Ustaz berkhalwat dan menonton video XXX dengan pelajar perempuan?

Akibat tidak tahan godaan syaitan, seorang ustaz didakwa tergamak menggoda seorang gadis bawah umur dengan tayangan video lucah melalui komputer riba miliknya.
Rangsangan video lucah terbabit menyebabkan ‘kekasihnya’ itu berahi sebelum mereka meneruskan adegan ‘panas’ dalam sebuah kereta di tempat sunyi.

Namun, adegan asmara itu hanya mampu bertahan beberapa minit apabila pasangan terbabit dicekup sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS).

Pasangan itu dicekup berkhalwat dalam sebuah kereta Kancil di Lebuhraya Kota Bharu-Pasir Mas, Tendong, dekat sini, petang kelmarin, Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, ustaz berusia lingkungan 30-an serta tidak diketahui status perkahwinan itu dikatakan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran beberapa kereta di belakang kenderaannya.

Namun, tindakannya untuk meloloskan diri gagal apabila kenderaannya berjaya dihalang kenderaan dinaiki ahli SRS itu menyebabkan dia ditahan bersama pelajar perempuan berusia 16 tahun.

Paling mengejutkan, ketika serbuan, ustaz terbabit yang dipercayai mengajar di sebuah sekolah menengah agama di sebuah daerah di negeri ini dikatakan dalam keadaan separuh bogel manakala pasangannya pula dalam keadaan kain terlondeh ke paras kaki.

Difahamkan sebelum kejadian, ustaz itu dikatakan baru menjemput pelajar berkenaan dari sekolahnya di Tumpat sebelum dibawa bersiar-siar dan singgah di kawasan sunyi berhampiran rumah usang tidak bernombor di tepi lebuh raya itu.

Difahamkan, kawasan itu sering dijadikan ‘markas maksiat’ beberapa pasangan kekasih. Sebaik memperkenalkan diri sebagai ahli SRS, ustaz terbabit merayu supaya dilepaskan memandangkan dirinya seorang guru, namun tidak diendahkan, sebaliknya terus dibawa ke pejabat agama negeri bersama pasangannya.

Sementara itu, seorang ahli SRS berkata, sebelum tangkapan dilakukan, dia berada di rumah dan terdengar siren jentera bomba menyebabkannya bergegas mengejar kenderaan pasukan penyelamat itu.

Namun hasratnya untuk mengetahui kejadian lanjut terbantut apabila tidak dapat mengejar jentera bomba yang dipandu agak laju sebelum terpandang sebuah kereta jenis Kancil menghala masuk ke kawasan sunyi yang terletak berhampiran Kada Tanjung Puri itu.

“Saya menghampiri kawasan itu sebelum mendapati kenderaan terbabit berada dalam keadaan mencurigakan dan terus menghubungi rakan-rakan lain.

Daddy’s comments: The above religious teacher has really tarnished the image of the teaching profession by doing this immoral act! He doesn’t practise what he preaches. What a shame! If the girl’s father reports this case to the police, the ‘ustaz’ will definitely spend at least ten years in prison plus a few strokes of rattan for having sex with a minor. Don’t try this in your car….!!!!

30 thoughts on “Ustaz berkhalwat dan menonton video XXX dengan pelajar perempuan?

  1. itu laa bahana seorg lelaki yg tak dapat mengawal nafsu dia.. ishk3.. apa laa nak jadi ngn org sekarang.. kwn sy pnh ckp yg org laki yg belajar agama lagi gatai.. sbb dia duk tahankan diri dari nafsu.. tapi mmg nafsu tue susah nak ditahan… bagi lelaki biasa plak.. mereka nie jenis dah biasa ngn semua tue.. dan pndai cover line.. huhu

  2. Salam,
    Nafsu tidak mengenal siapa, samada ustaz, ahli agama atau siapa sahaja. Ilmu semata-mata belum tentu menyelamatkan kita dari terjerumus kelembah maksiat. Disitulah letaknya sejauh mana pertautan hati kita dengan Allah SWT, iman dan Taqwa kita dalam mengawal nafsu .

  3. Salam Daddy Zuki.

    Betul buat malu. Dahlah guru, mengajar agama pulak tu. Nak buat hal dgn pelajar pulak tu. Apalah nak jadi ni….

  4. salam daddy,

    pendapat saya,
    soal nafsu ini, tak kira siapa mereka itu, ustaz ke atau siapa sahaja dia itu, kalau dah nafsu dah mengawal kotak fikiran,
    apa sahaja akan berlaku…

    susah dan percaya lelaki zaman sekarang. nafsu beraja dihati..

    ps:
    maaf lambat jawab soalan daddy hari tu,
    kotak2 tuh, daddy boleh buat guna micr word dulu. pastu copy paste sahaja.
    heeeeeeeeeee

  5. Salam Afeezz. Daddy setuju benar2 tu. Nampaknya dia tersilap pilih bidang pengajian la… bila jadi ustaz baru rasa menyesal…

  6. daddy setuju cik qis, biasanya ketua iblis2 akan menghantar iblis tahap Jeneral utk menggoda para ustaz ni. Kalau org biasa mcm kita ni cukup je pangkat prebet. semakin kuat iman maka semakin kuat dugaan yg diterima. Tapi dlm apa jua keadaan sekali pun tindakan ustaz durjana itu x buleh diterima akal…

  7. nafsu x mengenal darjat n keimanan seseorang itu. Ingat tak cerita pendeta Nasrani yg bernama Barsisa dulu? Dia akhirnya mati dlm keadaan menyekutukan Allah biarpun telah beribadat beratus2 thn.

  8. Salam Uncle Yunus,

    Begitulah dunia akhir zaman..apabila iman sudah menipis dan minda dikuasai nafsu jahat maka sewarak mana org itu pasti akan terjerumus ke lembah maksiat.

  9. Salam akak Biru,

    Daddy bersetuju benar dgn pendapat akak tu. Semoga kita x hanyut dibuai bisikan iblis. BTW, thanks for the tips. I will apply it in my future posts…

  10. Daddy Zuky,
    Years back, i was transfered to a school. Its my duty, as the principal to pastikan everythings o.k. There was an ustaz. Young ustaz. I heard complains. This ustaz like to talk about politics to the students while teaching. (Of course the opposition party ideology). So i kena tengok the problem.

    Its true, after i interviewed the students.

    So i bagitau that ustaz, yg i nak masuk kelas yang dia ajar. Nak observe dia mengajar.
    So that ustaaz melenting lah.
    I still remember what that ustaz said . ” Kalau Cikgu masuk kelas masa saya mengajar, saya akan keluar kelas.”

    Wah, dahsyatnya ustaz ni, I told myself.

    The next day, i told the ustaz to be in the class to watch me teaching the students. I told him that the Penolong Kanan will be in the class too.

    So i masuk kelas and ajar the students. The ustaz and the penolong kanan tengoklah i ajar. The same topic yg ustaz tu ajar before.

    Thats the way i solved the problem. After that, there were no more complaints.

    End of the year that ustaz mohon tukar. I pujuk dia supaya jangan tukar and i told him that tak lama lagi i pun akan pencen.

  11. congrats. u managed to solve the problem amicably. Yes, the young ustaz shouldn't have indoctrinate the students in the 1st place. If he really wanted to be serious in politic, then he should have taken part in an election. after all, students today are more intelligent than our time.

  12. pandai daddy membawa sesuatu isu untuk di ketengahkan….inlah realiti kehidupan…penuh dengan pelbagai suka…..duka………..noda…..dosa………emmmmmm
    saya kelihatan penat di dalam mengharungi kehidupan di dunia ini……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s