Petua Melayu

Hindari Rambut Gugur

Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.

Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.

Mengempiskan Perut

Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.

Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit.

Cara untuk memulihkannya kembali ialah :

Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.

Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.

Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

Urat Timbul Di Kaki

Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur, letakkan kaki di atas bantal.

Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.

Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat kaki selama 10 minit sebelum tidur.

Tumit Kaki Pecah

Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-

Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.

Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.

Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh

Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.

Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.

Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.

Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.

Kaki Bersisik

Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.

Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.

Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.

Sakit Gigi Geraham Bongsu

Untuk penawarnya, amalkan petua ini:-

Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.

Sakit Gigi Berlubang

Cara yang paling cepat emnghilangkannya, tumbuk beberapa kuntum bunga cengkih. Kemudian sumbatkan pada gigi yang berlubang tadi. Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit.

Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar ke dalam daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama satu jam.

Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur.Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang berlubang.

Memutihkan Gigi

Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi. Amalkan selalu.

Bakar dua biji pinang tua yang kering hingga menjadi arang. Gosokkan pada gigi dan biarkan seketika. Kemudian cuci dengan air.

Kayu arang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Tumbuk arang hingga halus. Gosokkan pada gigi.

Hancurkan dua atau tiga helai daun lalang. Kemudian gosokkan pada gigi.

Supaya Memudahkan Tidur/Mempercepatkan/Lena

Minumlah air rendaman/perahan ketumbar yang dicampur dengan susu lembu asli.

Makanlah bawang besar berserta yogurt putih, ianya mempercepatkan lena.

Menurunkan Darah Tinggi

Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.

Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati

Makanlah biji buah peria

Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam

Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.

Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.

Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang

Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.

Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

Demam Biasa

Makanlah isi labu air berserta cuka sebelum tidur malam.

Makanlah bawang besar serta keju yang lama diikuti meminum pula air limau nipis berserta kulitnya.

Minumlah air rebusan bunga melur.

Sakit Kepala

Ambil daun serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi.

Ambil umbi pokok bawang putih lalu digiling atau ditumbuk kemudian ditampalkan ke bahagian kepala yang sakit.

Rebus daun kangkung sampai mendidih, kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap hari.

Makanlah daun pokok peria.

Minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk.

Sengal Sendi

Ambil akar pokok Kayu Manis Hutan/Teja, sebahagiannya lagi diasah bersama air. Air rebusannya diminum dan air asahannya disapukan ketempat yang sakit.

Ambil daun serai ditumbuk lumat, kemudian pupuklah ke sendi yang sengal.

Ambil daun kecubung dan bubuh kapur sireh, kemudian ditumbuk sampai hancur. Bubuhlah di tempat yang bengkak atau sendi-sendi yang sakit.

Ambil lengkuas merah sekadar 2 ibu jari kemudian diparut, bubuh sedikit air masak (mati) lalu ditapiskan dan ambil airnya, bubuh di dalamnya sebiji telur ayam (ayam kampung, seeloknya)dan digoncang hingga merata lalu diminum. Minumlah dua kali seminggu.

Tumbuk daun betik muda hingga halus dan perah airnya. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Minum ramuan tersebut sekali atau dua kali seminggu.

Selsema

Ambil buah asam limau nipis lalu diperah ke dalam air teh (tanpa gula dan susu) yang panas/suam lalu diminum.

Minumlah air rebusan pokok kadok/sirih duduk.

Untuk bayi, ambil tiga helai daun sirih. Sebiji limau nipis, dibelah, diperah dan ditapiskan
airnya. Ramuan-ramuan air limau nipis yang bercampur daun sirih disapukan pada dada dan leher bayi.

Suara Serak

Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali atau

ā€¢ Ambil bawang besar 2 biji, buang kulitnya lalu ditumbuk atau dimesin hingga hancur, kemudian tapiskan lalu ambil airnya dan diminum sekadar 2 kali sehari. Buatlah 2 hari berturut-turut atau

ā€¢ Ambil sebuku asam jawa, rendamkan dan ramas dalam air setelah itu campurkan dengan segelas air sejuk, embunkan atau masukkan kedalam peti sejuk. Minumlah air ini selama dua kali sehari, sehingga serak itu hilang.

One thought on “Petua Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s