Ilmu memagar diri dan rumah (Ilmu yang baik untuk dikongsi bersama)

Di sini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman sihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para anbiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekhusyukan.
Waktu:
Selepas solat Maghrib, seelok-eloknya pada hari Selasa bagi memagar diri dan hari Jumaat bagi memagar rumah.
Caranya:
1. Duduk bertimpuh seperti tahiyyat awal dan mengadap ke kiblat.
2. Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala.(Jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).
3. Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat Kursi dengan betul, seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat Kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa di hadapan kita ada satu tembok yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat Kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.
4. Ulangi perbuatan (3) tetapi untuk kali kedua, bayangkan pula bahawa tembok itu berada di belakang pula. Seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.
5. Untuk permulaan, amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yang afdalnya, amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, Janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselamatan kita semua. Jadikannya amalan dan yang lainnya berserah saja kepada Allah Yang Maha Esa. Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman pencuri, dan semasa membaca ayat Kursi, bayangkan pula tembok itu berada di hadapan rumah kita dan diikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yang lepas, orang yang mengamalkan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yang memasuki rumahnya tidak berjumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak boleh sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yang telah diambil serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.
Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini boleh dilakukan untuk anak-anak yang masih kecil, cuma semasa kita melakukan niatkan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan (dengan keizinan Allah).
Pengalaman saya sendiri pernah terjadi beberapa tahun yang lepas ketika berhenti makan di sebuah pekan di kawasan tengah Selangor, semangkuk mee bandung yang saya pesan tiba-tiba meletup di atas meja sebelum sempat dijamah. Saya tak tahu kenapa tetapi selepas itu dari teman-teman mengatakan tempat itu memang kawasan hitam orang melepaskan santau…Wallahualam. Hanya Allah jua yang mengetahui.

10 thoughts on “Ilmu memagar diri dan rumah (Ilmu yang baik untuk dikongsi bersama)

  1. salam Cikgu Zuki. lamo tok singgoh sini. bolehla diamalkan tips memagar tu. Maso sy kijo di USM, Nibong Tebal ramai royak kwsn PArit BUntar pun banyok amalan santau ni.

  2. setuju benar2 tu. skrg penagih2 dadah pi curi getah sekerap di kebun2 getah. kita letih2 pi toreh mrka senang2 je curi… patut pasang CCTV di kebun getah skrg.

  3. maza, bertepuk sebelah tangan x akan berbunyi wei.. maybe maza pun ada menaruh hati kpd janda tu. kalau janda x ada anak saya pun nak… x perlu buat pagar maza oiii! Buat overhead bridge je terus sampai ke umah dia. hehehehhe…setuju tak?

  4. kat sek kdg2 budak2 tersasul panggil daddy 'ustaz' dan bukannya 'sir'. abih camner? dah muka daddy ni innocent sgt. org susah nak percaya kalau daddy buat jahat. hehehehhe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s