Puteri sulung

Anak pertama saya dilahirkan tepat jam 8.10 malam, pada 16 Jun 2003 bersamaan dengan hari Isnin di Hospital Besar Kota Bharu. Saya berada di dewan bersalin untuk menyaksikan isteri melahirkan anak pertama kami. Ada sedikit kegusaran di hati saya sebelum bayi keluar menjenguk dunia, tetapi apabila detik-detik kelahiran semakin hampir, saya menjadi semakin teruja dan gembira untuk menyambut bayi tersebut. Anak pertama kami diberi nama ‘Nur Anis Dalilah binti Marzuki’. Pada tahun pertama dalam hidupnya dia dijaga oleh isteri saya di rumah. Tetapi apabila usianya 8 bulan dia dijaga oleh pengasuh kerana isteri saya menerima tawaran sebagai guru ganti selama 5 bulan. Kemudian isteri saya disuruh oleh ibubapa mertua untuk membantu mereka di kedai makan. Jadi, anak sulung kami dihantar ke taska atau ‘nursery’ untuk dijaga semasa kami pergi bekerja. Kini usia Nur Anis Dalilah sudah mencecah 5 tahun dan dia suka berhias. Mungkin ini kerana pengaruh ‘Mummy’ dia. Dia juga gemar membeli, mengguna dan memakai barangan ‘Barbies’ dan ‘Princess’. Banyak duit dibelanjakan untuk perkara tersebut. Pesanan ‘Daddy’ untuk Nur Anis Dalilah, jadilah kakak yang bertanggungjawab dan bantulah ‘Mummy’ dan ‘Daddy’ mengemas rumah dan menjaga adik-adik.

anis1.jpg

 

anis2.jpg

anis3.jpg

anis4.jpg

anis5.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s