Warga emas maut dibelasah

JELI 21 Feb. – Seorang warga emas meninggal dunia kira-kira empat jam selepas dibelasah oleh penduduk kampung yang berang dengan tindakannya membawa seorang gadis ke kawasan perkelahan Lata Renyok dekat sini malam tadi.
Yusoff Che Mahmud, peniaga yang berusia 63 tahun sebelum itu dikatakan telah membawa seorang pelajar perempuan tingkatan empat membeli-belah di bandar Tanah Merah pada sebelah petang.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Supritendan Mohd. Hanifah Abd. Malik berkata, tindakan lelaki itu bagaimanapun dilihat oleh salah seorang rakan pelajar terbabit yang kemudian memaklumkannya kepada penduduk kampung.
Menurutnya, selepas dimaklumkan mengenai perkara itu, beberapa penduduk kampung telah mengekori pergerakan mangsa dan gadis itu sehingga ke tempat perkelahan Lata Renyok di Jalan Kuala Balah kira-kira pukul 9 malam.
“Mangsa yang menyedari diekori sekumpulan lelaki menggunakan beberapa buah kenderaan, cuba berpatah balik namun van yang dinaikinya telah dihalang.
“Dia kemudian ditarik keluar sebelum dibelasah kumpulan tersebut. Selepas mengalami kecederaan teruk, lelaki itu dihantar pulang ke rumah isterinya di Kampung Lakota.
“Mangsa kemudian dibawa ke hospital Jeli namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 pagi akibat kecederaan teruk yang dialaminya,” katanya.
Menurut Mohd. Hanifah, berikutan kejadian itu, polis menahan seramai 15 individu yang disyaki terlibat dalam kejadian itu bagi membantu siasatan.
Sementara itu, seorang penduduk kampung yang enggan dikenali memberitahu, mangsa merupakan seorang pesara tentera yang berasal dari Kampung Lubok Bongor di sini dan kini menetap di Kampung Lakota.

16 thoughts on “Warga emas maut dibelasah

  1. Skrg musim lelaki tua kawen gadis muda. Tapi nampaknya ramai yg tak suka sehingga jadi kes mcm ni.

    Inilah akibat mengambil undang2 di tangan sendiri. Mangsa sampai mati mcm tu, siapa yg susah. Sendiri jugak susah…..

  2. Masya Allah………….

    Macam tak percaya jer……..
    Betul ker Daddy???

    Kenapa lah orang kampung tidak memberi peluang kepada arwah itu untuk membela diri………
    Bukan kah Islam itu sangat menjaga hak setiap manusia….???

  3. huhuhu…

    bekas tentera, aduhaiiiii… dulu kuat sekarang tak lagi…

    gemar pucuk muda kot ya pun, jangan sampai menjadi fitnah diri!
    nanti sesal tak sudah!.. huhuu

  4. x salah kalau lelaki tua kahwin gadis remaja asalkan pakcik tu power! betul tu YB, negara kita ada undang2 tp ada sebilangan kecil manusia yg buat undang2 sesuka mereka je…

  5. betul la riz..peristiwa berdarah ni berlaku x sampai 80km dari umah daddy. org2 kg tu dah masuk hantu kot? mcm negeri koboi plak.

  6. tp pakcik tu ada bini la…. lepas kena belasah, org kg jumpa dia dan bawa ke rumahnya. Isteri dia pun ada di situ. Mungkin gadis tu cucu dia kot?

  7. siapa x suka pucuk muda maza oiii! dulu masa kecik2, kambing saya sanggup panjat pokok untuk memakan pucuk2 kayu yg muda. apa kelas makan daun tua yg dah keras tuuu… hehehheeh

  8. la..tu pic putri shahanaz yg dpt hantaran RM1 juta n kereta pun harga yg sama, x termasuk lain2 kelengkapan. sudahnya mereka bercerai x sampai 2 thn berkahwin. janda anak satu gitu. kaya lagi. i nak la..

  9. Arwah tu bawa anak siapa ye? Berita ni menimbulkan pelbagai persoalan dan bermacam tanggapan yang boleh kita buat kan? Hmmm… seeloknya kita beri pada pihak yang berwajib untuk menjalankan tindakan undang-undang.

  10. sebenarnya arwah 'menackle' gadis ni. then ajak gi jln2 n shopping di bandar. pas tu balik tp hari dah gelap jd teringin plak nak buat projek 50SX. Mereka menuju ke hutan lipur. Ingat org x nampak tp dah ajal dia malam tu…

  11. bukan masuk hantu sir…tp org kg dah xboleh nk kawal kemarahan dorg. Dari cerita yg sy dgr, pakcik tu mmg berperangai tak senonoh.

  12. i agree. tapi jgn le sampai mati atok tu dikerjakan. bagi koma dah ler. apa2 pun budak form 4 tu pun gelenyar gak. kalau kena perkosa oleh datok tu pun kira patut la.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s