Kejantanan terkulai

Lebih menyeksakan apabila lelaki berkenaan akhirnya menderita apabila racun kimia berbahaya daripada pil perangsang ditelannya turut mengakibatkan saluran darah pada kemaluannya membengkak selain menyebabkan zakarnya menjadi bengkok.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tapa, 40, berkata dia mula mengambil pil perangsang seks sejak zaman remaja sekitar lewat 90-an selepas terjebak dengan seks bebas dengan beberapa teman wanita.
Ketika itu, dia mendakwa mempunyai ramai teman wanita yang dikenalinya ketika bekerja di sebuah kilang elektronik di Sungai Way, dekat sini.
“Mungkin kerana kerap melakukan hubungan seks haram ketika itu saya memberanikan diri mencuba pelbagai kaedah tradisional seperti gambir Sarawak, minyak lintah, rebusan cula buaya dan pelbagai pil jamu perangsang nafsu,” katanya, ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam.
Dia yang kini bekerja sebagai penjual kasut di pasar malam di sekitar ibu kota mendakwa, pelbagai kaedah sampingan turut dicuba antaranya melakukan urutan batin oleh bomoh pada alat kemaluannya bagi memastikan ia mampu memberi daya juang tinggi di ranjang.
“Saya ketika itu betul-betul ketagih seks, malah adakalanya sanggup melakukan onani dalam tandas lebih tiga kali sehari untuk memenuhi kepuasan batin,” katanya.
Menurutnya, atas desakan keluarga, dia akhirnya mengambil keputusan berumah tangga dengan gadis pilihan orang tuanya yang juga sepupunya pada 2006.
“Walaupun usia saya ketika itu menjangkau 35 tahun, saya akur dengan permintaan keluarga demi menjaga hati ibu yang sudah uzur. Bagaimanapun isteri tidak dapat menghidu tabiat gila saya kerana saya banyak mendiamkan diri ketika awal perkahwinan.
“Namun selepas beberapa bulan berkahwin, nafsu saya kembali tidak terkawal dan dia menjadi tempat saya melepaskan keinginan tidak kira siang atau malam. Walaupun ada yang tidak percaya, namun saya mampu mencapai eraksi sehingga lima kali sehari,” katanya.
Menurutnya, bagi memenuhi tuntutan selera luar biasanya itu, dia gemar membeli pil perangsang seks termasuk Viagra tiruan daripada penjual produk seks kaki lima terutama di sekitar Chow Kit, di sini.
“Kebanyakan pil perangsang seks terbabit mampu membuatkan kelakian saya menjadi ‘kuat’ bagi tempoh antara dua hingga empat hari tanpa menunjukkan tanda-tanda layu.
“Akibatnya saya menjadikan isteri sebagai bahan eksperimen untuk menguji pil perangsang seks berkenaan. Walaupun dia kerap kali menolak akibat tertekan, namun saya sering gagal mengawal perasaan,” katanya.
Akibatnya, mereka kerap bergaduh dan pernah beberapa kali dia berkasar dan menggunakan kekerasan untuk memaksa isterinya melakukan hubungan seks.
“Saya tahu tindakan saya melampau dan tidak wajar sebagai suami, namun pil perangsang seks yang dimakan berulang-ulang kali itu tidak ubah seperti candu dadah yang menyebabkan saya ketagihan melakukan seks.
“Malah jika nafsu saya tidak dilayan, saya sanggup pergi ke rumah pelacuran atau melanggan pondan,” katanya Tapa berkata, rumah tangganya yang retak menanti belah akhirnya gagal diselamatkan apabila isterinya bertindak melarikan diri pada awal Januari lalu.
“Saya pernah memujuknya untuk kembali namun, `S’ hanya meminta dia diceraikan segera atas alasan tidak berupaya untuk memenuhi keinginan melampau saya,” katanya.
Pada masa sama, dia turut menunjukkan contoh beberapa produk rangsangan seks haram yang didakwa berbahaya dan memberi kesan jangka panjang kepada kesihatannya.
“Mungkin kerana terlalu kerap mengambil pil perangsang seks haram, saya kerap berasa kebas, berdenyut dan sakit pada alat kemaluan hingga tidak dapat tidur dan membuang air kecil.
“Urat pada kemaluan mula menonjol keluar dan kemaluan saya menjadi bengkok dipercayai akibat tekanan darah berlebihan. Lebih memeritkan apabila ubat rangsangan seks itu sudah tidak lagi berkesan sebaliknya menyebabkan saya kini menderita mati pucuk,” katanya kesal dengan perbuatannya pada masa lalu.
Menurutnya, dia kini menyesal dengan apa yang dilakukan dan sudah meninggalkan tabiat memakan pil perangsang seks haram terbabit sejak sebulan lalu atas nasihat doktor dan keluarga.

20 thoughts on “Kejantanan terkulai

  1. kebanyakan wanita memandang sinis bab ini..
    ada pula mencemuh kerana kebanyakan lelaki tak mampu bertahan lama..

    tapi bila dah jadi mcm kes di atas.. alahai.. “Tak tahan bang! Hari-harimau…” hehehhe

    apa2 hal pun, bersederhanalah.. yg sihat jgn jadi penyakit.. yg sakit berubatlah.. huhuhuhuhu

  2. setuju benar2 dgn maza ni. dlm seks ni kenalah bertolak ansur. kualiti lebih penting drp kuantiti. x guna kalau 1 pihak je yg puas. make it fun n everlasting, dude!

  3. mendera diri sendiri lah tu. mmg x dijual di kedai pun, mantan. semlm tengok program oprah winfrey show di hallmark channel. ex-wife John Wayne Bobbit muncul menceritakan saat2 dia memancung kemaluan bekas suaminya. tapi yg buat daddy kagum tu, si Bobbit ni siap pulih drp kecederaan dan mampu berlakon dlm filem porno plak! malah lebih gagah drp dulu!

  4. pecah rahsia YB! Mmg la mula2 kahwin tu hari2 mau… tapi bila anak2 dah berderet ni line susah nak clear. yg ni tidur yg lain bangun. x bagi chance langsung! Tp daddy faham YB, kalau balik kerja lewat malam, masihkah ada tenaga untuk beraksi?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s