Ustaz raba lapan murid

TANGKAK: Dia pandai agama hingga dilantik menjadi guru mengajar al-Quran, malah turut diamanahkan sebagai imam.
Malangnya, di sebalik sifat warak itu, ustaz berkenaan rupa-rupanya syaitan bertopengkan manusia apabila disyaki mencabul lapan murid kelas agama di sebuah sekolah dekat Taman Lagenda di sini.
Lelaki berusia 30-an itu mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dan kelas membaca al-Quran di sebuah sekolah rendah berhampiran taman berkenaan dan mangsa kerakusan nafsu syahwatnya adalah kanak-kanak berusia 10 tahun iaitu murid tahun empat di sekolah rendah berkenaan.
Tembelang ustaz syaitan yang dikatakan meraba buah dada dan kemaluan anak murid ketika mengajar al-Quran itu akhirnya pecah apabila seorang bapa mengesyaki sesuatu tidak baik berlaku terhadap anak perempuannya yang lewat pulang dari sekolah, kelmarin.
Bapa seorang daripada lapan mangsa, berkata apabila ditanya mengenai kelewatan murid itu pulang ke rumah, anaknya hanya menjadikan alasan terpaksa berjumpa dengan guru kaunseling kerana didenda akibat tidak menghantar kerja sekolah.
“Selepas didesak beberapa kali, barulah dia menceritakan hal sebenar. Terkejut saya apabila dimaklumkan dia antara lapan rakannya yang sering diraba ustaz ketika belajar mengaji di sekolah.
“Saya marah kerana ustaz sepatutnya mendidik ilmu agama tergamak menjadikan anak didiknya alat untuk melampiaskan nafsunya,” kata bapa berusia 41 tahun itu ketika mendapatkan pemeriksaan anaknya di Hospital Tangkak di sini, semalam.
Bapa berkenaan melahirkan kekesalannya terhadap pendidik yang disifatkan sebagai sukar dipercayai tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu sedangkan pada masa sama mengajar anaknya membaca al-Quran.
Difahamkan, ustaz itu sudah mengajar lebih dua tahun di sekolah itu dan bapa berkenaan bimbang lebih ramai murid yang menjadi mangsa lelaki itu sebelum ini.
“Menurut cerita anak saya, ustaz itu akan mengusap badan anak saya setiap kali duduk bersebelahan, malah ada di antara murid yang diramas buah dada dan disentuh kemaluannya setiap kali kelas itu berlangsung pada setiap Isnin,” katanya.
Ibu seorang lagi mangsa, berkata dia mula menyedari perubahan sikap anak bongsunya itu sejak minggu lalu lagi apabila dia sering tidak mahu pergi ke sekolah dengan menjadikan alasan sakit perut dan demam.
Tetapi apabila mangsa dibawa ke klinik, doktor mengesahkan anaknya itu tidak sakit seperti didakwanya.
“Apabila sebut saja pasal sekolah dia terus menangis seakan-akan terdapat sesuatu perkara yang ditakutkannya.
“Selepas didesak beberapa kali akhirnya dia mengaku menjadi mangsa raba ustaz itu sejak awal sesi persekolahan tahun ini,” katanya.
Wanita itu turut kesal tindakan pihak sekolah yang enggan memberi kerjasama, malah menangguhkan pertemuan ibu bapa bersama lelaki terbabit.
Sehubungan itu, dia bersama tujuh lagi ibu bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Sagil supaya tindakan segera boleh diambil. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, mengesahkan pihaknya ada menerima laporan dan kes terbabit masih lagi dalam siasatan.

24 thoughts on “Ustaz raba lapan murid

  1. Sekarang nie…..macam – macam pekara berlaku……….
    yang baik membuat onar……….
    sukar nak mempercayai setiap orang yang menzahirkan kebaikan namun di sebaliknya membuat kejahatan…..
    apa yang penting daddy………
    setiap kejahatan yang di buat adalah atas sifat kelemahan manusia..
    Riz pun tak mahu komen lebih2 nanti ibarat kata dulang paku tersepih kata orang awak yang lebih………….
    hehehehe………

  2. sekarang kejahatan yg dilakukan oleh seseorg dah tak pandang dari ciri luaran dah. walaupun muka nampak baik, latar belakang yg baik, belum tentu dia menjadi hamba Allah swt yang baik..

  3. salam,

    kalo benarla perbuatan ustaz tu camtu elok buang je title ustaz tu pakai title pencabul…sbb ustaz tu sama ngan cekgu tugas mulia

  4. Guru mengaji pun tak terlepas godaan syaitan…

    tapi janganlah sampai melaporkan sampai buruk benar guru mengaji tersebut.. takut2 cerita yg terlalu beremosi itu boleh mejahanamkan profesyen tersebut.

    hanya segelintir guru agama yg tersaruk dek syaitan, dan janganlah memberikan gambaran guru agama sekarang langsung tak blh dipercayai!

  5. sebab itulah adanya godaan syaitan..

    bukan semua manusia mampu mengatasinya, termasuklah kita..

    org berilmu lebih tinggi dugaannya daripada org tidak berilmu..
    kena ingat, setiap org ada dugaannya tersendiri..

    tidak kira berwajah baik, atau berwajah hantu!

    dan perkara seperti ini jgnlah menjadi petunjuk yg jahat juga..
    mereka yg berwajah baik, berperwatakan baik, insyallah orang dan akhlak juga baik..

    sbb bentuk dalaman mempengaruhi luaran!

    Jangan lupa pesan Nabi dan Tuhan agar jaga sikap kita, agar sentiasa Khusnul Zhan. iaitu bersangka baik!

    Kalau ada yg terlepas itu, yg buruk itu adalah kesilapan kita….

  6. qis, selagi sesorang tu bernama manusia dia x dpt lari dari dugaan hawa nafsu yg amat mencabar. pandai2 le mengatasinya. semoga kita semua dilindungi oleh Allah.

  7. baiklah abg maza…yg buruk kita jadikan teladan, yg buruk kita jadikan sempadan Malaysia-Thailand. Saya akui x semua ustaz n guru berkelakuan liar sedemikian. Ini cuma kes2 terpencil yg sy paparkan agar kita mendapat pengajaran n berjaga2 pd masa depan. Wallahualam. Hmmm…budak2 panggil saya 'ustaz' biar pun saya ni sebenarnya 'sir'. hehhehhe

  8. terduduk pakcik mendengar tazkirah Tuan Guru Maza pada malam Jumaat ini. Pakcik terima aje apa yg dicadangkan oleh tuan guru maza (TGM). Agak2nya maza dulu ambik Usuluddin kot di UM? Pakcik ambik TESL je, grad in 1997. How about Maza?

  9. wkakakka….

    jangan lah mcm tu bang zuki.. hehehhe
    tak der nyer Tuan Guru.. hanya insan kerdil!

    masa belajar dolu2, lebih sibuk projek 'kemasyarakatan' dari belajar.. wakakkaak
    tu pasal skrg ni kerja merapu jer..

    TESL… wow! Respect lorr.. tabikkk teacher! Sir.
    hehehehhe

  10. kerja kemasyarakatan mematangkan siswa2 UM. Saya dulu pun aktif berprojek semasa di Kolej Za'ba. Siap jadi Pengarah lagi. Tapi 2 thn je dok sana. Masuk 3rd yr I dok di AU3 dgn akak. hasilnya result sy di 3rd n final yrs gempak bangat. dpt fokus kat pelajaran bila dok luar. Maza pun dpt kerja yg OK utk sara keluarga kan? Syukur kpd Allah atas rahmatNya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s