Ilmu memagar diri dan rumah

(ILMU yg baik untuk dikongsi bersama)Di sini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman sihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para anbiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekhusyukan.

Waktu:

Selepas solat Maghrib, seelok-eloknya pada hari Selasa bagi memagar diri dan hari Jumaat bagi memagar rumah.

Caranya:

1. Duduk bertimpuh seperti tahiyyat awal dan mengadap ke kiblat.

2. Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3. Pejam mata dan tarik nafas dan tahan.Semasa menahan nafas itu baca ayat Kursi dengan betul,seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja.Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal.Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4. Ulangi perbuatan (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembok itu berada dibelakang pula,seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan,kiri,atas dan bawah.Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.

5. Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg afdalnya amalkan seminggu sekali.Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minute sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa.Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri,dan semasa membaca ayat kursi,bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan diikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula.Dari pengalaman yg lepas,orang yg mengamal kan ilmu memagar rumah ini,ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar.Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak boleh sama sekali memukul pencuri itu.Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil,serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan(dengan keizinan Allah).

Pengalaman saya sendiri pernah terjadi beberapa tahun yg lepas ketika berhenti makan di sebuah pekan di kawasan tengah Selangor, semangkuk mee bandung yang saya pesan tiba-tiba meletup diatas meja sebelum sempat dijamah.Saya tak tahu kenapa tetapi selepas itu dari teman-teman mengatakan tempat itu memang kawasan hitam orang melepaskan santau…Wallahualam..hanya Allah jua yang mengetahui.

One thought on “Ilmu memagar diri dan rumah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s