Belasungkawa untuk datuk saudaraku…..

Sampai ke rumah tepat jam 6.30 petang pada petang Selasa, 9 Februari 2010, aku menerima panggilan telefon dari abangku di kampong yang memaklumkan satu-satunya datuk saudaraku telah kembali ke rahmatullah kerana sakit tua. Allahyarham Haji Lutfi Sulaiman merupakan adik kepada nenek sebelah ibu. Pada hayatnya arwah bekerja sebagai guru sekolah rendah di Machang, Kelantan dan bersara sekitar awal tahun 1990an. Pada zaman lapangnya, arwah menjadi pak andam. Tetapi apabila pencen dari kerjayanya sebagai guru, maka dia hanya Cuma meminjamkan peralatan perkahwinan seperti pelamin dan bekas hantaran kepada orang-orang kampong.
Arwah pernah berkahwin pada zaman mudanya tetapi sudah berpisah dan tidak dikurniakan sebarang cahayamata. Jadi dia menumpahkan kasih sayangnya kepada anak-anak dan cucu-cucu saudara. Pernah juga dia mengambil anak angkat untuk menemaninya di rumah kerana dia tinggal berseorangan.
Seingat aku pada zaman kanak-kanak dan remaja, arwah selalu membuat majlis mengacau bubur asyura dan acara ini disertai oleh semua penduduk kampong. Selain daripada itu dia juga kerap mengadakan majlis berbuka puasa, kenduri kesyukuran dan doa selamat.
Tapi saya cukup terkilan kerana tidak dapat melawat arwah semasa dia sedang sakit kerana faktor kesibukan tugas dan menguruskan anak-anak yang masih kecil. Seingat aku ingin menziarahinya semasa cuti Tahun Baru Cina selama seminggu ini tetapi Allah telah menjemputnya lebih awal. Kepada Allahyarham Tok Su Tepi, aku akan menyedekahkan Al-Fatihah dan Surah Yassin buatmu. Semoga roh Tok Su ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Amin…..

24 thoughts on “Belasungkawa untuk datuk saudaraku…..

  1. Asalamualaikum daddy…………..
    Saya bersimpati di atas kepulangan datuk saudara daddy…………
    hakikat kita hidup adalah kita akan mati……………..
    Semoga Allah mengampuni segala nya……….
    Semoga Allah memberkati dan merahmati…..

  2. Ass-Salam Daddy Zuki
    Harap tidak lagi terkilan sekiranya tidak sampai hajat…kerna segalanya terjadi di atas ketentuan Allah…
    InsyaAllah doa adik tetap sampai buat arwah …
    Mendoakan agar Roh arwah datuk saudara adik Daddy Zuki di Cucuri Rahmat dan ditempat bersama rohnya orang2 yang solleh lagi beriman.

  3. salam riz,

    Kita akan mengingati kematian apabila ada org mati. Tapi itu sekejap aje. Seharusnya sebelum tidur kita kena muhasabah diri ttg apa yg telah kita buat pada siangnya.

  4. TQ Kak Hazel…. saya setuju tu. Kita hanya mampu merancang. Jadi buat masa sekarang sy cuma menyedekahkan ayat2 suci Al-Quran kpd arwah. Jadi skrg tiada lagi datuk2 n nenek saudara sy yg masih hidup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s