Gigitan cinta ustazah khalwat

JOHOR BAHRU: Aksi dramatis ditonjolkan seorang guru agama wanita ketika cuba memperdayakan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang melakukan pemeriksaan di rumahnya gagal menyembunyikan aib sendiri apabila kesan gigitan cinta di lehernya menimbulkan curiga.
Biarpun beria-ia mendakwa tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak lima bulan lalu, temberang wanita berusia 27 tidak mampu bertahan lama.
Malah, penemuan dua kondom yang dipercayai baru digunakan dalam rumah berkenaan mengukuhkan lagi rasa curiga pihak berkuasa bahawa terdapatnya orang kedua dalam premis berkenaan.
Wanita yang mulanya berlagak bersahaja itu mula berubah riak wajahnya, menjadi semakin pucat apabila diasak dengan pelbagai soalan berhubung kesan merah di lehernya.
Dia mula mereka pelbagai cerita dengan mengatakan kesan berkenaan akibat digaru kerana gatal manakala kondom yang ditemui adalah milik rakannya yang dikutip sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
Menurut sumber, selepas 20 minit berdolak-dalik, rahsia guru itu terbongkar dengan penemuan teman lelakinya bersembunyi di loteng.
“Berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa perlakuan tidak senonoh guru agama itu dengan pasangannya, satu serbuan dijalankan di rumah teres, Taman Rinting, Masai jam 1 pagi.
“Hasilnya, kami menahan pasangan terbabit yang dipercayai berkhalwat dan tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau muhrim,” katanya.
Menurutnya, berlaku kekecohan apabila teman lelaki guru terbabit mendakwa kononnya sukar untuk turun dari loteng berikutan siling yang tinggi.

42 thoughts on “Gigitan cinta ustazah khalwat

  1. salam,

    ade bace gak tadi kes macam nih hari2 ade tapi yang nih wat malu je kerana melibatkan guru agama yg mengajar hukum hakam agama tapi berbuat dosa… kalo benar moga dia bertaubat dan diampuni dosanye wallahualam

  2. memalukan profesion keguruan jer kan..hr tu kes cikgu lelaki pondan kena tangkap masa v-day, then sblm tu masuk ratu cantik pondan..huhu memacam skrg ni.. yg ni paling teruk…guru agama sendiri,…

  3. DZ,
    Pabggilan Ustazah itu tempelan saja, sebagai pengenalan “lkuaran”. “Dalaman”nya sapa yg tahu (sekarang baru tau).

    Actor & actress mana yg recap insiden tu? Selimut ye?

  4. Berdoalah agar kita dilindungi oleh Allah dan tidak terjerumus ke lembah hina yg boleh memalukan profession keguruan.

  5. salam kak hazel,

    tq sbb sudi dtg ke blog daddy yg suam2 kuku ni. saja taruh citer2 hot utk tarik traffic. kalau 'story' citer ttg hal sendiri mungkin kwn2 rasa jelak plak.

  6. actor n actress tu buat lakonan semula. daddy cari dlm google je. ntah pic saper… daddy upload je dgn entry semalam. nakal tu daddy ni. jgn kena saman dah le.

  7. macam2 ragam manusia skarg.. tapi mereka juga manusia yg tak lepas dari melakukan perbuatan dosa.. semoga dia menerima hidayah tuk kembali ke pangkal jalan.. amin.

  8. yup..itulah, takut gak, kita dok pakat gelak kat orang, kita sendiiri, adik beradik, anak2 nnti..huhu..mudah2an Allah melindungi aku dan seluruh ahli keluargaku..Aminnn

  9. Harap2 gitulah. Semoga ustazah tu berubah. BTW, u ni pelajar medic ke? x lama lagi kalau sakit saya sakit boleh la gi jumpa awak. TQ.

  10. bukan u x pandai mengajar tp budak2 tu x nak terima ajaran u. ataupun topik2 add maths ni 'tak tercapai akalmu' spt tajuk lagu elyana… tul tak? maybe mrka x layak dok di kelas sains tp masuk utk memeriahkan majlis aje.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s