Mesti Beli! Indahnya Hidup Bersyariat

Pada tahun lepas saya dihulurkan buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT karya Al-Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Abd Hamid oleh rakan sejawat, Ustaz Abrari Ibrahim. Selepeas meneliti isi kandungan buku berkuit tebal terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Ini, saya tanpa berfikir panjang terus membelinya pada harga RM55. Bagi saya, buku ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan Al-Quran dan hadis sahih.

Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam betuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.

Buku ini seharuisnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu. Jadi apa tunggu lagi? Sila ke kedai-kedai buku yang berhampiran untuk membelinya atau layari laman web Telaga Biru sekarang juga. Harganya cuma RM55 bagi Semenanjung Malaysia manakala RM57 di Sabah dan Sarawak.

20 thoughts on “Mesti Beli! Indahnya Hidup Bersyariat

  1. Salam kenal Daddy Zuki….

    Saya dah kembali link blog menafaat ini…Tq ya….

    Cantik layout ini…
    Lain dari yg lain siut!!!
    Walaweiiiiiiiiii!

  2. sama2 dj epoi. best gak kenal ramai kwn blogger ni. dpt bertukar2 pendapat n pengalaman. Layout blog saya ni dpt di btemplates.com. Cuba cari template bernama 'Days of Old'. Tapi jadi secantik ni selepas sy modify mana yg patut.

  3. salam saudara,

    saya juga suka mengumpul buku2 ilmiah dan motivasi
    cuma kadang2 sedikit mengira2 pasal duit
    heeeeee
    kalo ada rezeki lebih saya pasti beli buku2 sebegini
    tq for sharing

  4. salam kak birU,

    Satu hobi yg bagus dgn mengumpul buku2 ilmiah. Bila ada duit tentu boleh beli buku yg lain. kalau nak jimat boleh download e-book yg free… sama2 kerna sudi tulis komen.

  5. beli jgn x beli…cuma sy blom pernah berpeluang mengikuti ceramah Ustaz Ismail Kamus secara live biarpun meminatinya sejak kecil.

  6. salam,

    Ip ingat lagi masa kecik ayah selalu pasang kaset ceramah ustaz ismail kamus… bagus kalau dpt memiliki buku tu.

  7. kalau gitu IP kena cari buku ini di kedai2 buku berhampiran. Di Kelate ni baru tahu manfaat buku ni apabila anak2 kelate di perantauan bawa balik buku ni dari KL semasa cuti raya posa thn lps.

  8. betul sgt2 tu sdr faizar…saya n kawan2 blogger budiman biasanya x berkira di dalam membelanjakan duit utk membeli buku yg bermanfaat ini utk anak2 kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s