HADHANAH (HAK PENJAGAAN ANAK)

Pengenalan
Selepas berlaku pembubaran sesebuah perkahwinan, hadhanah iaitu penjagaan anak-anak adalah hak seorang ibu. Namun, ianya tertakluk kepada beberapa perkara:
Sekiranya anak-anak di bawah usia mumaiyiz iaitu 9 tahun bagi perempuan dan 7 tahun bagi lelaki, maka mereka berhak dipelihara oleh ibu mereka (isteri). ibu berhak memohon hak lanjutan penjagaan sehingga usia anak mencapai 11 tahun bagi perempuan dan 9 tahun bagi lelaki. Selepas usia tersebut, mahkamah akan memberi pilihan kepada anak-anak untuk memilih samada ingin bersama ibu atau bapa mereka.
Mumaiyiz bermaksud berkemampuan untuk membuat keputusan membezakan antara yang baik dan buruk.
Walau bagaimanapun, hak penjagaan anak-anak di bawah usia mumaiyiz bukanlah hak mutlak seorang ibu. Ini bererti seorang ibu boleh hilang kelayakan untuk menjaga dan memelihara anak-anaknya walaupun anak-anak tersebut masih di bawah umur.
Kelayakan penjagaan
Kelayakan yang perlu bagi seorang ibu untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anaknya ialah:
– seorang Islam
– sempurna akal
– berumur yang melayakkannya memberi kepada anak itu penjagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh anak itu
– berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiyah
– tinggal di tempat di mana anak itu tidak mungkin terdedah kepada apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.
Kelayakan seorang ibu akan hilang jika:
– ibu itu bernikah dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan anak itu. Hak tersebut akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan.
– ibu itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka
– ibu itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa anak itu menjalankan pengawasan yang perlu ke atas anak itu kecuali pulang ke tempat lahirnya.
– ibu itu murtad
– ibu itu mencuaikan atau menganiayai anak itu
Sekiranya seorang ibu hilang kelayakan terhadap penjagaan anak-anaknya, undang-undang memperuntukkan bahawa hak tersebut akan berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan iaitu:
Nenek sebelah ibu hingga ke atas
Bapa
Nenek sebelah bapa hingga ke atas
Kakak atau adik perempuan seibu sebapa
Kakak atau adik perempuan seibu
Kakak atau adik perempuan sebapa
Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa
Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu
Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa
Emak saudara sebelah ibu
Emak saudara sebelah bapa
Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai residuari (penjaga)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s