Happy Teacher’s Day To My Former Teachers

Tanggal 16 Mei warga pendidik dan pelajar menyambut Hari Guru. Hari Guru di Malaysia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1972 iaitu setahun sebelum aku dilahirkan ke dunia ini. Biar pun kini aku sendiri sudah bergelar seorang guru, atau lebih tepat lagi ‘Sir’, namun mana mungkin aku melupakan jasa-jasa bekas guruku yang telah mendidikku sejak zaman tadika lagi. 
Aku mula bersekolah di Tadika Kampung Mengketil, Machang, Kelantan pada tahun 1979. Tadika ini terletak bersebelahan dengan ladang getah ibuku, jadi cikgu2 ini dapat mengasuhku sementara dia menoreh getah. Kira-kira pukul 11.30 pagi ibu menjemputku di tadika untuk balik ke rumah. 
Selepas itu aku bersekolah di SK Pangkal Meleret, Machang dari tahun 1980 hingga 1985. Di sinilah aku mula belajar membaca, menulis, mengira dan mengurat. Oppss! Tersasul plak. Di sekolah ini aku sentiasa mendapat tempat pertama di dalam kelas kecuali hanya sekali aku mendapat tempat kedua. Sedih dan kecewa bukan main. Masa tu Peperiksaan Penggal Kedua di Darjah 2. 
Selepas mendapat keputusan yang cemerlang di dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5, iaitu 5A, aku ditawarkan ke sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) iaitu SMACH atau Sekolah Menengah Sains Machang, yang terletak kira2 14km dari rumahku. Aku terasa homesick yang amat sangat semasa di Tingkatan 1. Tambahan pula aku dibuli oleh senior2 yg tak berhati perut. Namun aku tetap sabar kerana salah seorang pekerja di sekolah itu merupakan saudaraku. Jadi kalau ada apa2 hal aku mengadu la kat dia. Sedar tak sedar aku berjaya menghabiskan kontrak selama 5 tahun di sekolah ini dengan memperolehi 13 agregat di dalam SPM 1990. 
Moral dari pengalamanku ini ialah: Kita hendaklah menghargai guru walau di mana jua kita berada. Bak kata Usman Awang di dalam puisinya…Nanti aku cari puisi tu dulu, ok?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s