyaan daddy sekarang, adakah perut anda mirip salah satu bentuk yang dimiliki oleh model-model di bawah ini? Daddy harus mengakui yang perut Daddy pun memboroi seperti bentuk ‘buncit’. Bukannya daddy tak nak meratakan perut tapi belum ada kesempatan kerana kesibukan dengan tugas dan tuntutan kerja.

Tetapi Daddy mengidam benar untuk mendapatkan bentuk perut seperti model di bawah ini. Rasanya semasa belajar di UM sekitar awal ke pertengahan 90an dulu, perut daddy sebijik macam dia. Ini hasilnya kerana Daddy mengamalkan triathlon pada waktu petang. Dari kolej kediaman 7 daddy akan berbasikal ke padang bola. Lepas tu daddy akan jogging 3 pusingan padang sebelum menghabiskan sesi pada petang itu di kolam renang UM dengan membuat beberapa ‘laps’. Tapi itu sudah menjadi sejarah kerana di Kelantan ni tak ada kolam renang. Tapi sebenarnya ini tidak sepatutnya dijadikan alasan.
Baiklah, untuk kawan-kawan di luar sana, teruskan usaha gigih kalian untuk mengempiskan perut itu. Yakin Boleh! Rakan Muda.
P.S. Maklumat lanjut sesi pengempisan perut boleh dilayari di http://www.menskincentre.com.my.

17 thoughts on “Perut idaman kaum bapa

  1. maza masih maintain.. hehhee

    semalam ada bercerita dgn darling..
    dia cakap, dia lebih rela dapat perut suami yg mengelember.. dan sememangnya sahaja dia membuncitkan perut suaminya…katanya utk security masa depan dia gak.. huhuhu

    entah apa secure nyer maza kurang periksa lah pulak!
    hehehhe

  2. my hubby is complaining abt his cute tummy too. hehe. that's why most of the fathers here have started playing football at least once a week. And sometimes my hubby goes out for a jog.

  3. isteri ingat bila dia berjaya memboroikan perut maza maka pompuan lain x minat kat maza kot? tapi harus ingat..ada wanita muda skrg yg mengidamkan lelaki botak, boroi dan pendek. Asalkan poket tebal dgn duit. Silap perhitungan tu….

  4. it's a good move for him. I know that most wives do not grumble with the bad physical appearance of their hubbies. Whether they are potbellied, bald and toothless, the wives still love them very much as long as the hubbies can provide for them. Unlike the hubbies, once they find their wives are unattractive, they start to look for the replacement wives! Am i correct?

  5. mantan… saiz 32 tu kira OK apa? sesuai dgn usia mantan yg dah matang. saiz 32 tu masa sy mula2 ngajar thn 97 dulu. now dah jadi 36. huhuhuhu

  6. alah DA, masa sek dulu jgn cakap lah.. semua org tubuh slim… kalau dpt mengekalkan bentuk tu sudah dikira menakjubkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s