Puteri bongsu

Bayi perempuan ketiga saya telah dilahirkan pada hari Rabu, 12 September 2007 di Hospital Tanah Merah tepat jam 11.20 pagi. Uniknya tentang tarikh ini kerana dia dilahirkan pada 30 Syaaban 1428. Sebenarnya dia dilahirkan lewat 12 hari, jadi doktor terpaksa menyuntik ubat ‘induce’ kepada isteri saya bagi membolehkan isteri melahirkan bayi ketiga kami. Alhamdulillah, bayi kami, Nur Alin Dahlia binti Marzuki dilahirkan dengan selamatnya. Pada awalnya senang untuk menjaga Alin kerana dia tidak banyak meragam. Cuma bila dia dahaga, buatkan susu dan jangan lupa menukar lampin dia bila tiba masanya. Bila usia dia mencecah 3 bulan, dia sudah boleh meniarap. Pada masa ini dia sudah pandai meragam untuk menarik perhatian kami. Menjaga dia kini menjadi semakin mencabar kerana kami sudah ada 3 dara. Kini kami suami isteri ingin berehat dari ‘memproses’ anak buat seketika. Tunggulah Alin berusia 5 tahun, barulah kami memikirkan apa yang patut dilakukan seterusnya.

alin1.jpg

alin2.jpg

alin3.jpg

alin4.jpg

alin5.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s